2018 - OMBAKBERGIGI OMBAKBERGIGI: 2018
5 Toiletries Yang Wajib Dibawa Oleh Traveller Wanita.

5 Toiletries Yang Wajib Dibawa Oleh Traveller Wanita.

Assalammualaikum.

Selalunya orang perempuan ni macam-macam barang yang nak dibawa masa travel. Nampak remeh, tetapi selagi tak beli selagi tu lagi I pikir apa barang yang tak cukup. Hahaha. I rasa, orang lelaki senang dan sempoi je. Tapi tak boleh cakap macam ni, memang tak menanglah lawan alasannya .

 Jadi ni listnya barang yang wajib ada dalam satu bag yang mudah dicapai.

Mungkin barangan ini nampak simple. Tapi, ia melibatkan soal keselamatan, kesihatan dan keperluan kita juga. Jangan lupa check barangan anda sebelum packing ya

Sumber : MR Google

1. Sanitizer

I memang akan bawa sanitizer ni everywhere, sampaikan dalam kereta I pun ada. Sanitizer ni digunakan untuk elakkan bakteria atau kuman melekat pada tapak tangan. Nak nak lepas keluar dari tandas atau lepas makan. Korang boleh je beli hand sanitizer yang saiz comel supaya senang untuk korang bawa dan senang nak letak dalam handbag or gantung je kat bag korang. Bila dah apply di tangan, korang tak payah nak bilas dan tak rasa melekit pun bila guna. Selamat dan membunuh kuman dengan mudah. 

2. Wet Tissue.

This one, memang benda wajib yang ada dalam handbag. Tak kiralah travel or pergi jalan jalan. I memang tak suka tangan bau busuk especially lepas makan. Uishh lagilah tak nak! Bagi I, bila I travel I prefer to bring botol. Sebab wet tissue ni sekadar syarat je. I tak selesa basuh kencing or berak guna wet tissue, hahahaha. Cukuplah sekadar lap tangan. Korang bawa je extra, in shaa Allah berguna bila travel nanti.

3. Botol minuman.

Rasanya, ramai je yang bawa botol minuman. Bila travel luar malaysia, jangan terkejut bila pili dan air tak disediakan. Hanya ada mangkuk tandas dan tisu terutama negara mat salleh. Takkanlah lepas membuang nak lap lap gitu je. Tak geli ke? Nak solat pun nanti dah tak boleh, sebab najis tak bersih dengan betul. 

4. Pelapik Jamban.

Tak semua negara ada tandas cangkung terutama negara maju. Dekat malaysia pun ada je orang guna pakai cangkung kat atas mangkuk tandas tu. Hahaha. Korang boleh beli kat Daiso, rasanya kat watson pun ada. Nak murah bukak je kat Lazada.

5. Shampoo, shower foam, berus gigi, ubat gigi & pencuci muka.

Bawa je yang asas tu. Barangan tu lagi penting kan? I cadangkan korang letak dalm botol botol kecik, boleh cari kat Daiso. So senang bila tak lepas imigresen, boleh buang terus dan tak perlu nak menyesal sebab kita buang sikit je.

So korang dah ready ke nak travel? 


Misi Naikkan Pageviews #2

Misi Naikkan Pageviews #2

Assalammualaikum.



Bulan May, I already post about entri Misi Naikkan Pageviews, klik SINI kalau nak baca. Oce again, misi I bulan Julai ni ialah untuk meningkatkan pageviews dan menambahkan lagi 'total unique visitor'. I jealous gila dengan blog yang dah cecah 1 juta pageviews. Geram kot. I nak sangat blog I ni dapat pageviews macam blog-blog lain. 

So far, I boleh simpulkan minggu ni I banyak update entri. At least 2 entri per day. I jarang nak blogwalking to blog-blog newbies. I don't know why I malas nak blogwalking. Rasanya I kne blogwalking jugak. Suka atau tak I kne buat sebab I dah berazam.

Doakan azam I termakbul ye. 

#120000 pageviews to go! Fighting!

Natural Konjac Puff Sponge Review

Natural Konjac Puff Sponge Review



Assalammualaikum.

Hari ni I nak review produk dari Daiso dan penyelesaian kepada masalah jerawat, muka berminyak dan seangkatan dengannya. Sila baca sampai habis.

Nama benda ni ialah Konjac  Sponge. Konjac  sponge dihasilkan daripada tumbuhan iaitu ubi konjac (konnyaku) yang berasal dari Japan. Sebenarnya, di jepun, penggunaan konjac sponge tu sudah menjadi rutin kecantikan diorang since 100 years ago lagi. Product ni pun dah lama popular di China, South Asia dan juga Eropah. Kalau tak percaya, ha korang google je lah.

Konjac sponge ni jadi kegilaan sampai popular sebab ianya kaya dengan vitamin (A,B1,B2,B6,B12,C,D & E), ha banyak betul vitamin dan juga proteins, lipids, fatty acis dan natural mineral seperti copper, zinc and magnesium. That’s why jadi kegilaan.

Faedah konjac sponge ?

-          Membersihkan pori
-          Mengeluarkan sel kulit mati, kotoran dan minyak
-          Menghidrat kulit
-          Mengimbangi pH
-          Menyihatkan kulit
-          Menghapuskan sebum yang berlebihan
-          100% semulajadi & bio-degradable
-          Tiada bahan kimia toksik & berbahaya
-          Free GMO

Tapi yang penting, konjac sponge ni sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitive sebab sponge ni diperbuat dari tumbuhan. Yes, tumbuhan yang boleh dimakan. Jadi apa-apa yang selamat diconsume adalah selamat untuk skin. Korang jangan risau, sponge ni sesuai dengan baby jugak.

Bagaimana konjac sponge ni bertindak ?

Konjac sponge mempunyai lapisan unik yang boleh memegang air dengan baik. Apabila span penuh dengan air, permukaannya akan diliputi oleh lapisan air. Secara tak langsung, lapisan ni akan sentiasa bertindak sebagai pelindung kepada kulit dan membentuk lapisan penghalang antara span dan kulit. So hasilnya, kulit tidak pernah bersentuhan langsung dengan serat dan ia tidak akan merosakkan kulit walaupun korang sental kuat-kuat.

Kan dah boleh remuk ><

How to use this sponge ?

-          Masa kering sponge konjac ni memang keras. So korang kena rendam dengan air suam/biasa. Jangan bagi alasan sponge ni buang masa atau tak sempat okay, sebab apa? Sementara korang gosok gigi, ha bubuh je air banyak banyak kat span, confirm span tu gemok.

-          Biarkan span tu jadi kembang semangkok dulu. Jangan terus sental muka masa span tu kering, kang berbirat pulak muka. Bila dah confirm span jadi lembut, so korang amik dan perahkan air tu and ready to use. Korang boleh je guna dengan face wash korang atau rub manja-manja gittew.

-          Elakkan sental di kwasan yang jerawat. Gosok manja dah lah. Muka korang bukannya jamban nak sental kuat-kuat.

-          Lepas siap guna, sila bilas span dengan air bersih dan perah air pastu gantung je. Nanti keringlah dia. Korang jangan gantung merata, kang mak korang guna buat span basuh pinggan pulak. Tak ke naya?

I bought this yang warna putih, lain lain warna dah habis.
Ada berapa warna span ni?

-  Hitam/charcoal (untuk whitehead/muka berminyak)
-  Purple (lavender)
- Hijau/green tea (untuk jerawat)
- Putih (original)

Kat mana boleh dapat?

Korang boleh cari di Daiso ye. Mostly kedai Daiso and Japanese shop. I tak pasti kat DIY shop ada jual ke tak.

Harga?

Kalau ada sesiapa yang cakap konjac sponge dia high end sebab harga mahal. Dia menipu. Konjac sponge ni semua sama je. Harga RM5.57 setelah tiada GST  dan tahan selama 2 bulan.

How I feel?

I suka sebab this span macam magik, bila kering, ha dia keras macam batu. Tapi bila dia lembik, uishh boleh remuk-remukkan. Bau tu I suka sebab rasa macam nak makan. Betullah bau macam ubi ubi gittew. I macam tak ada reason untuk  tak cuba span ni, may be korang kena cuba juga tau.

Semoga review ni jadi manfaat kepada korang semua. Nak kulit cantik macam orang korea, pakai je konjac sponge. Settle masalah.

(Disclaimer : This is not paid review. I bought with my own money. Tapi setiap kulit berbeza-beza. What works for me may be not work for you. This is just my personal experience. Try & error gurl)

Blog List Segment - August Edition by DA

Blog List Segment - August Edition by DA




Assalammualaikum.

I join tau, korang apa cite? Takkan tak nak join.

Untuk penyertaan boleh klik banner di atas  ye!

I dah join, korang bila lagi?



Type Of Mask.

Type Of Mask.

Assalammualaikum

Hari ni I nak ajar korang pasal mask pulak since ramai yang confuse dengan jenis jenis mask. Even benda tu ada tulis kat label and instruction cara pakai dah terang terang ada kat belakang packaging. But it’s okay, I’ll tell you again. Sharing is caring right?

Jadi, ada jenis mask yang kena pakai before/after cuci muka, ada juga yang kena pakai after apply toner or others. Ada yang kena bilas, ada yang tak and ada jugak yang boleh bawak tido. Tu yang buat korang confuse kan?

Lets start. 




1. Clay/Mud Mask

Basically untuk absorb excess sebum, bersihkan pori & detox kulit. Dulu clay mask selalunya untuk 
oily skin & combination. Mud mask untuk normal/dry/all skin types. But nowadays ada jugak clay
 mask untuk hydration, soothing, brightening and others. So normal & dry skin pun boleh pakai. 
Zaman dah moden, guys!


How to used : Apply before/after cuci muka, tak kesahlah pagi ke malam ke janji muka korang bebas dari segala mekap atau whatever things yang ada di muka korang. So kalau nak apply before cuci muka dengan cleanser macam gritting method tu, make sure korang dah remove makeup (kalau ada) guna micellar/cleansing water. Pakai beberapa minit tu ikut arahan packing. Jangan biarkan lebih dari masa yang ditetapkan. Pastu, bilaslah dan proceed with cleansing routine (kalau pakai clay mask before cuci muka).

Frekuensi : 1-2x seminggu. Tkyah lebihlah kot sebab nanti your  skin jadi dehydrated.

Extra tips : The best way untuk pakai clay mask adalah jangan biarkan clay mask tu kat muka sampai kering merekah! Agak-agak dah separuh kering atau bertukar warna, terus pergi bilas. Sebab clay mask ni drying, so kita nak reserve our skin’s moisture. Taknaklah dia sedut semua kelembapan kulit kita.


2. Wash-off mask.

Yang ni fungsi dia macam macam depends on the product itself. Tak ade fungsi yang specific.

How to used : Lepas cuci muka, apply wash-off mask ni dan biarkan dalm 10-15min (ikut arahan kat packaging). Lepas dah cukup masa, bila the proceed with your regular skincare routine.

Frekuensi : 1-2x seminggu. Kalau nak pakai everyday pun tak de masalah.


3.Peel-Off Mask.


Basicallly untuk gently exfoliate, instant radiance & refine pores.

How to used : After cuci muka, apply peel-off mak ni pastu biarkan lah sampai kering dan agak 
agak dah boleh cabut tu tarik slow-slow. Jangan tarik laju pulak, kang tercabut kulit muka baru tahu. Sensitive skin janganlah pakai.


Frekuensi : 1x seminggu. Irritate nanti kulit korang.

Extra tips: Before apply peel-off mask ni, maybe korang boleh buat face steaming dulu. Pastu bila time nak cabut tu, start from dahi dulu pastu cabut belah pipi kiri & kanan, then dagu pastu baru cabut yang kat area hidung. Lepas cabut, bilas muka dengan air untuk bersihkan sisa-sisa yang ada.


4.Sheet Mask

Basically it for intense hydration sebab sheet mask ni merupakan mask yang direndam dalam essence/serum. But at the same time it provides other extra benefits contoh macam brightening, soothing, anti aging & many more. Pandai-pandailah pilih.

How to used: Lepas dah apply toner/essence/serum, apply shee mak ni the biarkan kat muka for 15-20mins (ikut arahan kat packaging). Janganlah mengada nak pakai lelama sebab syoklah apalah or bawak tido sebab sheet/paper tu bila you biarkan lama or sampai kering dia akan absorb your skin’s moisture. Nak glowing sangat kang breakout yang dapat. Lepas dah tanggalkan tu, dap dap essence tu sampai absorb then proceed with moisturizer or sleeping mak. Taknak pakai pape after that pun tak apa.
Frekuensi : Tak kesah. Nak pakai everyday pun takde masalah.

Extra tips : Lebihan essence yang ada dalam packaging sheet tu jangan buang pulak ye. Korang boleh simpan untuk buat DIY sheet mask or letak dalam cosmetic bottle untuk dijadikan essence korang. Jimat kan?


5.Sleeping mask.


Fungsi: Untuk provide extra hydration & repair your skin masa kita tengah tidur. 
Ada yang bentuk krim, ada yan bentuk gel.


Cara pakai: After dah pakai segala korang punya PM skincare routine, pakai sleeping mask ni last sekali. Kalau dah pakai ni, kena pakai moisturizer lagi ke? Ikut keselesaan korang. As for me, tak payah sebab sleeping msk ni fungi lebih kurang cam moisturizer but a lil bit more than that.

Frekuensi : 2x seminggu tapi nak pakai everyday pun tiada masalah.

Extra tips : If korang still nak pakai moisturizer jugak before apply sleeping mask ni, my tips korang buat PM skincare routine macam biasa dulu. Time nak tido nanti baru apply sleeping mask, So takdelah sleeping mask tu bergumpal or tak boleh nak absorb.

So,

Macam mana? Dah faham kan? Ha cepat beli mask and tepek lah kat muka.

(Disclaimer : This is not paid review. I bought with my own money. Tapi setiap kulit berbeza-beza. What works for me may be not work for you. This is just my personal experience. Try & error gurl)

MY NEW SKINCARE ROUTINE | DAY (PART 1)

MY NEW SKINCARE ROUTINE | DAY (PART 1)

2th July 2018

Assalammualaikum

Sebelum ni I ada updated skincare routine SINI kalau nak baca. So untuk entri kali ni, I nak update semula skincare routine I. I buat part 1 & part 2, serious I tak larat nak taip panjang panjang. Hihihi sorry I pun dah banyak tukar produk baru dan tambah step untuk skincare, semenjak dah breakout ni makin bertambah step step. Yes, I dah become a skincare addicted. Tiap-tiap bulan memang wajib ada satu atau dua produk. Hihihi boleh kopak poket I kalau macam ni. Btw, entri ni panjang ye!

Jadi, mari kita mulakan skincare day routine ye.

Cosrx Good Morning Gel Cleanser

Step pertama ialah pencuci muka. 

Of course, bangun pagi mesti kena cuci muka. Kang melekat pulak air liur basi dan taik mata berbakul-bakul. Sebelum ni I guna Naruko Tea Tree Purifying Clay Mask & Cleanser in 1,klik SINI kalau nak baca. Tapi, I dah tukar cleanser baru, I guna cleanser yang mempunyai low pH. I guna Cosrx Good Morning Gel Cleanser. I baru guna dalam 2 minggu macam tu. Soon, I’ll review this product. I baca review memang banyak sangat feedback, why not I cuba kan? Cleanser ni low PH so sesuai sangatlah dengan masalah yang I hadapi.

Step kedua ialah acne patch. 

Sebelum nak guna acne patch, make sure jangan apply moisturizer, toner or anything else. Lepas je cuci muka, terus tepek acne patch. Acne patch ni nak haling dari jari I dok sentuh jerawat. I pakai acne patch pada siang hari and I malas nak guna malam sebab I tidur lasak, mostly memang tercabut. So membazir guna kan? Untuk acne patch ni, I cuba seminggu yang lepas. Hihihi memang berkesan. Jerawat I ni suka timbul tapi tak bernanah so bila nak picit tu memang sakit. Korang mesti ada jerawat yang jenis macam tu kan? Timbul pastu merah-merah, since I guna acne patch, jerawat timbul tu dah makin surut dan sekata dengan kulit. I fall in love with acne patch. Ance patch I guna je mana-mana produk janji berkesan. Later, I nak cuba acne patch from cosrx, katanya banyak feedback.

Naruko RJT Pore Minimizing & Brightening Lotion

Step ketiga ialah toner. 

Toner ni berfungsi untuk buang kotoran yang melekat setelah kita cuci muka, its means kita tak cuci bersih or cleanser tu tak bagus. And also toner ni berfungsi untuk slow down kita punya skin PH. So far, cleanser cosrx memang bagus, and I tak pakai toner untuk siang hari. I ada dua toner dari Naruko. Naruko Tea Tree Shine Control & Blemish Clear Toner, I dah guna almost 3 month then I tukar kepada Naruko RJT Pore Minimizing & Brightening Lotion sebab my pores taknak kecil tau. Hari hari makin besar pulak dia. Stress I !

The Ordinary Niacinamide 10% + Zinc 1%

Step keempat ialah serum.
 

Part ni memang I gigih. I guna 2 serum, patutnya 3 serum I guna tapi I risau nanti ade effect apa apa kat skin. First serum, I guna The Ordinary Niacinamide 10% + Zinc 1%, I focus to balance visible aspects of sebum activity. Bila sebum membiak dengan baik, itu yang jerawat kerap tumbuh. Kiranya I nak halang sebum tu membiak. I baca review, niacinamide ni bagus untuk uneven skin tone. Kiranya untuk cerahkan kulitlah, but I tak pasti, I guna almost 3 weeks mungkin ambil masa juga kan? Be patient and later I’ll review produk yang I tak review lagi. Second serum, once again I still guna produk from naruko, I guna Naruko Tea Tree Shine Control & Blemish Clear Serum. Serum ni I guna about 6 months dan sebanyak 3 botol I berjaya habiskan. Hihihi. Serum ni bagus untuk make your skin glowing and hilangkan parut-parut jerawat. But ada yang kata, serum ni berkesan untuk sesetengah orang je and its work for me. Keep try & error je ye.

Uishh penatnya taip. Fuhh penat sis. Alright I stop sampai di situ, In shaa Allah esok I sambung. Be patient okay. :)

(Disclaimer : This is not paid review. I bought with my own money. Tapi setiap kulit berbeza-beza. What works for me may be not work for you. This is just my personal experience. Try & error gurl)
Ucapkan Selamat Tinggal Kepada 8 Perkara

Ucapkan Selamat Tinggal Kepada 8 Perkara



Assalammualaikum.

Kepada korang yang dah berusia 21 tahun keatas, korang layak ucapkan selamat tinggal kepada 8 perkara dibawah ye. 

1. Selamat tinggal pada pemikiran harus ada pasngan dulu baru boleh bahagia.

2. Selamat tinggal pada membandingkan diri sendiri dengan orang lain.

3. Selamat tinggal pada risaunya kepada diri sendiri.

4. Selamat tinggal pada perlu menggembirakan dan menyenangkan orang lain.

5. Selamat tinggal pada hubungan yang mengganggu.

6. Selamat tinggal pada kawan-kawan yang tidak memberi manfaat.

7. Selamat tinggal pada perlu menjelaskan keputusan yang dibuat.

8. Selamat tinggal drama.
10 Tips Pilih Durian

10 Tips Pilih Durian



Assalammualaikum.

Ye I tahu sekarang dah musim durian and I'm not durian lovers. I memang tak makan sebab I tak tahan dengan bau durian. Bau durian boleh buat I pening kepala tapi jem durian I makan. Hehehee. So,  I akan kongsikan 10 tips untuk korang memilih durian. I berani jamin tips ni buat korang puas hati. Selamat mencuba.

1. Bentuk bulat.
Durian berbentuk bulat mempunyai isi yang banyak berbanding bentuk lonjong.

2. Berat durian.
Makin ringan, makin banyak isi durian. Kalau ada dua durian yang sama saiz, ambil yang paling ringan.

3. Tangkai.
Tangkai pendek dan tebal menandakan isi yang tebal dan banyak. Perhatikan juga tangkai kering atau terpotong. Tak ada tangkai, tak payah beli. Abah I selalu tekan dengan kuku untuk cek tangkai lama ke baru.

4. Bunyi.
Ketuk durian dan pilih yang berbunyi padat semasa diketuk.

5. Duri.
Pilih durian yang berduri pendek dan jarang untuk isi yang padat.

6. Bau.
Hidu durian dan cari yang berbau manis.

7. Juring.
Durian berjuring lima paling ideal untuk dapatkan isi yang banyak dan besar. Makin banyak juring, makin kecil isi.

8. Kulit.
Pilih durian yang belum dikopek atau tidak merekah kulitnya. Perhatikan keadaan kulit. Kalau ada tompok hitam itu tanda isi dalamnya buruk.

9. Warna.
Dah siap pilih tu, korang minta penjual tu belah untuk rasa dan tengok isi. Kalau tak ok, minta tukar. Kulit berwarna kuning tak bermakna isinya kuning juga. Jangan tertipu.

10. Musim.
Beli durian ketika musim panas/kering. Jangan semasa hujan/lembap. Takut terbeli durian yang 'dipulas ribut'.

Harap korang boleh guna tips ni untuk pilih durian nanti. Dah masuk musim dah ni.
Ye la. Beli durian ni, yang penting puas hati. Mahal sikit pun takde hal. Asal kena dengan harga.


Please... stop overthinking and badmood.

Please... stop overthinking and badmood.


Assalammualaikum.

A person like me memang cepat overthinking. Mungkin I dah dilahirkan macam ni rasanya. Sesetengah daripada kita, memang dilahirkan dengan keadaan emosi yang tidak stabil. Sekejap marah, sekejap ketawa, sekejap cemburu dan tiba-tiba, okay pula. Adakah itu gila?

Sebenarnya kita dari kecil, dah dididik untuk pandai dalam pelajaran tetapi kita terlupa bahawa kita juga mesti belajar untuk kawal emosi kita. Nak tahu kenapa banyak kes break up, penceraian, bunuh tanpa sedar, di zaman sekarang?

SEBAB KITA NI EMOSI!

Kita biarkan emosi yang kawal otak kita dan seterusnya biarkan emosi yang menentukan segalanya. Kita pun tahu, perasaan manusia ketika bersedih, kecewa atau overthinking, pasti keputusan yang dibuat, semuanya entah apa-apa dan tidak berfikir secara panjang.

Jadi,

Kawal diri kita. Ketika marah dan bad mood, fikir seeloknya. Sebab itu jika I marah or on that day I tak ada mood, I akan cakap 
'Boleh tak chat later, I tak ada mood and I tak nak di ganggu'
to someone yang chat or bercakap dengan I face to face. So far, ramai kawan yang akan faham bila I tengah diorang ni langsung takkan cakap dengan I, sebab I tak suka anyone else bercakap dengan I bila I tengah marah. Thanks sebab memahami diri I ni. I bagi masa untuk I kontrol emosi I sendiri.

Jangan fikir apa yang kita rasa sahaja tapi, kita kena fikir juga apa yang orang lain rasa. Bila kita in relationship, kita tak boleh perjuangkan apa yang kita rasa je. Jika kit masih begitu, baik kau single, kerana kau masih belum layak untuk hidup berdua. Hahahaha.

Jangan rosakkan hari kau, hanya kerana kau overthinking and bad mood. Cuba dan belajar sejukkan hati kau, belajar untuk ajar fikiran kau untuk tidak berfikir yang teruk-teruk, ajar diri kau untuk diam dan tidak melepaskan kemarahan kepada manusia yang tidak berslah, lagi-lagi manusia yang kau sayang dan cinta.

Please...

Stop overthinking and bad mood :).














SEGMEN Tambah Duit Dengan Kerja PARTIME Dari EJULZ

SEGMEN Tambah Duit Dengan Kerja PARTIME Dari EJULZ




Assalammualaikum.

I join tau, korang apa cite? Takkan tak nak join.

So far, I tak ada masa untuk buat part time. Mana tidaknya, dari 8am-8pm my life memang dekat site. Sedihkan?

Untuk penyertaan boleh klik banner di atas  ye!





GIVEAWAY SOUVENIRS BY SITIYANGMENAIP

GIVEAWAY SOUVENIRS BY SITIYANGMENAIP




Assalammualaikum.

I join tau, korang apa cite? Takkan tak nak join.

Untuk penyertaan boleh klik banner di atas  ye!

I tag :


and of course i pilih

#teamsydney 



Men Are Trash !

Men Are Trash !


Assalammualaikum.

"Men Are Trash"

I akan jawab ya bila seseorang tanya 'It is men are trash'. Sukahati I je kan nak buat statement macam tu. Okay I betulkan sikit, hanya 60% sahaja men are trash and 40% lagi, good men! And maybe 50 50 right?

I macam terpanggil nak mengingatkan korang semua yakni kaum hawa di luar sana. I bukannya nak back up hawa tapi bila I makin dewasa, I rasa macam ada kesedaran di hati I untuk bagi tahu semua orang.

'Jangan percayakan lelaki'

Lagi-lagi sebelum kahwin. 

Sebab apa I kata macam ni?

Lepas akad nikah, korang boleh bagi seluruh kepercayaan sebab dah jadi suami korang kan. Kalau korang takut dan tak percaya, better jangan kahwin. Kalau korang rasa dia tak boleh dipercayai 100%, korang kena tanya diri korang dulu, kenapa aku kahwin dengan dia at the first place?

I banyak je kawan lelaki dan apa yang I katakan, sesetengah daripada diorang ni, anggap perempuan tu sebagai satu trofi untuk bermegah-megah even I sendiri pun pernah terkena. Usha itu dapat, usha ini pun dapat. Lepas dah boring, diorang ni tinggalkan macam tu je and go for the next target. Ya, Men Trash begini memang banyak. I memang tak dapat nak nafikanlah.

"Kita di suatu zaman di mana lelaki jahat dan bermulut manis, jadi berani. Dan lelaki yang baik & bertanggungjawab rasa takut untuk meluahkan segala isi hati."

Jadi korang kena lebih berhati-hati. Jangan percayakan lelaki, lagi-lagi sebelum kahwin. Kalau dia nak mengorat korang kan, tanya perancangan dia. Tengok perancangan dia. Kalau ianya menghala ke perkahwinan dan nampak mcam ok, go for it. Jika macam, "Nanti kita fikir lagi, kita muda kan." itu korang tolonglah jadi bijak sikit ye.

Hati-hati sebelum manja sekeping hati, dikhuatiri merana hati.

 I Bought A New Product with HERMO

I Bought A New Product with HERMO


Assalammualaikum.

For those yang tak tahu HERMO itu apa? Hermo is such a website yang menjual segala barang kecantikan dan kalau korang feeling nak jadi gorgeous yess this time! Beribu manusia menggunakan Hermo untuk discover beauty products at great prices, trying out the most trendy ways to be gorgeous and to share their beauty tips in the journey.

Happy me bila first time shopping ni barang sampai pada tangan dan tidak menghampakan langsung malah lagi puas hati ada lah. Macam I cakap atas tadi, barang dan koleksi yang di jual di Hermo ni kesemuanya dijamin 100% original. Paling menarik bila Hermo bagi voucher code dan buat sale. Hahahahah sakan wei pilih barang.


What I bought : 

1. Cosrx Low PH Good Morning Gel Cleanser 150ml
2. Naruko Row Jobs Pore Minimizing & Brightening Lotion. 

Review soon!



Kalau tanpa discount, I bought about RM85 and that time I just bayar Rm59.13 & i got free sample from Kotex. Berbeza harga about RM20++, I dah boleh saving banyak dah kat situ. I memang dah obses beli barang bila ada discount je. Sebab jimat. Nak shopping tapi kenalah pandai berjimat juga. Ye dak?


The packing is just a normal packing. I love this box. 


All product in a bubble wrap. 


I placed order on 23th June, its took 4 days (3 working days) for my order to arrive. My items also safely arrived on my hands. Hermo also give me a sample from Kotex. Btw, I love to collect sample product. Huhuhu.


I bought also The Ordinary but not from Hermo. I beli kat igshop, I tak ingat nama ig shop tersebut. I beli 2 produk tu sebab nak cerahkan sikit kulit I. Soon I'll review all product that I bought.

Overall,

This is a great experienced with Hermo. Why not korang cuba juga?





My Hermo Wishlist.

My Hermo Wishlist.


Assalammualaikum.

Since muka I breakout, I become a skincare addicted. Yes, sebelum ni I memang tak suka beli barang-barang skincare. Shampoo or body gel shower pun pakai yang kedai runcit punya. Its not about I'm student on that time. Tapi I malas nak beli dan membazir.

But now, every month I akan spent about 100-200 ringgit just to buy skincare. Kadang I beli shower gel pun habis dalam RM60-70, macam dah terlalu obses. Contohnya, showerl gel ni hampir 4-5 jenis produk. Dettollah, The Body Shoplah, Bath & Worklah, and other, sampaikan I sendiri pun tak tahu nak pakai yang mana satu.

I hope HERMO will fulfill my wishlist!



Son & Park Beauty Water, I memang dah lama gilakan produk ni. Produk ni sebenarnya micellar water, ianya berfungi untuk removes make up, cleasing all dirty on ur face. I love this product sebabnya low-PH yang paling bagus bila apply pada wajah kita. 

Tapi harga lumayan mahal! I tunggu sales kaw-kaw, I akan beli and grab as soon as possible.


 Disebabkan I ni oily skin, I buat research untuk product klairs. Product Klairs ni berasal dari Korea. So korang tu jangan tahu layan korean drama je tau. Skincare Korea pun sangat bagus dan banyak review about Klairs. I macam kne ada salah satu daripada product Klairs ni. I choose Klairs Gentle Black Sugar Charcoal Soap, I tak pernah cuba pencuci muka yang jenis soap. Selama ni I guna gel or water based cleanser. And of course, produk ni banyak sangat review. Later, bila pencuci muka I dah habis, I'll grab this soap.



Siapa je yang tak kenal Innesfree? Dah lama menapak kat Malaysia, sedihnya sebab I baru cuba 1 produk from Innisfree. Sebenarnya Clay Mask sangat bagus untuk kecilkan pori-pori diwajah. Why not kita cuba Innisfree kan?

I really hope that Hermo kan fulfill my wishlist, hihihi. ><

So how about you guys?

5 SEBAB PERLU SAMPAI AWAL DI AIRPORT.

5 SEBAB PERLU SAMPAI AWAL DI AIRPORT.


Assalammualaikum.

Untuk korang yang newbie, yang tak tahu lagi procedure naik kapal terbang. Korang kena baca entri ni, yes untuk tambah ilmu tentang travel. Memang tiap tiap bulan AirAsia akan buat promosi harga tiket flight. Bila kita dah siap tempah dan get ready before fly, korang jangan terlalu seronok kerana dikhuatiri korang akan terlupa tengok masa dan tarik penerbangan dengan teliti. Ini BAHAYA!

Jom baca sebab apa korang WAJIB sampai airport awal.

1. Chill & Relax.

Seminggu sebelum sampai masa penerbangan korang, seeloknya awalkan waktu untuk packing barang barang keperluan korang. After that, sehari sebelum fly korang just double check sahaja barang-barng yang korang dah packing. Like usually, bertolaklah awal dari rumah untuk elakkan kesesakan lalu lintas dan perkara yang tidak diingini berlaku. Jadi bila dah sampai di airport, korang akan rasa tenang.

2. Check-In Flight.

Jangan ingat hotel je boleh check in. Untuk newbies, korang boleh guna kiosk dan sila tanya dengan petugas yang ada di situ. Jangan malu! Kalau malu, korang boleh terlepas waktu untuk check in. Kang tiket burn, menangis pulak tepi bucu katil. Kalau nak check in by kaunter, korang kena datang awl untuk elakkan korang beratur panjang. Jika dalam keadaan suntuk, korang boleh pergi ke kaunter ekspress. Jangan malu tu je.

3. Penalti atau Ticket Burn.

Confirmlah korang akan sakit hati bila korang dah beratur lama lebih dari masa yang sepatutnya, tiba-tiba sampai di kaunter, petugas kata sistem untuk check-in dah tutup! Untuk tukar masa perjalanan bagi sesetengah penerbangan, korang hanya perlu bayar penalti. Tapi ada je flight yang tak kenakan penalti tapi dia terus burn ticket korang. Baik bayar penalti dari burn terus, kan?

4. Masa pelepasan dan nombor gate.

Selalunya bila dalam keadaan clumsy, masa berlepas dan nombor gate yang korang akan tuju pun akan jadi isu. Dalam keadaan macam ni, korang akan terlepas pandang masa pelepasa. Tapi tak apa, mesti ada petugas yang akan panggil nama korang untuk panggilan terakhir menaiki flight. Dalam kejar masa untuk sampai gate , pastikan nombor gate tu betul ye!

5. Kesesakan trafik.

Bukan jammed di jalan raya je yang korang ingat. Kesesakan trafik untuk selesaikan urusan untuk check in dan penyimpanan bagasi juga korang kena ambil kira. Jangan sampai ngam-ngam pada masa yang ditetapkan. 3 jam awal itu pun tak termasuk untuk beratur uruskan hal-hal yang lain.

Jadi korang kena sentiasa beringat, datang awal untuk menguruskan urusan check in. Bila dah settle hal check in, korang boleh flight dengan tenang dan selamat bercuti. 





















10 Travel Quotes To Inspire You To See the World

10 Travel Quotes To Inspire You To See the World


Assalammualaikum.

Hari ni I nak share dengan korang semua tentang '10 TRAVEL QUOTES TO INSPIRE YOU TO SEE THE WORLD'. Since I heartbroken, I dah start travel alone. First trip, I pergi ke Langkawi dan I jadi more addicted pada travel. Kiranya, tiap-tiap I akan fikir, where should I travel after this. 

Yes, mulanya I akui, I takut tapi lama-lama I lebih berani nak travel. Untuk korang yang nak sangat travel tu, just go and do anything what you want to do. Mungkin 10 quotes ni akan inspire you.

Hopefully.

1. Travel is the only thing you buy that makes you richer. - Unknown

2. To travel is to discover that everyone is wrong about oter countries. - Aldous Huxley

3. If you reject the food, ignore the customs, fear the religion and avoid the people, you might better stay home. - James Michener



4. Don't tell me how educated you are, tell me how much you traveled. - Mohammed

5. Travel teaches toleration. - Benjamin Disraeli

6. Travel makes a wise man better and a fool worse. - Thomas Fuller

7. A journey is best measured in friends, rather than miles. - Tim Cahill


8. The more I traveled that more I realized that fear makes strangers of people who should be friends. - Shirley MacLaine

9. A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving. - Lao Tzu

10. I have found out that there ain;t no surer way to find out whether you like people or hate them than to travel with them. - Mark Twain

Pencarian Bloglist July 2018 oleh Airah Syahirah

Pencarian Bloglist July 2018 oleh Airah Syahirah




Assalammualaikum.

I join tau, korang apa cite? Takkan tak nak join.

Untuk penyertaan boleh klik banner di atas  ye!

I dah join, korang bila lagi?



GIVEAWAY SUKA SUKA BY SHFYQHAZHR.COM

GIVEAWAY SUKA SUKA BY SHFYQHAZHR.COM




Assalammualaikum.

I join tau, korang apa cite? Takkan tak nak join.

Untuk penyertaan boleh klik banner di atas  ye!

I dah join, korang bila lagi?



Salam AidilFitri 1439 Hijrah 2018

Salam AidilFitri 1439 Hijrah 2018

My outfit on raya.

Assalammualaikum.

Hari ni raya ke 8 dimana I kembali bekerja seperti biasa setelah 9 hari bercuti. Ye memang cuti raya tahun ni I apply cuti panjang. Di kesempatan ni, I nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin buat yang mengenali I. Semoga raya tahun ni menjadi raya terbaik di antara raya-raya yang pernah kita lalui.

So macam mana raya korang? Dapat banyak duit raya ke?


Duit raya.

Tahun ni I dapat duit raya lebih kurang RM250,  hhihi. I dapat daripada pekerja-pekerja I. Malu jugaklah I still dapat duit raya. Rasanya 3 tahun I beraya di site, 3 tahun tu jugalah I dapat duit raya. Tapi tahun ni extra sikit, I dapat juga 1 box of almond vegetarian from Seasons. Kuihnya sedap sangat. Thank you.

Untuk outfit raya pulak, I berbaju peplum dan berkain lipat kipas di bahgian belakang. Baju ni mak I yang belikan dan tempah untuk buat baju peplum. Tapi di sebabkan tailor tak berapa reti, sehari before raya I outer sendiri baju raya I tu. I gunting peplum tu atas lutut sebab tailor buat peplum I tu bawah lutut. Serious macam baju mengandung. Tak kena dengan saiz badan I yang terlalu kurus. Menangis jugalah sebab baju raya tak seindah yang I sangka. Lepas memang I nak hntar kat tailor lain. For high heels, I beli di Zalora yang berjenama Velvet. Harga asal kasut ni RM159.00 tapi I beli time ada discount, I dapat dalam Rm39 macam tu. Murah kan?

So far, raya tahun ni I rasa lain sikit sebab I bring him to my home. Dia nak beraya rumah and meets my parent. I tak pernah bawa lagi mana-mana lelaki datang beraya di rumah. I bukan jenis yang suka nak menayang or kenal dengan my parents. I think, I gonna be more serious with him thats why I open to bring him. Hopefully, he will be my destiny. Doakan yang baik-baik ye.

So, 

I wish again SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN. Kosong-kosong ye. ><


Pesanan Sebelum Balik Kampung.

Pesanan Sebelum Balik Kampung.


Assalammualaikum.

Ya, kita bakal sambut raya tak lama lagi, 3 hari je tau. Ya Allah sekejap je kan masa berlalu.
Tup.. tup.. tup.. eh dah raya dah? So macam mana dengan persediaan raya korang? Dah ready nak balik kampung? Kalau dah ready, meh baca sikit pesanan sebelum balik kampung.


PESANAN SEBELUM BALIK KAMPUNG!

1) Cabut semua plug kat dinding expect fridge. Kang busuk pulak makanan dalam tu.

2) Buang sampah! Jangan simpan sampah dalam rumah, kang balik dari kampung dah jadi banyak kerja pulak. 

3) Jangan biar baju tersidai di luar ye.

4) Double triple cek kipas dan lampu.

5) Kosongkan dan bersihkan sinki.

6) Bawak toiletteries.

7) Semat baju butang Melayu. Kang tercicir, mana nak cari.

8) Jangan lupa bwak adapter plug charger.

9) Jangan kelam kabut , happy-happy jer.

10) Touch n go topap siap-siap.

11) JANGAN LUPA BAGI SIGNAL!

OMBAKBERGIGI © . Designed by MaisarahSidi.com