11/01/2017 - 12/01/2017 - OMBAKBERGIGI OMBAKBERGIGI: 11/01/2017 - 12/01/2017
LAZADA ONLINE REVOLUTION CONTEST

LAZADA ONLINE REVOLUTION CONTEST


Assalammualaikum uolls.

Lazada Blogger Revolution Contest | Tahun sebelum ni, Om tak sempat nak join. Om terlalu sibuk dengan kerja, tetapi untuk tahun ni Om cuba untuk menyertai. Hopefully, dapatlah hadiah daripada Lazada. Hihihiii. Lagi pun, Lazada tengah buat sales besar-besaran kan? 11.11-12.12, kemain lama tau sales dia. Om tak sempat nak bershopping, faham-faham sahajalah, gaji tak masuk lagi. 

Oleh itu, Om pun tak nak lepaskan peluang keemasan ni untuk turut serta. Jadi apa tunggu lagi?Jom, kita sama-sama memeriahkan lagi segmen Lazada. Ada yang tak tahu apa syarat-syarat penyertaan, boleh klik [SINI SINI SINIDengan lafaz BISMILLAH, Om join contest ini. 

A) Do you remember the first product that you ever purchased online? What was it and how was your experience.

Ya, Om masih ingat lagi pengalaman Om membeli-belah di atas talian bersama Lazada. Itu pengalaman pertama Om. Om tertarik untuk bershopping dengan Lazada kerana, kawan satu ofis Om selalu beli barang di Lazada and why not I'm try buying something on Lazada. Thank you kawan sebab perkenalkan Lazada pada Om.


Kali pertama, Om hanya membeli sehelai hoodie, hmm tak ingat berharga berapa. Om ni tak suka sangat guna hoodie woman, Om banyak baju lelaki, selalu dan tak terlalu ketat. Sangat berpuas hati, walaupun agak lambat jugak untuk sampai ke tangan Om but its okay. Untuk kali keduanya, Om telah microfiber towel. hehehehe yang ini untuk persediaan backpacke traveller on Januari 2018. Alhamdulilah, Om masih berpuas hati dengan servis Lazada. 

Bagi yang belum ada pengalaman tu, cuba dulu baru tahu. Tak cuba maka tak tahu. Anything happen anggap je sebagai satu pengalaman. Setuju tak? 

B) What types of product would you prefer buying online?

Soalan paling Om tunggu untuk dijawab!

Produk yang paling Om suka untuk membeli belah secara online ialah kasut! Yes Om ni pecinta kasut terutama ankle high heels. Tetapi semenjak bertukarnya hobi dan Om memilih hobi 'backpack traveller', Om jadi terbiasa untuk mencari produk yang sesuai untuk 'backpack traveller', contohnya thermal wear. Thermal wear ni sejenis pakaian ketika musim sejuk, ala-ala inner gitu.

Om nak kumpul dan sediakan barang-barang khas as a 'backpack traveller'. Moga Allah permudahkan segala urusan, sama-sama doakan.

C)  What to you love about online shopping.

Semua orang mesti dah tahu apa kebaikan dan keburukan apabila 'online shopping', betul tak? Macam macam viral berkata 'online shoppping' ni lambatlah, order barang lain dapat lain, barang tak boleh tukar dan sebagainya.


  • Korang tak perlu dah nak bersesak-sesak meredah jammed ataupun lautan manusia dan ditambah serabutnya ketika mencari parking. Just open website LAZADA.COM and lets shopping. 
  • Korang juga boleh pilih barang yang korang nak, anytime and anywhere. 
  • Jenama luar negara korang boleh dapat lagi murah bila membeli-belah di Lazada.
  • Cara bayaran super duper easy,korang boleh Cash On Delivery (COD) atau online banking. 
  • Customer feedback dah semestinya ada, korang just baca sahaja dan boleh digunakan sebagai rujukan.
Mudahkan bila membeli-belah di Lazada?


D) Which product did you buy or are you planning to buy on Lazada during the Online Revolution Sales?

Hey, soalan dia ni, bikin Om meronta-ronta nak bershopping. Nasib baik akal boleh kontrol hati, kalau ikutkan hati, dah lama Om memborong tau! Of course jadi rambang mata dan tak tahu nak pilih yang mana. Lazada memang terlalu banyak produk, sehinggakan produk yang kita tak jangka pun ada di Lazada.


Produk pertama yang Om planning untuk beli di Lazada ialah Backpack by Delsey. Backpack ni dah lama Om berkenan. Tengok je lah harga sebelum Lazada Online Revolution Sales, RM464, ha amik kau. 400 tu boleh beli macam-macam tau. Boleh juga dapat backpack jenama yang lain. Tapi backpack yang ni, make me fall in love again and again. Huarghhh bila lah nak dapat, *menangis tepi bucu katil*


Memandangkan, Om tiada satu pun camera action. Om bercadang untuk membeli SJ9000, sejenis camera aksi yang sesuai untuk dibawa kemana sahaja. Terutama ketika travel, bila dah ada camera ni, bolehlah Om selfie dan make a video. Umum yang korang ketahui, camera ni bila snap je gambar, gambar memang sangat lawa. Jadi, boleh jimat bateri hp korang. Betul tak? Rugi tak grab camera ni sebabnya 65% tau.

Agak-agak tercabar tak pada blogger yang belum join contest ni? Kita tak tahu rezeki kita ni, mana tahu ada rezeki dengan contest Lazada, ha rugi je kepada yang tak join tu. So apa tunggu lagi? Jangan lepaskan peluang keemasan ni ye!

Hadiah untuk di menangi : 

1. Less than 200 participants (25 winners)
1st Prize : 1 x RM300 vouchers
2nd Prize : 9 x Rm150 vouchers
3rd Prize : 15 x RM100 vouchers

2. More than 200 participants (50 winners)
1st Prize : 1 x RM500 vouchers
2nd Prize : 15 x Rm150 vouchers
3rd Prize : 34 x RM100 vouchers

3. More than 350 participants (80 winners)
1st Prize : 1 x RM750 vouchers
2nd Prize : 35 x Rm150 vouchers
3rd Prize : 44 x RM100 vouchers

4. More than 500 participants (111 winners)
1st Prize : 1 x RM1000 vouchers
2nd Prize : 50 x Rm150 vouchers
3rd Prize : 60 x RM100 vouchers

GIVEAWAY SHFYQHAZHR x PRINTCIOUS

GIVEAWAY SHFYQHAZHR x PRINTCIOUS




Assalammualaikum.

 Om join tau, korang apa cite? Takkan tak nak join.

Om tak pernah order any barang with printcious dan Om tak tahu ape itu printcious.

Untuk penyertaan boleh klik banner di atas  ye!

Om dah join, korang bila lagi?



Betul ke, Woman without her man is nothing?

Betul ke, Woman without her man is nothing?



Assalammualaikum. 

BETUL KE , WOMAN WITHOUT HER MAN IS NOTHING? | Om terbaca dalam entri Akuislam.com, website ni jadi satu inspirasi untuk Om untuk hadapi apa jua masalah. Korang mesti baca artikel-artikel yang ada di dalam website tersebut. Manalah tahu jadi inspirasi jugakkan?

Kisahnya begini,

Seorang professor menulis ayat "Woman without her man is nothing" di papan putih dan menyuruh pelajar-pelajarnya meletakkan tanda bacaan di ayat tersebut untuk memberikan itonasi yang berkesan. Seorang pelajar lelaki telah meletakkan tanda bacaan di ayat tersebut seperti berikut :

"Woman, without her man, is nothing"

Pelajar lelaki tersebut mendapat sorakan daripada pelajar-pelajar lelaki. Dengan bangganya pelajar lelaki tersebut duduk ditempatnya. Manakala, tampil seorang pelajar perempuan untuk memberikan tanda bacaan pada ayat tersebut. Dia mengerling semua pelajar yang berada di dewan dan meletakkan tanda bacaan dengan yakin, seperti ini :

"Woman! Without her, man is nothing"

Seluruh dewan bertukar menjadi sunyi sepi. Masing-masing tergamam dan profesor berkata, 'You can be what you want to be' dan meninggalkan dewan. 

So macam mana? Korang rasa tak apa yang Om rasa setelah baca? 

Betul kata professor, 'You can be what you want to be'  Daripada ayat ni lah yang boleh menjadikan kita lemah atau sebaliknya. Sebab semua tu ada pada pilihan kita sendiri. We make our choices. 

Kalau woman without her man is nothing di baca dengan intonasi yang selamba, jadi terhasillah sisi negatif kepada wanita. Betul tak? Cuba korang baca dengan nada selamba, nada lemah. Mesti korang rasa annoyingnya ayat ni. 

BUT, bila korang baca dengan nada yang bersungguh ,  "Woman! Without her, man is nothing" Korang akan rasa ayat tu memang sangat motivasi. Cuba try it again. 

Pilihan memang ada pada tangan kita, kita bebas nak letak tanda bacaan pada ayat tersebut. Sama juga dalam kehidupan. Kita bebas meletakkan sebarang target. Betul kan? Untuk bahagia, kita bebas untuk melakukan apa jua yang boleh membuatkan kita bahagia dan sebaliknya. 

Jadi, untuk wanita di luar sana, sila baca ayat ini dengan nada keras, heheheheh... "Woman! Without her, man is nothing"





Giveaway by Yanieninie

Giveaway by Yanieninie




Assalammualaikum.

 Om join tau, korang apa cite? Takkan tak nak join.

Untuk penyertaan boleh klik banner di atas  ye!

Om dah join, korang bila lagi?



Cara Sertai LAZADA ONLINE REVOLUTION CONTEST 2017

Cara Sertai LAZADA ONLINE REVOLUTION CONTEST 2017



Assalammualaikum uolls.

Cara Menyertai Lazada Blogger Revolution Contest | Alhamdulillah, Om dapat emel daripada LAZADA untuk menyertai contest. Lazada ni memang baik hati tau! Rajin sangat buat contest khas untuk blogger. Hadiah pun kemain menarik tau. Yes! Untuk contest Lazada yang ini, In shaa Allah Om akan menyertai. Gonna be excited! Om tengah menyiapkan entri contest ni dan tak sabar nak post dan submit kepada Lazada. Om tidak akan lepaskan peluang kali ni! Berkobar-kobar nak join tau. Hihihihi. 

Contest ini dianjurkan selama sebulan lebih tau! Bermula dari 1st November until 14th December 2017. Semakin ramai yang join, semakin tinggi peluang untuk menang? Ha betul ke? Ya! Dah semestinya! Semakin ramai blogger yang menyertai semakin banyak hadiah yang akan dimenangi. Contest ini terbuka kepada SEMUA BLOGGER SELURUH MALAYSIA. Om dah lama menapak dalam blogger tapi ini kali pertama Om akan menyertai. Asalkan! Korang ada blog dan pernah membeli di lazada, itu pun sudah cukup untuk melayakkan diri untuk menyertai. 

Hadiah untuk di menangi : 

1. Less than 200 participants (25 winners)
1st Prize : 1 x RM300 vouchers
2nd Prize : 9 x Rm150 vouchers
3rd Prize : 15 x RM100 vouchers

2. More than 200 participants (50 winners)
1st Prize : 1 x RM500 vouchers
2nd Prize : 15 x Rm150 vouchers
3rd Prize : 34 x RM100 vouchers

3. More than 350 participants (80 winners)
1st Prize : 1 x RM750 vouchers
2nd Prize : 35 x Rm150 vouchers
3rd Prize : 44 x RM100 vouchers

4. More than 500 participants (111 winners)
1st Prize : 1 x RM1000 vouchers
2nd Prize : 50 x Rm150 vouchers
3rd Prize : 60 x RM100 vouchers

Cara untuk menyertai : 

1) Buat satu artikel yang bertajuk LAZADA ONLINE REVOLUTION CONTEST 

2) Jawab keempat-empat soalan dibawah ini. Soalan ini boleh ditukarkan ke bahasa melayu.

a. Do you remember the first product that you ever purchased online? What was it and how was experience?
b. Which types of products would you prefer buying online?
c. What to you love about online shopping?
d. Which products did you buy or are you planning to buy on Lazada during the Online Revolution sales?

3) Korang kena mention Online Revolution (https://www.lazada.com.my/online-revolution) yang bermula dari 11 Nov - 14 Dec 2017.

4) Make sure artikel mesti ada SCREENSHOTS product yang korang planning nak beli (mentioned in point 2.d)

5) Sila submit link artikel korang ke email contest@lazada.com.my bertajuk : Lazada Online Revolution Blogger Contest. 

6) Untuk bahasa di artikel, english atau bahasa melayu diterima. 

7) Pemenang dipilih secara random! 

Jadi apa tunggu lagi? Dah nak habis tempoh baru nak join? Melepaslah nanti korang. Korang boleh klik di banner di atas untuk penyertaan ya.

Om join nanti, stay tuned! and good luck pada yang menyertai. 


Planner Sioca 2018 GIVEAWAY

Planner Sioca 2018 GIVEAWAY




Assalammualaikum.

 Om join tau, korang apa cite? Takkan tak nak join.

Untuk penyertaan boleh klik banner di atas  ye!

Om dah join, korang bila lagi?



Giveaway Ole-Ole Brunei By Mialiana.com

Giveaway Ole-Ole Brunei By Mialiana.com





Giveaway Ole-Ole Brunei By Mialiana.com bermula dari saat ini, 12.00 tengahari 9 November 2017 sehingga 11.59 malam 16 November 2017. Semua blogger yang bermastautin di Malaysia dijemput join. 13 pemenang bertuah dicari. Hadiah berupa ole-ole fridge magnet dan keychain di SINI.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.comAdd To Circle Google+ Mia LianaLike Fanpage Mialiana.com dan Follow Instagram @mialiana (jika ada)
  2. Buat entri bertajuk Giveaway Ole-Ole Brunei By Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Hantar URL entri anda ke dalam ruangan komen SINI
  5. Segmen akan tamat pada 11.59 malam 16 November 2017.

Pemenang akan dipilih melalui cabutan bertuah manual dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 30 November 2017.

** support Mia ya.....


Read more: http://www.mialiana.com/2017/11/giveaway-ole-ole-brunei-by-mialianacom.html#ixzz4xzw6BS00
Pahit Manis Bekerja Di SITE !

Pahit Manis Bekerja Di SITE !

Assalammualaikum. 


Rasanya mungkin ada yang mengenali Om sudah lama bekerja sebagai Site Supervisor. Betul tak? Ada sesetengah yang tahu mungkin juga ada yang tak tahu. Ya, Om dah bekerja di site selama 2 tahun dan In shaa Allah memasuki 3rd series. 

Ya Om ialah pemegang Diploma in Civil Engineering. Dulu SPM aliran prinsip akaun dan bercita-cita nak jadi Akauntan tapi akhirnya menceburi bidang yang di polopori oleh lelaki. Kiri, kanan, depan, belakang semuanya lelaki. Bayangkan dengan ilmu setipis kulit bawang, drawing civil & structure tak pernah lihat dan pegang, basic autocadnya tak ada, tiba-tiba kawan baik satu kolej tarik bekerja bersama dia. Sebulan je Om menganggur selepas convocation. Alhamdullilah sekarang masih setia bersama kawan baik di office yang sama cuma berbeza site. 


100 orang pekerja yang terdiri daripada warganegara Bangladesh & Indonesia hanya dikontrol oleh dua orang site supervisor. Memang tak boleh dibayangkan. But at the end of the day, rasa bangga tu ada sebab tak ramai perempuan yang nak menceburi bidang ni full time di site. Ada tapi limited edition. Sanggup ke korang (perempuan) nak legamkan muka dari pagi sampai ke malam. 2 tahun Om keje nak hilangkan sunburn Allah je yang tahu betapa payahnya. 

Lama-lama kulit muka dah sebati, dah boleh terima dah kepanasan matahari. Bayangkan, dugaan bulan puasa. Tahun lepas tahun pertama Om berpuasa di site. Kebetulan tahun lepas juga kerja memang sangat sibuk, penat! Hari ketiga berpuasa dah ada niat nak batalkan puasa sebab tak tahan panas. Air liur kering, muka merah dan ya Allah penatnya tu. I can"t believe for this year Om dapat juga habiskan puasa. Apa yang seronoknya bila berbuka tu, nikmatnya subhanaAllah! "Aku berjaya juga habiskan puasa hari ni", sampai macam tu sekali berdetik dalam hati. Kawan-kawan lelakilah yang mencabar untuk habiskan puasa, sedangkan diorang boleh apatah lagi Om. 


The best partner ever! Kak Mah, orang Kodiang yang merantau ke Kuala Lumpur. Kerja site memang Om jumpa beragam jenis orang. Orang cakap putar belit, orang yang suka nak lepaskan tanggungjawab, orang yang pentingkan diri sendiri, haish macam macam jenis. Dari site ni, Om belajar untuk percaya diri sendiri dulu barulah percaya pada orang lain dan yang penting, siapa nak backup bila kita betul atau salah kalau bukan diri sendiri. Om pegang ayat ni kemana-mana site. Bak kata pepatah, banyak udang banyak garam, ramai orang ramai ragam. 



Sebenarnya, korang jangan ingat korang je ada masalah. Om sendiri pun tak boleh nak kawal masalah sendiri. Kadang masalah sendiri dicampur adukkan dengan masalah kerja. Sampai satu tahap, mereka (pekerja) tempat Om luahkan rasa, marah sedih benci, semualah kat diorang. Tahun pertama kerja site, diorang ni lah yang tahu betapa cengengnya Om. Sayang kat diorang ni sebab diorang ni suka hiburkan hati Om. Nak nak time marah sampai tak boleh marah. Hahahahah. 


Bersyukur juga kerja di site sebabnya Allah nak om ni belajar kontrol emosi. Walaupun dapat kekangan dari parents sebelum ambil bidang, but akhirnya parents kalah juga dengan kehendak anak dia yang sorang ni. Om tak cari pangkat atau gaji yang tinggi, om nak cari pengalaman. Pengalaman berharga tak semua orang boleh dapat. Betul tak?





1ST ANALIFESTYLES GIVEAWAY

1ST ANALIFESTYLES GIVEAWAY




Assalammualaikum.

Untuk penyertaan boleh klik banner di atas  ye!

Om dah join, korang bila lagi?



Tak Nak Sunyi Sepi Lagi GiveAway by ASTraveler

Tak Nak Sunyi Sepi Lagi GiveAway by ASTraveler




Assalammualaikum.

Untuk penyertaan boleh klik banner di atas  ye!

Om dah join, korang bila lagi?



Segment Thank You 200,000 Visitors

Segment Thank You 200,000 Visitors




Assalammualaikum.

Untuk penyertaan boleh klik banner di atas  ye!

Om dah join, korang bila lagi?



Segmen Suai Kenal IG Baru

Segmen Suai Kenal IG Baru




Assalammualaikum.

 Btw, sesiapa yang ada INSTAGRAM, ha meh lah join segmen ni. 
Segmen Suai Kenal IG Baru. 

Instagram : @ombakbergigi

Jemput follow ye, In shaa Allah Om akan follow jugak ><

Untuk penyertaan boleh klik banner di atas  ye!

Om dah join, korang bila lagi?



OMBAKBERGIGI © . Designed by MaisarahSidi.com