Isnin, 22 Februari 2016

Om Hilang? Biar Betul.

  
Assalammualaikum.

Hi korang semua. Apa khabar? Terasa tak kehilangan Om selama seminggu ni. Om rasa entri Om dah mula bersawang. Mana taknya, seminggu satu entri. Why this thing happen to me like this? Huarghhh... Mesti korang dah bosan nak jengah blog Om. Tiap kali korang klik blog Om mesti keluar entri yang sama. Om pun boring sebab lama tak menaip. Om minta maaf tau dan harap korang habiskan membaca entri Om ni ye.

Korang tahu kenapa Om menghilang dari blogging? Ha tak tahu kan. Sebenarnya, Om dh pun bekerja dalam dunia kejuruteraan. Om kan belajar civil engineering selama 3 tahun, betul tak? Alhamdullilah Om dah bekerja sebagai junior site supervisor untuk projek water treatment plant hulu langat. Projek ini dalam 22 ekar di hulu langat. Nak info lebih lanjut tentang projek ni korang boleh ke laman web www.langat2.com. 

Om dh seminggu kerja, hari sabtu pun kerja. Full day sebabnya nak projek ni siap sebelum bulan 11. Jadi ada lagi 9 bulan. Mati lah nak. Selama seminggu juga, kulit Om dh bertukar jadi ultraman. Hahahahaa bukanlah. Kulit Om memang sangat sensitif. Kalau kena panas, confirm hitam legam. Kerja 2 hari dh nampak perubahan. Ini Om kerja 7 hari hahahahaa muka dah berbelang. Tona tak sekata. Gelap gelita nampak mata je ditmbah pula dengan jerawat yang memang sensitif dengan cahaya matahari. Mulalah muka ni nak minta garu. Gatal gatal sebab kena habuk dekat site. 

Ada juga pekerja buruh tanya, kenapa kerja kat tempat panas-panas. Kenapa tak kerja dekat office. Yes , I'm speechless. Om tak sesuai kerja dekat office. Om lebih suka kerja di belakang tabir. Hihihiii, lain orang lain minat betul tak? Selagi kerja itu halal, Om akan kerja. Lagi pun Om ada diploma, rugi kalau tak kerja dan aplikasikan apa yang kita belajar dulu. Nak jadi engineer, kena fikir baik dan buruknya. Fikir masak masak, kalau rela bekerja sekuat lelaki sila teruskan. Betul tak ? 

Jadi korang jangan risau, Om tak hilang. Om masih berada di bumi Malaysia. Maaf tau entri Om hanya seminggu sekali. Harap ada yang sudi jengah blog Om yang mula bersawang. Hihihiii...

Happy working guy's. 


Muka dah hitam dan berbelang.

Sabtu, 13 Februari 2016

Should I Listen Brain Or Heart?


Assalammualaikum. 

" I know him from standard 4. I started to have feeling for him... But he already loves someone. He and I are best friends for many years. I know even though if I express my feelings he's not going to say yes, my heart doesn't accept that rejection. What should I do now? My brain tell me to leave him and don't have any feelings anymore. It's going to hurt you if you talk. My heart tell me you can't leave your best friend when he needs you as a friend. What should I do?"

Apa yang perlu korang lakukan jika berada di situasi diatas? Korang dengar kata hati atau otak? Mana satu yang perlu korang dengar. Hati atau otak? Hati atau otak? Otak atau hati? 


Mana yang lebih baik kata hati atau logik akal (otak) ? Om pernah terbaca daripada satu artikel, kat artikel tu menerangkan, hati itu letaknya didada sedangkan otak dikepala. Otak letaknya di atas dada. Tapi manakala kita melakukan rukuk dan sujud maka kepala kita lebih rendah dari dada kita. Hihihihi mesti korang tak faham kan? Om jelaskan satu persatu okay.

Aku, kau, mereka dan dia adalah makhluk Allah. Kita diciptakan Allah untuk menjadi khalifah di buminya. Kita adalah makhluk Allah yang paling lemah. Terlahir tanpa daya dan kita wajib untuk beribadah kepadanya. Sujud adalah jarak yang paling dekat dengan Allaah. dalam sujud otak (akal) berada di bawah kesucian hati. Dalam sujud hilang kesombongan kita di hadapan Allah. Tapi dalam sujud yang tuma'ninah melahirkan ketenangan hati.

Masih tak faham?

Fikir itu menggunakan akal dan rasa itu melalui hati.

Ya kadang kita tahu sesuatu yang baik tapi hakikatnya hati kita gagal untuk merasa. Dan disebabkan itulah, kita ni selalu ke arah yang salah. Sebab apa? Sebab hati kita mudah terpedaya untuk merasa nikmat yang kita sudah yang akhirnya membawa kepada kelalaian.

Hati itu pengawal keseluruhannya kerada ada istilah mengatakn jika baik haati seseorang itu, in shaa Allah baiklah keseluruhnya. Jika hati kita bersih in shaa Allah dengan sendirinya rasa keimanan itu akan datang dan hadir dengan sendirinya ke hati kita.

Maka perbanyakkanlah bersujud kepadaNYA. 



Header dan Footer Yang Terlajak Cute !

Assalammualaikum..


Om punyalah over confident letak header yang baru Om buat ni, tup tup perhati lama lama baru tahu ada small mistakes.. Korang dapat agak tak? Geramnyaaa.. Nak baiki balik memang malas lah cerita dia. 

Header kali ini Om buat dengan citarasa Om sendiri, Om rasa cantik tapi tak tahu lah korang. Harap korang terima lah ye. Kali pertama buat header yang secantik itu. Sampai tersalah tulis, crop gambar pun tak lawa. Haishhh sebab nak siap cepat, nak tepek dekat blog. 

Footer pulak, idea Om nak samakan dengan header. Ada rama rama, bunga bunga gitu. Padahal dalam diri ni tak adalah girl girl sangat. Poyoronos betul.. Korang rasa cantik tak header dan footer om?

Om minta maaf sebab blog Om ni masih dalam menaiktaraf. Segala kesulitan harap dimaafkan. Hehehhehee.. In shaa Allah malam ini blog Om dah cantik kevavomm.. gettew...

Komen yang murni ye...


Jumaat, 12 Februari 2016

Gambar Pra Convocation Baru Siap!

Assalammualaikum.

Setelah dua minggu Om convo, Om baru dapat gambar pra-convocation. Lama betul tunggu tapi gambarnya tetap cantik. Hehheheee.. Itu pun last minit photoshoot, nasib baiklah photographer dah lama kenal. Om pun dah biasa dengan dia, dah lebih 3 kali photoshoot. Even dia bagi gambar lambat tapi kebanyakkannya gambar gambar yang dia ambil memang cantik cantik belaka. Kenalah dengan selera Om.

Lagipun, dia tak dapat nak edit banyak banyak sebabnya dia sangat sibuk. Om pun faham keadaan dia. Apa yang best, dia tak pernah minta duit upah pun. Dia buat kerja sampingan ni sebab minat yang mendalam dengan bidang photograph. Dia kata kot kot terjodoh dengan model model dia. Hahahahaa... Janji bukan Om!


Om letak gambar atas tu sebagai gambar profile FB Om, cantik gitu. Yelah.. Om still rasa suasana convocation tu. Itu yang penuh wall fb Om dengan status dan gambar convocation. Hihihihihi... cantik tak gambar tu? Dengan jubah yang ronyoknya, dengan panas teriknya, Om redah jugalah sebab nak buat kenangan. Entah bila nak rasa convocation lagi. Mungkin 5 years lagi. I don't know.

Sila lah tengok gambar di bawah-bawah ni. Om harap korang jangan cair pulak. Aishhh ayat gedik pulak... Haaa... EN.BERDIKARI saya dah convo jadi bila awak nak masuk minang ni? Hihihihihi...






Itulahh... lain kali dengar taklimat sebelum balik amik jubah tu. Ni tak, terus balik. Kan dah salah pakai jubah tu. Hahahahaa... tergelak gelak kot sebab tak tahu pakai jubah. Ini semua idea photographer lah ni.. dia siap google lagi cara pakai jubah convo, tapi tengok tu... habis rosak gambar. apa pun tak boleh dia ni... Small mistakes je tu.. Om tak kesah sangat pun. 

Janji gambar cantik.




Teringin Nak Tubuhkan Kelab Blogger.

Assalammualaikum,
Rasanya belom terlambat untuk Om ucapkan HAPPY CHINESE NEW YEAR kepada semua kawan chinese Om. Hihihihih.. Ang pau untuk Om ada tak?

Entri pada hari jumaat yang barakah ini, Om nak menyuarakan satu cadangan,
Om nak tubuhkan kelab blogger. Om sendiri pun pernah join kelab blogger tapi tidaklah begitu aktif. 

Kelab ini Om tubuhkan dengan tujuan, untuk mengeratkan silaturrahim. Manalah tahu kot kot boleh jadi bestfriend even melalui social media. Lagipun kita kan dah lama kenal. 

Melalui kelab ini nanti, mungkin kita boleh lalukan projek amal, seperti mengagihkan makan percuma kepada gelandangan, melawat ke rumah orang tua-tua dan mungkin kita boleh pupuk semangat kesukanan dalam kelab blogger itu nanti. Kalau Om tubuhkan kelab tersebut tapi tiada sokongan dan juga ahli, memang tak best lah ye dok?

Kalau korang rasa nak bagi pandangan atau cadangan, korang boleh lah komen di bawah. Om sedia mendengar, kot kot niat Om ni betul betul menjadi, wahhh its a great thing to me. 

negatif atau positif komen itu, Om sedia mendengar, don't worry, Om takkan marah. 

First Giveaway by Shazhoniee



Assalammualaikum.

Jom join first giveaway by shazhaniee...

hadiah menarik menanti anda, klik banner untuk join.

Om tag : http://www.sayidahnapisah.com/

Thank You For 500 Followers.


Assalammualaikum.

Alhamdulillah, Om nak ucapkan jutaan terima kasih kepada para blogger yang sudi follow blog OmbakBergigi. Dekat 4 tahun berbakti dalam dunia blogging, akhirnya followers blog Om capai 500 followers. In shaa Allah Om akan rajin blogwalking dan follow blog newbie or blog otai otai.

Target followers Om tahun ini ialah 2K. Doakan Om berjaya ye. 

Thanks korang. 

Chocodina Giveaway by Mastura Aziz


TEKAN BANNER UNTUK TURUT SERTAI

PEMILIHAN PEMENANG BERDASARKAN CABUTAN BERTUAH OLEH MAS SENDIRI

GIVEAWAY INI BERMULA PADA 10/2/2016 DAN TAMAT PADA 27/2/2016 (12 TENGAH MALAM)* Penyertaan tidak diterima selepas tarikh tamat

TAWARAN HADIAH :
 CHOCODINA CRISPY SEORANG PEMENANG (Ada 12 jenis perisa.boleh pilih nak perisa apa)
TOPUP RM 5 UNTUK 2 ORANG PEMENANG.

LETS JOIN US


Giveaway February Daebak by Aku Bukan Innocent

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


(klik banner kalau nak join)

Giveaway February Daebak dibawakan oleh Aku Bukan Innocent selaku penganjur dan  Radhia Razali, Aienie Nka, Yun SingEintan NurfuzieAbam Kie, Ct Roxalynna NH, Keju Penyet dan Mohd Noor Shawal sebagai penaja giveaway ini.

!!TARIKH PENTING!!
Dilancarkan : 8 Februari 2016 Jam 12 Tengah Malam
Tamat : 27 Februari 2016 Jam 10 Malam
Pengumuman Pemenang : akan diumumkan kemudian

Sabtu, 6 Februari 2016

Punca Jerawat Dikaitkan Dengan Organ Dalaman.

Assalammualaikum.

Siapa ada masalah jerawat, sila komen di bawah okay. 

Om geram kot sejak habis practical, masalah jerawat makin menjadi jadi pulak. Nak kata Om ni stress, tak selalu stress pun. Sikit jelah. Kata orang, punca jerawat ni dikaitkan dengan organ badan. Om tak berapa pasti. Kalau ye, memang organ dalaman Om bermasalah. Om ni bukan suka minum air kosong. Even badan kitaa ni memang wajib dan sangat perlukan air, sebab itu kita digalakkan minum air kosong sebanyak 2 liter. Kan? Om tak ikut pun, makan pun tak berpantang sangat dan bila jerawat tumbuh dekat muka ha barulah nak marah diri sendiri. 


Jerawat yang berada di bahagian atas dahi kebiasaannya dikaitkan dengan masalah pencernaan. Ya Om alami masalah pencernaan, nak buang air besar dua kali sehari pun susah tau. Ini sangat tidak bagus untuk diri kitaa sendiri, jangan ikut perangai Om tau! Korang kena kurangkan makan makanan yang diproses dan berlemak. Ya I'm one of the fans of the McDonalds or KFC. Korang digalakkan banyak meminum air kosong dan makan makanan sejuk seperti lobak.

Jerawat yang berada di bawah dahi dikaitkan dengan fikiran dan rohani. Hahahahaa... jerawat kan dahi Om penuh kot tak kira bawah atau di atas dahi. Arghhhh stressss! Ia juga disebabkan oleh corak tidur yang tidak tetap, peredaran darah yang tidak elok dan juga tekanan atau kemurungan. Hahahaha rasanya punca punca itu semuanya Om ada. so funny! Jadi korang kenalah pupuk tabiat tidur awal seelok-eloknya sebelum pukul 11 malam dan lakukan aktiviti yang dapat mengurangkan tekanan dan kemurungan.

Kalau korang ada jerawat di bahagian kening, itu dikaitkan dengan hati. Korang kena jauhkan alkohol, makanan berminyak dan produk tenusu. 


Bagi di bahagian hidung, ianya dikaitkan dengan jantung. Korang wajib kurangkan makan makanan pedas atau berbau, kopi dan daging. Jadi untuk elakkan jerawat ada di hidung korang, korang lakukanlah aktiviti yang mengurangkan tekanan dan banyakkan hirup udara segar. Untuk di bahagian telinga, kebiasaannya ia dikaitkan dengan masalah buah pinggang. Korang digalakkan untuk perbanyakkan minum air kosong dan sila kurangkan garam dan kaffien. Ingat! Tak bagus untuk kesihatan. 

Biasanya jerawat ni akan ada bi bahagian pipi, terutama pipi Om lah. Kadang 4 jerawat sekali ada. Dah macam diorang berjanji nak hidup bersama. Tak boleh blah. Di bahagian pipi dikaitkan dengan masalah paru-paru. Ia juga dikaitkan dengan alahan, merokok. Sila bersihkan bantal dan telefon bimbit. 

Jerawat di tepi dagu juga dikaitkan dengan masalah buah pinggan dan sistem reproduktif wanita. Ia juga dikaitkan dengan masalah kitaran, ketidakseimbangan hormon dan tekanan. Jadi, korang perlu cukup tidur sekurang-kurangnya 7 atau 8 jam dan seperti biasa, perbanyakkan minum air kosong. 


Tempat kegeraman jerawat yang selalu tumbuh dekat muka Om adalah di bahagian dagu. Di bahagian dagu ia dikaitkan dengan banyak makan makanan segera dan sembelit. Korang amalkanlah makan makanan yang berserat tinggi. 

Jadi nak muka tanpa jerawat, janganlah malas untuk berusaha okay. Sila sila dan sila amalkan pemakanan yang seimbang. Itu sahaja yang mampu Om kongsikan, jadi kalau korang ada petua untuk hilangkan parut jerawat dan sekutunya, boleh lah komen di bawah.

Om sayang korang. 



Segmen Ucing Nak Url 3

http://ucingkadayan.blogspot.com/2016/02/segmen-ucing-nak-url-3.html
Segmen Ucing Nak Url 3

Hi Blogger Segmen Ucing Nak Url kembali Lagi "Ucing Nak Url Bahagian 3" Kepada yang ketinggalan Segmen Ucing Nak Url Bahagian 2 .Bolehlah Menyertai Segmen ini.40 Penyertaan akan Menyaksikan Artis Popular Dari Hollywood Dalam Bulatan Merah.Siapakah Artis Tersebut .?

Syarat-syarat nya Mudah :

1) Follow Blog Ucing Kadayan Dan Google +
2) Buat Tajuk Post " Segmen Ucing Nak Url 3 "
3) Copy Semua Coding yang telah disediakan dalam box dan Paste ke dalam Ruangan Html dan Publish.
4) Tinggalkan Url Post Anda ke Ruangan Komen Disini.

 Url Post Anda Akan Saya jadikan Home Blog Anda,Tarikh Tutup Segmen 17-2-2016.Jangan lepaskan Peluang Untuk Menyaksikan Artis Terkenal Dan Popular Dari Hollywood..!!

Jumaat, 5 Februari 2016

Kuatkanlah Aku Wahai Hati.

Memaparkan DSC_1345.jpg
Memaparkan DSC_1345.jpg

Assalammualaikum.

Hati kita ni, kadang-kadang terlalu memendam.

Walaupun perkara itu sangat kecil, sekecil zarah.

Simpan segalanya diam-diam.

Hidup yang selama ni ceria,

Tiba-tiba menjadi kelam dan suram.

Mungkin kita terlupa mencari ketenangan di sepertiga malam.

Dan kadang-kadang,

Hati rasa tak mampu untuk bertahan,

Langkah kian perlahan, air mata mengalir tidak tertahankan.

Mengalir laju tanpa kehendak tuan.

seriously,

Hati kita ini bukan kuat mana pun.

Kalaulah doktor bedah keluarkan hati kita, 

kita pijak pun dah hancur.

Tapi, inilah istimewanya hati, Allah letak di dada.

Agar dekat senantiasa dengan tuannya.

Benar,

kadang-kadang kita tak pernah faham apa yang Allah

cuba aturkan untuk kita.

Kita tak pernah tahu apa yang Allah sediakan untuk kita 

di masa hadapan.

Tapi,

Percayalah,

suatu saat kita kena yakin, jalan pilihan Allah ini

akan indah pada waktunya.

Percaya dan terus percaya.



Moga kau kuat ya, Syuhada a.k.a Ombak Bergigi.

Khamis, 4 Februari 2016

GIVEAWAY CASH RM30 FEB 2016 BY AHBAR

Klik Banner untuk join giveaway


Subscribe to our mailing list to get the updates on our Special Offer to your email inbox...

 We can't wait more to have your email in our subscribers email list. Just put your nice email in below box:

* indicates required


Biskut Semperit

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,



Anda tengah mencari biksut semperit tradisional sedap untuk dinikmati musim perayaan ini?

  1. Mari cuba produk keluaran kami, dijamin kepuasan memakan biskut semperit ini sehingga tahap 90% puas hati.
  2. Ingin mencari biskut semperit apabila makan cair di dalam mulut? Jawapanya adalah biskut semperit keluaran kami.
  3. Bahan yang digunakan ketika proses ini adalah butter, tepung, gula dan telur.

Biskut Semperit AHBAR telah mempunyai pengalaman semenjak 2006 dimana resepi secara turun temurun dan Berjaya menambat hati pembeli.

Jadi jangan lepaskan peluang ini, mari merasai kenikmatan memakan biskut semperit yang mempunyai citarasa tradisional dikekalkan.


KINI HANYA

RM25.00

50 KEPING
FREE COD AMPANG / KUALA LUMPUR


Birthday G.A by FARAHDEENA FISAL

CLICK PADA BANNER UNTUK JOIN

salam and hye people :),

. This is farahdeena second giveaway. Dan giveaway kali ini dibuat semperna birthday blogger
 farahdeena pada 9 february ni. So, nak cari 5 orang blogger yang bertuah untuk memenangi HADIAH MISTERI. 

Tapi kalau ramai yang join mungkin  jumlah yang bertuah akan berubah. hehe. 


Untuk join Birthday Giveaway By FARAHDEENA FISAL ini. mudah ja syarat dia :)

Emoticon 1.  buat entry bertajuk "Birthday G.A by FARAHDEENA FISAL" 


Emoticon 3.follow ig farahdeenafisal

Emoticon 4.follow ig Farahdeena Shopholic


Tmat pada 19 february 2016, jom join ramai-ramai 
SmileySmileySmileySmiley


Rabu, 3 Februari 2016

Isnin, 1 Februari 2016

30 Januari 2016

Assalammualaikum dan hai.

Rasanya dah seminggu Om tak post entri terbaru. Maaf sangat, Om sangat sangat sibuk dan tiada masa nak lepak depan laptop lama lama. No blogwalking, no new entri dah sekarang ni. Followers pun dah makin berkurang, trafik blog? ha, jangan cakaplah dah merundum macam ekonomi Malaysia. Om tahu mesti ada di antara kalian yang dah mula boring dengan blog Om kan? Cakap je, jujur kan baik. hihiihih..

Entri pagi ini adalah entri yang paling special. Special? Rasanya entri ini adalah entri yang paling panjang untuk korang baca. Hahahahaa.. harap korang tekun dalam pembacaan okay. Sila tengok gambar bawah.


Alhamdulillah, Om dah konvokesyen semalam. 30 Januari 2016, di PWTC KL. Akhirnya, otak Om dah boleh bernafas dengan leganya. No more studies after this. Nak dijadikan cerita, Om adalah spesies manusia yang suka buat kerja last minute. I don't know why. Dah minit akhir baru nak buat, baru nak cakap dan baru nak decide. Hahahaaaa. Dah 20an dah tapi Om tak boleh bagi keputusan dengan cepat. Kena fikir dulu, baru decide. Mungkin ini adalah ciri-ciri seorang jurutera, hahahha may be? 

2012, habis SPM terus bercadang nak bermastautin di Kuala Lumpur. Om tak nak duduk kampung dah, habis SPM terus ke negeri orang. Kononnya nak berdikari tapi alhmdullilah Om berdikari jugak. I just wanna be a tough girl. Poyo gitu~~~~ 

2013, Om dapat keputusan SPM 4A tapi Om tak apply satu pun university kerajaan. Waktu tu memang nak belajar, tapi tak tahu nak belajar kat mana dan kos apa. Pening kot nk pilih course. Om pun tak tahu nak jadi apa sebenarnya. City University College Om pilih untuk belajar disitu sebab kosnya murah. Untuk bukan aliran sains, hanya 20K. Even Uni kerajaan lagi murah daripada tu. Semasa daftar college, Om amik course kulinary art. Konon nak jadi CHEF. Tapi sebelum nak amik gambar untuk ID card student, Om tukar course ke diploma in civil engineering. Teringat kata-kata Abah, "Uda, amiklah kos engineering, abah nak anak perempuan abah ni jadi engineer, pakai topi putih, pakai kasut safety, uda tak nak ke?" Hati kata tak nak sebab no passion kot dalam kos tu, even I'm a good person in mathematics. 


Satu semester berlalu, Om rasa Om tak boleh bawak course ni. Course ni sangat tough. Pecah kepala ooo nak settlekan soalan engineering math yang terhapeh hapeh. Tapi otak terus fikir kata kata Abah. Ada masa, ya Om melawan kata abah, kenapa perlu tentukan masa depan uda, abah? Hati punya berkata kata tapi mulut berat sangat nak cakap. Semester by semester berlalu dan Alhamdulillah Om boleh buat. Om tak ada masalah dengan pointer. Always 3.00 above bukan berlagak tau. Lecturer pun pelik, Om kata tak suka engineering tapi pointer elok je, tiadda masalah pun. 

Tapi biarlah, benda dah lepas. Cerita diploma pun dah tamat. Sekarang ni, Om nak menuju ke zon degree pulak. Meremang bulu roma bila nama graduates disebut untuk mengambil scroll. Hahahahaaa. Takut wei, takut terjatuh dekat depan Prof. HAhahahhaa.. tapi segalanya berjalan dengan lancar, Alhamdulillah.

Terima kasih untuk kamu ssemua yang sentiasa berada di sisi sepanjang diploma, Mak Abah Along Akak Ipar, kawan kawan kelas engineering dan lecturer's. Terima kasih. Alhamdulillah, Om berjaya habiskan diploma kejuruteraan Awam. In shaa Allah bulan september Om akan kembali sesak nafas untuk degree. Hahahahaa


Orang kuat sepanjang diploma.


You're the best best best friend ever, Aidil. Thanks for coming.


Diploma in Civil Engineering is for you, Mak Abah.





K dah lah... Nantikan gambar photoshoot pre-convocation Om tau. heheheheh ><