Selasa, 29 Disember 2015

Pencarian Top 5 Blogger 2016

Assalamualaikum


*tekan banner untuk join

Tag rakan : 


Nama panggilan dalam blog : 

OM a.k.a Ombak Bergigi. Unik tak?
Nama panggilan yang pelik sesuai dengan sikap Om yang pelik.

Tempoh pengalaman berblogging : 

2010 tapi blog lama dah tak aktif. Blog OmbakBergigi ni
Om tubuhkan pada tahun 2012. Jadi, 3 tahun jugaklah Om 
berblogging.


Ahad, 27 Disember 2015

Senarai Pemenang Pencarian Blog Terkemas (Top 5).

Assalammualaikum.

Selamat petang semua. Stress juga hari ni, kesesakan lalu lintas yang teruk di highway senawang - seremban. Kematu buntut ni. Tapi alhamdulillah selamat sampai setiawangsa. Jam 8 nanti balik Shah Alam pula. letih! Apakan daya lagi seminggu sebelum tamatnya latihan industri.

Okay, korang dah tahukan Top 15 Pencarian Blog Terkemas 2015? Tahniah buat Top 15 tersebut. Hadiah akan dibagi tidak lama lagi harap bersabar ya. Untuk petang ni, aku nak umumkan pemenang top 5 pencarian blog terkemas.

Jadi part yang paling dinantikan
jeng.. jeng... jeng...

.
.
.
.

BLOG TERKEMAS 2015, jatuh kepada

Top 5 - Sarah Azman

 


.
.
.
.

Top 4 - Bicara Lily



.
.
.
.


Top 3 - Baju Warna Coklat



.
.
.
.


Top 2 - Apple Crunch



.
.
.
.

Top 1 - Leya Story Mory




Serious, aku rasa berbelah bahagi nak pilih pemenang sebab blog korang awesome awesome belaka. Stress wei nak pilih. In shaa Allah, aku akan poskan hadiah misteri kepada korang TOP 5. Sila email, "Nama, alamat dan no hp" ke sufiamukhriz@gmail.com 

Jadi untuk Leya, AppleCrunch, Rrai, Bicara Lily dan Sarah Azman, kalau korang feeling feeling anugerah skrin, korang bolehlah tepek award tu di sidebar. Nah code, Om dah sediakan.

<a href="http://ombakbergigis.blogspot.my/2015/12/senarai-pemenang-pencarian-blog_27.html"><img src="URL IMAGE" width="250"/></a>

URL IMAGE tu korang boleh klik gambar award dekat atas dan righclick, copy image. Width itu ikut korang punya sidebarlah ye.

Tahniah buat para pemenang, jangan lupa emailkan butir yang aku nak tu. Apa apa pun terima kasih kerana join segmen blog terkemas 2015! Korang memang awesome. Next year aku akan buat segmen lagi. Join tau.

kbye!

Sabtu, 26 Disember 2015

Kurus Sebab Apa?

Assalammualaikum.

3 hari habiskan cuti umum di kampung. Internet maxis terus hilang macam tu je. No whatsapp, no facebooking and also no blogging. Ini pun merompak masa dekat cyber cafe yang macam chipsmore, kejap buka kejap tak. Arghhh stress dengan keadaan kampung yang tidak membangun sangat. 20 tahun hidup, kampung aku ni masih tak ada perubahan. Always same! Entah bila nak berubah.


Berbalik pada tajuk entri, "Kurus sebab apa?" Ha mesti korang tertanya apa kaitan tajuk entri dengan gambar aku di atas tu. Hahahahaa. Alkisah, pada suatu petang yang indah nan damai.. Chewaah poyo. Hmmm bukan bukan. Semalam petang terserempak dengan kawan sekolah, diorang pelik kenapa aku ni makin kurus. "Raja, kau sakit ke? Kurus semacam aku tengok?" (raja nama panggilan zaman sekolah.)

Tergelak besar aku dengan soalan diorang tu. Dengan spontan aku pun jawab, 
"Ehh tak lah, tak sakit pun, sihat alhamdullilah, cuma banyak makan hati" Hahahaha, diorang pun tergelak gelak. "Aik tak kan makan hati dengan BFF kau kot" Aku diam dan tukar topik. Hihihihii malas lah nak buka cerita, better silent's. 

Mak pun ada juga perli, kenapa setiap balik kampung, makin kurus dan kurus dan kurus. Arghhh agak stress juga... Entahlah. Tak tahu apa sebab. Nak kata makan hati, banyak dah hati ayam aku makan. Problem!

In shaa Allah, esok malam aku umumkan pemenang "Pencarian Blog Terkemas 2015".

Stay tuned okay. ><


Rabu, 23 Disember 2015

Senarai Pemenang Pencarian Blog Terkemas (Top 15).

Assalammualaikum. 

Maaf atas kelewatan mengumumkan pemenang "Pencarian Blog Terkemas 2015" , Mesti korang tak sabar nak tahu siapa pemenang. Alhamdulillah, aku dah jumpa pemenang. Disebabkan ramai peserta yang join. Jadi aku cari 15 pemenang. 

Agak pening kepala juga mencari pemenang untuk segmen kali ni, sebabnya hampir kesemua peserta mempunyai blog yang kemas. Mungkin yang tak terpilih di Batch 1 dan Batch 2 belum ada rezeki untuk segmen ini. Harap yang tak terpilih tu, terus berusaha untuk mengemaskan lagi blog korang ye.

Di pemilihan Batch 2 , seramai 30 blogger telah terpilih untuk saringan terakhir iaitu " Top 15 Pencarian Blog Terkemas " . Di top 15 ini, aku senaraikan 15 blogger yang berjaya menawan hati aku. 15 blogger ni akan dapat banner award yang aku berikan nanti secara email personnel.

Untuk hari ni aku sengaja senaraikan top 15 - top 6 , hihihhihi.. Untuk 5 pemenang lagi aku umumkan pada esok hari, In shaa Allah kalau aku tak sibuk. Aku nak bagi korang rasa cuak sikit. Huhuhuhu...


Top 15  - ItsMelyya



Top 14 - Azwar Syuhada 


Top 13 - Raizah


Top 12 - Koxtau 


Top 11 - Beeha Azman


Top 10 - I Am Shue


Top 9 - Wawa Niesya



Top 8 - Mimin Adam


Top 7 - Lisa


Top 6 - Nazilatul Husna


Dah tahu siapa top 15 - top 6? Big claps for you guys. Tahniah tau. Aku harap korang saling blogwalking each other okay. Jangan sombong sombong ><  Teruskan mengemas blog korang tau.  Untuk 5 lagi pemenang, aku rahsiakan dahulu. Agak agak siapa 5 pemenang tu? Stay tuned!

Perhatian kepada top 15-6!!!

Sila emel "Saya nak banner" kepada sufiamukhriz@gmail.com 

Stay tuned okay!!!!!






Busy Seantero.

Assalammualaikum.


Busy seantero. Aku pun tak tahu kenapa di saat saat akhir tamatnya latihan industri, aku semakin sibuk. Minggu lepas sibuk dengan presentation. Minggu ni pula, aku sibuk dengan kerja kerja office yang takkan pernah habis.

Aku sangat kecewa sebab aku masih tidak umumkan lagi pemenang 'Pencarian Blog Terkemas 2015' Arghhhh damn. Rasa macam minggu ni sangat kelam kabut dan tidak teratur. 

Korang semua harap faham keadaan aku ye. In shaa Allah, aku akan curi masa untuk umumkan pemenang. I'm really sorry.  

Ahad, 20 Disember 2015

Riuh !! Followers Blog Berkurangan !

Assalammualaikum.

Huarghhhh... Aku ingat aku sorang je yang alami masalah followers yang makin dan bertambah berkurang. Rupanya rakan blogger aku pun turut alami perkara yang sama. Izyan Cinnamon dan juga Rrai pun terkena tempias berkurangnya followers belog. Even followers aku tidaklah seramai mereka, yang pasti aku turut rasa sebak, kenapa dan kenapa makin berkurang?

TAkkan dengan berjemaah followers aku unfollow blog aku? Ke blogger.com yang bermasalah? Haishhh aku pun tidak pasti. Pleaselah abang blogger.com jangan buat hal dengan kami semua. Tolong pulihkan keadaan dengan segera oaky.



See. Kak Lyssa Faizureen pun hilang followers, puluhan ribu pulak. Hows sad! Aku harap kejadian ni akan dibaikpulih dengan segera. Jangan buat hal okay abang blogger.com, nanti ramai yang sailang.

Okay bye!


Sabtu, 19 Disember 2015

Tips Turun Dan Maintain Berat Badan.


Assalammualaikum.

Ehem ehem... rasanya berat badan aku masih maintain sehingga sekarang. Biarpun rakan aku kata, aku terlihat sangat kurus tapi berat badan alhamdulillah masih memuaskan hati. Kadang ada juga yang paksa aku untuk naikkan sedikit lagi berat badan. Nampak chubby chubby but still cute. Aku tak mampu nak buat, sebabnya aku jenis yang susah nak gemuk. MAkanlah sebanyak mana tapi berat badan masih maintain. Huhhuhu. Tapi tak tahulah kalau kawin nanti.

Kalau korang nak berat badan maintain, ha bolehlah cuba tips yang selama ni aku guna. Korang cuba ikuti, In shaa Allah berat badan korang akan maintain. Look's slim like a model. 

1. Makan sedikit tapi banyak kali. Janganah makan sampai kenyang, kan tak elok. Bila dah kekenyangan, ha mulalah nak mengular. Mata kuyu je nak tidur. Betulkan? Alaaa aku dulu pun macam tu jugak, makan banyak banyak pastu rasa nak tidur. Buat kerja pun rasa tak senang. Cuba amalkan makan sedikit tapi banyak kali.

2. Ya, aku salah seorang manusia yang kuat minum air yang manis manis like fruit punch smoothies, chat time bagai. Air yang sedap sedap gitu. Tapi pernah korang terfikir tak "kencing manis"? Waktu muda begini memanglah kita tak terasa, tapi rasanya dah ada sekarang ni. Stop minum minuman yang manis dan cuba minum air mineral all the way. Kan baik untuk kesihatan. Tak percaya? Cuba dulu baru tahu. 

3. Usahakanlah untuk berry setiap pagi sebelum makan! Berry*(nama gedik untuk buang air besar) Ni tak, berry seminggu sekali, arghhh teruknya. Nampak sangat perut kita ni problem. Memang nak benda kecil tapi hakikatnya ianya perkara besar dan tak bagus untuk kesihatan. Jadi bagi yang susah nak berry tu, cuba minum milo setiap pagi selepas sarapan dan makan pisang setiap hari. Selamat berjuang.

4. Makan dalam mangkuk dan gunakan sudu. Sebab apa guna sudu? Kalau guna tangan, memang senanglah nak tambah nasi! Jus jus tangan kita ni kan sedap. Hahahahaa. Memang makan dalam mangkuk nampak pelik tapi bila nak kawal nafsu cuba makan nasi berlauk pakai mangkuk dan sudu! (sudu kurang nikmat) 

5. Disebabkan aku suka makan makanan yang manis like dessert/pencoci mulut, makan cuba membalas balik dengan air mineral, ha kalau rajin setiap malam sebelum tidur minumlah green tea. Green tea sangat sedap waktu suam. Cubalah suka, perlahan-lahan mesti boleh.

Sekian. Itu sahaja untuk perkongsian kali ini. Haish penat tangan kita ni menaip tau. Oppss! Korang rugi bila tak cuba tips di atas. Aku tak nak kurus sorang-sorang. Jom kurus!



GIVEAWAY HUJUNG TAHUN 2015 NS


HADIAH
[]
4 x Diari Planner Tahun 2016
3 x Hadiah Saguhati

TARIKH BERLANGSUNG :
5 DIS 2015 hingga 20 DIS 2015

KLIK BANNER SEKARANG UNTUK MENYERTAI..!!! 
TERIMA KASIH KAWAN-KAWAN..

Batch 2 : Senarai Pendek Pencarian Blog Terkemas 2015 !


Jumaat, 18 Disember 2015

Sabar Tau.

Assalammualaikum.

Hai semua, korang sihat? Minggu ni adalah minggu yang sibuk untuk aku. Aku sibuk uruskan kerja praktikal, aku sibuk uruskan presentation dan Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. 

Untuk pengetahuan korang semua, pemenang Pencarian Blog Terkemas akan di umumkan tidak lama lagi. Aku tidak pasti bila tarikh aku umumkan pemenang tu. Pemenang kali ni agak sukar untuk mencari. Sangat sukar.

Aku minta maaf sebab buat korang semua tertunggu-tunggu. Im really sorry. Aku terlampau busy. Ya aku curi masa sedikit untuk taip entri ini. Aku harap korang faham keadaan aku.

Sabar tau :)

Isnin, 14 Disember 2015

Arghhhhh Tolong!

Assalammualaikum.


15 Disember iaitu hari selasa, esok. Tarikh tersebut yang buat aku pening kepala. Non stop thinking about this. I'm really want score this last presentation before I'm graduated. Ya, aku tak ada idea untuk siapkan report latihan industri. Aku tak bersedia untuk pembentangan esok. Aku sangat tidak bersedia. 

Yelah, macam mana tak bersedia. Dapat tahu yang ada pembentangan pun 5 hari sebelum presentation. Silap aku jugak sebab aku keluar daripada group fakulti (whatsapp). Aku tak suka setengah orang yang ada dalam group tu, tak reti nak hormat orang lain. Kata group tu untuk sebarkan hal yang penting penting tapi apa yang jadi? Setiap malam mengarut tentang hal bukan bukan dan ianya sangat mengganggu. Aku memang tak suka di ganggu. 

5 hari tak cukup untuk buat dan siapkan "final report." Dah lah aku suka buat kerja last minute. Satu report pun aku tak sentuh. Malam ni aku berperang habis habisan untuk esok. Harap harap esok adalah lucky day untuk aku. Aku berharap aku bukan orang pertama yang mulakan pembentangan esok. 

Bagilah aku kekuatan untuk habiskan report ini! Argghhhhh tolong!!

Toturial : Membuat Welcome Di Blog.

Assalammualaikum.

Hari ni aku nak ajar korang macam mana nak letak "Welcome Di Blog." Ianya sangat mudah dan korang cuma perlu ikut langkah di bawah.

Selamat mencuba.

1) Login ke blogger.

2) Klik layout > Add a gadget Javascript/Html

3) Copy code di bawah. 

<div class="widget"><h4></h4> <div class="textwidget"><p style="text-align: justify;"><script type="text/javascript">
/************************************************ Display time of last visit script- by JavaScriptKit.com* This notice MUST stay intact for use* Visit JavaScript Kit at http://www.javascriptkit.com/ for this script and more***********************************************/
var days = 730; // days until cookie expires = 2 years.var lastvisit=new Object();var firstvisitmsg="Ini adalah kunjungan pertama anda di blog Ombak Bergigi Selamat Datang!";lastvisit.subsequentvisitmsg="Terima kasih kerana sudi melawat blog ini. Kunjungan terakhir anda pada <b>[displaydate]</b>";
lastvisit.getCookie=function(Name){var re=new RegExp(Name+"=[^;]+", "i");if (document.cookie.match(re))return document.cookie.match(re)[0].split("=")[1];return'';}
lastvisit.setCookie=function(name, value, days){var expireDate = new Date();
var expstring=expireDate.setDate(expireDate.getDate()+parseInt(days));document.cookie = name+"="+value+"; expires="+expireDate.toGMTString()+"; path=/";}
lastvisit.showmessage = function() {var wh = new Date();if (lastvisit.getCookie("visitc") == "") {lastvisit.setCookie("visitc", wh, days);document.write(firstvisitmsg);}
else {var lv = lastvisit.getCookie("visitc");var lvp = Date.parse(lv);var now = new Date();now.setTime(lvp);var day = new Array("Sun", "Mon", "Tues", "Wed", "Thur", "Fri", "Sat");var month = new Array ("Jan", "Feb", "Mar", "Apr", "May", "Jun", "Jul", "Aug", "Sep", "Oct", "Nov", "Dec");var dd = now.getDate();var dy = now.getDay();dy = day[dy];var mn = now.getMonth();mn = month[mn];yy = now.getFullYear();var hh = now.getHours();var ampm = "AM";if (hh >= 12) {ampm = "PM"}if (hh >12){hh = hh - 12};if (hh == 0) {hh = 12}if (hh < 10) {hh = "0" + hh};var mins = now.getMinutes();if (mins < 10) {mins = "0"+ mins}var secs = now.getSeconds();if (secs < 10) {secs = "0" + secs}var dispDate = dy + ", " + mn + " " + dd + ", " + yy + " " + hh + ":" + mins + ":" + secs + " " + ampmdocument.write(lastvisit.subsequentvisitmsg.replace("\[displaydate\]", dispDate))}
lastvisit.setCookie("visitc", wh, days);
}
lastvisit.showmessage();

</script><br /><script>function GetCookie (name) {var arg = name + "=";var alen = arg.length;var clen = document.cookie.length;var i = 0;while (i < clen) {var j = i + alen;if (document.cookie.substring(i, j) == arg)return getCookieVal (j);i = document.cookie.indexOf(" ", i) + 1;if (i == 0) break;}return null;}function SetCookie (name, value) {var argv = SetCookie.arguments;var argc = SetCookie.arguments.length;var expires = (argc > 2) ? argv[2] : null;var path = (argc > 3) ? argv[3] : null;var domain = (argc > 4) ? argv[4] : null;var secure = (argc > 5) ? argv[5] : false;document.cookie = name + "=" + escape (value) +((expires == null) ? "" : ("; expires=" + expires.toGMTString())) +((path == null) ? "" : ("; path=" + path)) +((domain == null) ? "" : ("; domain=" + domain)) +((secure == true) ? "; secure" : "");}function DeleteCookie (name) {var exp = new Date();exp.setTime (exp.getTime() - 1);var cval = GetCookie (name);document.cookie = name + "=" + cval + "; expires=" + exp.toGMTString();}var expDays = 30;var exp = new Date();exp.setTime(exp.getTime() + (expDays*24*60*60*1000));function amt(){var count = GetCookie('count')if(count == null) {SetCookie('count','1')return 1}else {var newcount = parseInt(count) + 1;DeleteCookie('count')SetCookie('count',newcount,exp)return count}}function getCookieVal(offset) {var endstr = document.cookie.indexOf (";", offset);if (endstr == -1)endstr = document.cookie.length;return unescape(document.cookie.substring(offset, endstr));}</script><script>document.write("Anda pernah singgah di blog Ombak Bergigi  sebanyak <b>" + amt() + "</b> kali. Terima kasih. Datang lagi ya...")</script></p></div></div>

4) Pastekan di ruangan html/javascript tadi.

5) save!

Tolong Beritahu Jodohku.

jodohku
Tolong beritahu jodohku, aku ada beberapa pesanan untuknya,
Tolong beritahu jodohku, cinta agung lagi suci adalah cinta dariNya,
Tolong beritahu jodohku, cinta pada manusia boleh buatnya lupa
Tolong nasihatkan jodohku, jangan mencintaiku lebih dari yang Maha Esa,
Tolong nasihatkan jodohku, jangan merinduiku lebih dari Maha Pencipta
Tolong nasihatkan jodohku, jangan mendoakanku lebih dari ibu bapanya.
Tolong katakan pada jodohku, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga,
Tolong katakan pada jodohku, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya
Tolong katakan pada jodohku, dahulukan yang wajib, kerana itu jalan hendak ke syurga
Tolong ingatkan pada jodohku, aku terpikat kerana imannya bukan paras rupa
Tolong ingatkan jodohku, aku lebih mencintai zuhudnya bukan hartanya
Tolong ingatkan jodohku, aku menyayanginya kerana budi bahasanya
Tolong tegurkan  jodohku, bila beliau mula mengagungkan cinta manusia
Tolong tegurkan  jodohku, bila beliau mula tenggelam dengan angan-angannya
Tolong tegurkan  jodohku, andai nafsu mula mengawal fikirannya
Tolong sedarkan jodohku, aku milik yang Maha Pencipta
Tolong sedarkan jodohku, aku masih milik keluarga
Tolong sedarkan jodohku, tanggungjawabnya besar pada keluarga
Tolong sabarkan jodohku, usah ucap cinta andai cita-cita belum tercapai..
Tolong sabarkan jodohku, usah dekati diri ini kerana bimbang diri terlalai..
Tolong sabarkan jodohku, usah bimbang tentang jarak antara kita..
Tolong pesan pada jodohku, aku tidak mahu menjadi fitnah besar pada dirinya
Tolong pesan pada jodohku, aku tidak mahu menjadi punca kegagalannya
Tolong pesan pada jodohku, biarlah Maha Pencipta menjaga dirinya
Tolong khabarkan pada jodohku, aku tidak mahu membuat dia terleka
Tolong khabarkan pada jodohku, aku mahu melihat dia berjaya dalam cita-citanya
Tolong khabarkan pada jodohku, aku mahu dia jadi penyokong kejayaanku.
Tolong sampaikan pada jodohku, aku mendambakan cinta suci dan luhur darinya
Tolong sampaikan pada jodohku, mencintaiku kerana Allah tidak ternilai harganya
Tolong sampaikan pada jodohku, hubungan ini akan terjaga selagi dia menjadi hubungan dengan yang Maha Kuasa
Tolong sampaikan pada jodohku, kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri.
Siapakah jodohku? Di manakah dia berada? Hanya Allah yang tahu. Hanya kepadaMu aku berserah akan jodohku. Sampaikan pesanan ini padanya walaupun aku masih belum mengetahui siapa jodohku. Insyallah jodohku, satu hari nanti dengan izin Allah, kita pasti akan bertemu jua.

Toturial: Navigation with Hover #1


Malulah Wahai Diri.

Assalammualaikum.

Penat. Bosan. Kecewa. Sedih. Marah. Semuanya negatif. Sukar sekali milik positif mengambil ruang ketika ini.
Ya, pabila di suatu saat tahap semua nilai negatif mengambil tempat, segala-galanya akan berubah. Dan, dari situ tangisan berlagu pilu pula muncul. Mungkin tidak henti.
Dalam hati, mula ingin mengundur diri. Penat. Noktah. Tiada apa yang mampu dilakukan saat ini. Benar, tidak inginkan penghargaan, namun hanya inginkan kefahaman dari setiap insan.
Namun, bagaimana mahu difahami sedangkan diri tidak memahami!! Sukar sekali!
Penat dan kecewa menjadi mainan perasaan hati kala ini. Langkahan kaki untuk terus tegar di jalan itu, rasa ingin berhenti. Tidak mampu untuk diteruskan lagi.
Tidak lagi terdaya untuk meneruskan langkahan kaki ini. Malu dengan diri. Tidak mampu untuk melaksanakan apa yang dijanji!
Namun, saat ini. Jauh di sudut itu, insan itu tetap berdiri gagah. Tetap setia di jalan ini. Tetap teguh dengan dugaan yang dihadapi. Diri, jadi makin hairan.
Bagaimana tegarnya dia berdiri di situ, meskipun pelbagai dugaan dan cabaran yang dihadapi. Bagaimana dia mampu untuk menghadapi segala-galanya tanpa sekelumit penyesalan yang muncul di bibirnya saat dia terjun dalam kerjanya itu.
Subhanallah, hanya itu yang mampu diungkapkan saat ini. Kagum sekali dengannya. Diri, jadi malu sendiri.
Malu! Malu! Malu! Benar, diri sendiri malu dengan keadaan diri. Hanya kerana ujian yang diberikan tidaklah sebesar mana, namun sudah tegar untuk tidak meneruskan langkahan kaki.
Oh, diri? Apakah kamu tidak sedar, ujian yang Allah bagi ini adalah salah satu nilai untuk tingkatkan kehebatan di dalam jiwamu. Nilai kehebatan itu, Allah cuba cungkil ia melalui ujian demi ujian yang diberikan.
Lepas satu tahap ujian, Allah beri lagi ujian lain. Ujian demi ujian. Hingga nilai kehebatan untuk menghadapinya jelas tampak di dalam dirimu, akhirnya kamu akan sedar bahawa ujian itu membawa kamu ke tahap yang tertinggi. Dan, saat itu kamu akan berterima kasih pada Allah atas ujian itu.
Diri, masih tidak sedar? Dia yang di sana, meski hadapi ujian tetap setia dengan senyuman manisnya. Dia yang di sana, masih kekal dengan ramahnya. Mengapa kamu tidak mampu melontarkan senyuman semanis itu saat menghadapi ujian?
Dia yang di sana, lebar sekali bibirnya dan tidak henti-henti menyebarkan salam meski saat itu semua orang tahu ujian berat yang dihadapinya. Haii, malulah wahai diri. Tidak sebesar mana ujian kamu hadapi, sudah ingin mengundur diri. Sekali lagi, malulah wahai diri.


Mengharapkan Simpati