APA IMPIAN YANG DAH TERCAPAI? - OMBAKBERGIGI OMBAKBERGIGI: APA IMPIAN YANG DAH TERCAPAI?

16 Oktober 2018

APA IMPIAN YANG DAH TERCAPAI?

Assalammualaikum 

2018 pun dah nak sampai ke penghujungnya, lebih kurang 2 bulan setengah lagi. Ya, pejam celik pejam celik, eh dah 2019! Masa cepat je berlalu dan umur pun meningkat. Sebut pasal impian, I rasa semua orang ada impian. Betul tak? Ada impian itu dah bagus dah tapi tercapai tak?

Apa impian yang dah tercapai?

I rasa bersyukur sebab tahun ni hampir kesemua impian I tercapai. First impian is loan kereta lulus on my birthday. Siapa je yang tak nak ada kemudahan? Sekarang ni pengangkutan bukan lagi kemahuan tetapi dah jadi keperluan. I kerja dah lebih kurang 3 tahun. First year I keje, I cuba apply loan untuk perodua Bezza. Malangnya tak lulus sebab sangkut dengan PTPTN. Then selang beberapa bulan pada tahun yang sama, I cuba untuk lunaskan tunggakan PTPTN dan cuba sekali lagi kereta perodua saga yang versi lama. Pun masih tak lepas, time tu I memang dah give up sebab nama dah tak cun bila apply loan. 2017, i dah serik nak apply, I biar je setahun tu tak apply loan tapi tahun tu I memang strunggle bayar PTPTN. Tahun ni, I jealous sebab rakan ofis I loan kereta Alza dia lulus. Awal-awal tahun pulak tu, uish rezeki dia memang masuklah. I pujuk hati tak apalah kalau tak lulus lagi bila apply ni, dah jangan pikir pasal kereta. 

Me with abang red.

On Feb 2018, kalau tak silap I, I cuba apply kereta alza but tak lepas juga. I dah down masa tu memang I nak sangat kereta. Yelah, kerja site ni memang hidup nomad, berpindah randah. Takkan nak naik bus lagi hangkut barang? Jadi I cuba sekali lagi on April 2018, masa ni tengah popular & viral myvi baru. So I pun cuba, why not kan? Tak apalah, kecik pun kecik janji senang sikit nak kemana mana. Alhamdullilah, hujung bulan May, bank call kata loan I lulus. Allah, masa tu rasa macam nak nangis sebab berjaya juga berhutang. Hahahaha. So on 3 Jun 2018, kebetulan memang birthday, I ambil kereta ni di Perodua. Dia jadi, kereta birthday lah kan? 

Second impian is merasai musim sejuk. Alhamdullilah, I made it. On Jan 2018, I habiskan seminggu di Beijing, China. Pengalaman bercuti di musim sejuk, memang I takkan lupakan. 
Memang nak repeat lagi, in shaa Allah di tempat yang bersalji pulak. Darah melayu ni mana
tahan sejuk lama-lama, menggigil sampai ke tulang. 


Sampai Beijing masa tu around 5am, train nak ke bandar pun tak buka lagi. Mereput jugakla
tunggu kat airport. Dalam kol 630am, kitorang terkedek-kedek kejar train ke bandar. 
Masa ni mana rasa lagi sejuknya sebab dalam trainkan berhaba. Sampai je kat luar station, 
fuhh baru tahu keluar asap dari mulut sebab terlalu sejuk. Hahahah kelakar pun ada, jakun pun ya.
 Ni belum jumpa salji, mahu berguling kat salji tu. 


Third impian is travel at least 5 negara. Once again, I made it. Since I heartbroken, awal tahun tahun lepas. I nak travel sampai I jumpa someone yang tak kasi dah I pergi travel. Alhamdullilah, 5 negara dah cop dah. Luang Prabang Laos, Beijing China, Ho Chi Minh Vietnam, Phnom Penh Cambodia, Siem Reap Cambodia & Bangkok Thailand. Eh sebenarnya dah terlebih 5. In Shaa Allah hujung tahun ni nak tambah lagi 1 negara, yang dekat-dekat pun dah okay dah. Travel balik kampung abah pun dah cukup dah. Nak ke kampun abah pun berpassport, al maklum kampunng I ni kat sebelah singapore je. 

Impian keempat is muka bebas dari jerawat. Setahun lebih jugaklah dok tepek & beli skincare. Semangat berkobar-kobar nak hilangkan jerawat. Tension kot bila jerawat dok bertepek kat muka. Nanti orang geli pulak, nak salam sambil cium pipi pun geli geleman. Macamlah jerawat ni penyakit berjangkit. Haishh I cannot brainlah with that people. 


The last one of apa impian yang dah tercapai is menuju ke arah membina masjid Allah. Do you know what I mean right? I ni dok kira bulan je. Betul, setan ni memang setan. Suka letakkan rasa was-was dalam hati bila nak bina masjid Allah. Setan betul perangai. Buat & percepatkan benda baik ni memang banyak sangat dugaan. I rasa semua orang yang nak kahwin mesti rasa apa yang I rasa kan? was-was, tak pasti semualah. Sabar je kunci untuk semua benda. Allah ada kan?

Itulah,

2018 ni banyak sangat tuah. Alhamdullillah. Ada jugaklah 2-3 impian yang I tak dapat capai, sakit perasaan ni nak hadap. Apa apa pun doakan I untuk dapat capai semua impian-impian I. Korang macam mana? Dah capai impian korang?








7 ulasan:

  1. happy baca bila dah bnyk strunggle at last capai satu per satu. tu org kata berkat kesabaran kan

    BalasPadam
  2. happy jugak bila baca post ni!^^ waah bestnyaa banyak impian akak yg dah tercapai! more to come!! hehe

    http://mylittlestoryi.blogspot.com/2018/10/movie-review-always.html

    BalasPadam
  3. Kereta memang keperluan, dulu akak mula kerja permulaan naik bas tapi bila dalam emergency susah nak gerak takda kereta. Alhamdulillah lepas setahun kerja dah beli kereta. Salji tu pun memang excited bila dapat rasa sendiri, selalunya tengok kat tv jer. Semoga dipermudahkan urusan adik untuk capai semua impian.

    BalasPadam
  4. seronok nya tgk bnyk yg dh tercapai.. gud luck

    BalasPadam
  5. Tahniah dah berjaya dapat apa yang diimpikan. Moga terus sukses ye

    BalasPadam
  6. alhamdulillah tak sangka tahun ni kak berjaya hilangkan 13kg lemak tepu di badan. asbab sakit lutut ja dan berkat bulan ramadhan. akhirnya hilang jugak 13kg berat dan hidup makin aktif ^_^

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah tahniah tumpang happy bila baca impian orang lain tercapai walaupun sekadar di alam maya

    BalasPadam

Sila tinggalkan comment korang disini!

OMBAKBERGIGI © . Designed by MaisarahSidi.com