Review Natural Konjac Puff Sponge, Beli Di Daiso.




Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Review Natural Konjac Puff Sponge, Beli Di Daiso. | Hari ni daku nak review produk daripada Daiso. Tahun 2020 ni, daku tak pasti sama ada Daiso ada jual lagi atau tak Konjac Puff Sponge ni. Ini adalah salah satu cara penyelesaian kepada masalah jerawat, muka berminyak dan seangkatan dengannya. Sila baca sampai habis.

Nama benda ni ialah Konjac  Sponge. Konjac puff sponge dihasilkan daripada tumbuhan iaitu ubi konjac (konnyaku) yang berasal dari Japan. Sebenarnya, di jepun, penggunaan konjac sponge tu sudah menjadi rutin kecantikan diorang since 100 years ago lagi. Product ni pun dah lama popular di China, South Asia dan juga Eropah. Kalau tak percaya, ha korang google je lah.

Konjac sponge ni jadi kegilaan sampai popular sebab ianya kaya dengan vitamin (A,B1,B2,B6,B12,C,D & E), ha banyak betul vitamin dan juga proteins, lipids, fatty acis dan natural mineral seperti copper, zinc and magnesium. That’s why jadi kegilaan.


#1 Faedah konjac sponge ?


  • Membersihkan pori
  • Mengeluarkan sel kulit mati, kotoran dan minyak
  • Menghidrat kulit
  • Mengimbangi pH
  • Menyihatkan kulit
  • Menghapuskan sebum yang berlebihan
  • 100% semulajadi & bio-degradable
  • Tiada bahan kimia toksik & berbahaya
  •  Free GMO


Tapi yang penting, konjac sponge ni sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitive sebab sponge ni diperbuat dari tumbuhan. Yes, tumbuhan yang boleh dimakan. Jadi apa-apa yang selamat diconsume adalah selamat untuk skin. Korang jangan risau, sponge ni sesuai dengan baby jugak.


#2 Bagaimana Konjac Puff Sponge Ini Bertindak? 


Konjac sponge mempunyai lapisan unik yang boleh memegang air dengan baik. Apabila span penuh dengan air, permukaannya akan diliputi oleh lapisan air. Secara tak langsung, lapisan ni akan sentiasa bertindak sebagai pelindung kepada kulit dan membentuk lapisan penghalang antara span dan kulit. So hasilnya, kulit tidak pernah bersentuhan langsung dengan serat dan ia tidak akan merosakkan kulit walaupun korang sental kuat-kuat.

Kan dah boleh remuk ><

#3 Cara Menggunakan Konjac Puff Sponge?


Masa kering sponge konjac ni memang keras. So korang kena rendam dengan air suam/biasa. Jangan bagi alasan sponge ni buang masa atau tak sempat okay, sebab apa? Sementara korang gosok gigi, ha bubuh je air banyak banyak kat span, confirm span tu gemok.

Biarkan span tu jadi kembang semangkok dulu. Jangan terus sental muka masa span tu kering, kang berbirat pulak muka. Bila dah confirm span jadi lembut, so korang amik dan perahkan air tu and ready to use. Korang boleh je guna dengan face wash korang atau rub manja-manja gittew.

Elakkan sental di kwasan yang jerawat. Gosok manja dah lah. Muka korang bukannya jamban nak sental kuat-kuat.

Lepas siap guna, sila bilas span dengan air bersih dan perah air pastu gantung je. Nanti keringlah dia. Korang jangan gantung merata, kang mak korang guna buat span basuh pinggan pulak. Tak ke naya?

I bought this yang warna putih, lain lain warna dah habis.

#4 Ada Berapa Warna Konjac Puff Sponge ni? 


-  Hitam/charcoal (untuk whitehead/muka berminyak)
-  Purple (lavender)
- Hijau/green tea (untuk jerawat)
- Putih (original)

#5 Kat Mana Boleh Dapat? 


Korang boleh cari di Daiso ye. Mostly kedai Daiso and Japanese shop. I tak pasti kat DIY shop ada jual ke tak.

#6 Berapa Harga Konjac Puff Sponge? 


Kalau ada sesiapa yang cakap konjac sponge dia high end sebab harga mahal. Dia menipu. Konjac sponge ni semua sama je. Harga RM5.57 setelah tiada GST  dan tahan selama 2 bulan



BACA INI JUGA : 





#7 Apa Perasaan Bila Guna Konjac Puff Sponge? 


I suka sebab this span macam magik, bila kering, ha dia keras macam batu. Tapi bila dia lembik, uishh boleh remuk-remukkan. Bau tu I suka sebab rasa macam nak makan. Betullah bau macam ubi ubi gittew. I macam tak ada reason untuk  tak cuba span ni, may be korang kena cuba juga tau. Semoga review ni jadi manfaat kepada korang semua. Nak kulit cantik macam orang korea, pakai je konjac sponge. Settle masalah.


(Disclaimer : This is not paid review. I bought with my own money. Tapi setiap kulit berbeza-beza. What works for me may be not work for you. This is just my personal experience. Try & error gurl)





8 Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

  1. Macam best je span ni.. nanti nak try belilah :D

    BalasPadam
  2. haritu ada nak terbeli yang rm36 satu omaigad sebaik takbeli lagi, nak cari kat daiso lah nanti

    BalasPadam
  3. looking for pege great..Great review!
    https://www.baneh.com
    thanks alot

    BalasPadam
  4. eh lepas pkp ni nak beli juga ek. cam best je kan

    cek sini sis

    http://zzzyy.blogspot.com/2020/04/pemenang-segmen-apakah-perkara-pertama.html

    BalasPadam
  5. Owh baru la tau camne nak guna.. ada seketoi kat umah ni tak guna2.. sebab terasa kepelikan disitu.. haha.. thankz Om..

    BalasPadam
  6. wuu menariklah.. mcm nak beli jugak ni hehe

    BalasPadam
  7. Sebelum ni selalu nampak tapi x tau apa ke fungsi dia. Tadi msuk daiso, biras akak beli. Sesambil tu dia google gak info. Baru le tau fungsi dia. Terus sambar satu. Ada jual lagi kat daiso. Akak beli kat situ tadi.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

Post a Comment

Terbaru Lebih lama