Salam AidilFitri 1439 Hijrah 2018 - OMBAKBERGIGI OMBAKBERGIGI: Salam AidilFitri 1439 Hijrah 2018

22 Jun 2018

Salam AidilFitri 1439 Hijrah 2018

My outfit on raya.

Assalammualaikum.

Hari ni raya ke 8 dimana I kembali bekerja seperti biasa setelah 9 hari bercuti. Ye memang cuti raya tahun ni I apply cuti panjang. Di kesempatan ni, I nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin buat yang mengenali I. Semoga raya tahun ni menjadi raya terbaik di antara raya-raya yang pernah kita lalui.

So macam mana raya korang? Dapat banyak duit raya ke?


Duit raya.

Tahun ni I dapat duit raya lebih kurang RM250,  hhihi. I dapat daripada pekerja-pekerja I. Malu jugaklah I still dapat duit raya. Rasanya 3 tahun I beraya di site, 3 tahun tu jugalah I dapat duit raya. Tapi tahun ni extra sikit, I dapat juga 1 box of almond vegetarian from Seasons. Kuihnya sedap sangat. Thank you.

Untuk outfit raya pulak, I berbaju peplum dan berkain lipat kipas di bahgian belakang. Baju ni mak I yang belikan dan tempah untuk buat baju peplum. Tapi di sebabkan tailor tak berapa reti, sehari before raya I outer sendiri baju raya I tu. I gunting peplum tu atas lutut sebab tailor buat peplum I tu bawah lutut. Serious macam baju mengandung. Tak kena dengan saiz badan I yang terlalu kurus. Menangis jugalah sebab baju raya tak seindah yang I sangka. Lepas memang I nak hntar kat tailor lain. For high heels, I beli di Zalora yang berjenama Velvet. Harga asal kasut ni RM159.00 tapi I beli time ada discount, I dapat dalam Rm39 macam tu. Murah kan?

So far, raya tahun ni I rasa lain sikit sebab I bring him to my home. Dia nak beraya rumah and meets my parent. I tak pernah bawa lagi mana-mana lelaki datang beraya di rumah. I bukan jenis yang suka nak menayang or kenal dengan my parents. I think, I gonna be more serious with him thats why I open to bring him. Hopefully, he will be my destiny. Doakan yang baik-baik ye.

So, 

I wish again SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN. Kosong-kosong ye. ><


2 ulasan:

  1. wah semoga cepat makn nasik minyak. selamat hari raya jugak!

    BalasPadam
  2. Yang part last tu auchhh i pulak rasa melting. Haha inshaa Allah tahun depan raya berdua kot :P

    Selamat hari raya!

    BalasPadam

Sila tinggalkan comment korang disini!

OMBAKBERGIGI © . Designed by MaisarahSidi.com