Matangkah Kamu? - OMBAKBERGIGI OMBAKBERGIGI: Matangkah Kamu?

23 Mei 2018

Matangkah Kamu?


Assalammualaikum.

Bila kau lihat balik segala apa yang Allah beri kau rasa hari ini,
ketika itu kau akan nampak,

segala kata,
segala kekecewaan,
segala cacian, 
segala kejatuhan,

Semuanya membawa kau ke fasa yang lebih baik daripada sebelumya.
Mungkin dahulu kau panas baran,
sekarang kau dah okay sikit.
Mungkin dulu kau jarang solat,
kini kau sudah tahu takut jika tertinggal solat.

Kenapa Allah duga?
Mungkin sebab Allah nak kau jadi semakin matang dan
maju ke peringkat seterusnya.
Proses matang itu tidak mudah tapi bila kau sudah matang 
dari sebelumnya, kau akan rasa lebih
bahagia berbanding dulu-dulu.

Matang tidak diukur dengan berapa banyak umur
kau sekarang tapi ianya diukur dengan
berapa kerap kau sabarkan diri ketika segala
apa yang kau minta,
mula tidak munculkan diri. 




2 ulasan:

Sila tinggalkan comment korang disini!

OMBAKBERGIGI © . Designed by MaisarahSidi.com