Double Cleansing Method. - OMBAKBERGIGI OMBAKBERGIGI: Double Cleansing Method.

15 Mei 2018

Double Cleansing Method.


Assalammualaikum.

Korang tahu tak tentang double cleansing method? I sebenar baru tahu dan amalkan sejak 2 bulan yang lalu. Alhamdullilah dengan method ni I berjaya kurangkan jerawat so far 2 biji per month itu pun sebab period. 

Apa itu double cleanser?

Double cleanser ini kita guna dua jenis cleanser yang berlainan iaitu oil cleanser & foaming cleanser.

Oil-based cleanser
Untuk cuci oil-based impurities macam makeup dan juga minyak yang berlebihan di muka.

Water-based cleanser 
Ni pulak pencuci muka yang korang pakai tiap hari tu dan tujuannya untuk cuci kotoran yang melekat di kulit kita seperti debu dan pelu

Jadi, oil cleanser ni tarik oil kat muka and water-based cleanser tarik peluh debu dan segala jenis kotoran dimuka.

Penting ke double cleansing ni?

Penting ya kawan-kawanku! Sebenarnya muka kita ni ada dua jenis kotoran, oil-based impurities and water-based impurities. Kita pakai normal cleanser tu cuma untuk bersihkan debu dan peluh. So macam mana dengan kotoran minyak? Sebab tu kita kena guna oil-based cleansing untuk bersihkan minyak yang berlebihan. Jadi nanti pori-pori tak tersumbat dan bebas daripada jerawat.

Untuk oily skin pulak macam I, oil cleanser sangat penting sebab dia boleh tarik minyak yang berlebihan dimuka. Oil cleanser tak buat korang berminyak pun tau. Itu semua mitos yang mempengaruhi minda korang. Oil cleanser ni masuk ke dalam pori-pori kita dan bersihkan semua minyak dan kotoran yang ada dalam pori. 

Berapa kali kena guna?

Oil cleanser ni guna 2x sehari macam pakai daily cleanser. Tapi kalau malas pakai sehari pun boleh. Korang pakai waktu malam, lagi sesuai sebab kita tak nak tidur dengan kulit yang kotor tu.

Macam mana buat double cleansing method?

First, cuci muka korang dengan oil cleanser dan urut secara bulatan dan pastikan muka korang kering time korang cuci guna oil cleanser ni. 

Second, bilas sampai bersih.

Third, cuci muka guna your daily cleanser.

Fourth, bilas sampai bersih.

Fifth, you're done with double cleasing method.


Tak susah pun kan? Rajin or malas je. Nak cantik kena rajin ye!


















Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

OMBAKBERGIGI © . Designed by MaisarahSidi.com