Ini 6 Sebab Kenapa Perlu Travel Alone, Jom Bercuti

Ini 6 Sebab Kenapa Perlu Travel Alone, Jom Bercuti | Travel alone bukan jadi batu penghalang jika seseorang itu mempunyai kekuatan untuk keluar daripada zon yang selesa. Tapi, korang berani atau tidak, itu depends pada diri korang sendiri. 

Tapi bagi aku, aku lebih suka travel alone dan tak perlu nak beramai-ramai. 2018,  aku kembara dari Siem Riep, Cambodia ke Bangkok, Thailand hanya bersendirian. 

Masa tu, ambil masa 8 jam untuk sampai ke Bangkok menggunakan bus, bayangkan kiri kanan kerusi tu penuh dengan minah dan mat sallleh.

Dalam hati, Allah je tahu tau. Risau takut jadi bukan bukan. 

Sebab Kenapa Perlu Travel Alone

Aku anggap itu satu pengalaman manis dalam hidup aku. Aku boleh buat kenapa tidak korang?

Kekuatan untuk melawan ketakutan, kita kena mengharungi, kalau tak sampai bila-bila takut nak keluar travel alone. Inilah masanya untuk korang kenal diri korang sendiri. 

Push yourself hardly. In syaa Allah, jika percaya pada diri disamping bertawakal kepada Allah, terselamatlah daripada apa- apa bahaya. Mari cuba travel alone.

Baca sini: Bercuti Di Krabi

Jangan Takut Untuk Travel Alone!

Ini 6 sebab kenapa perlu travel alone, mana tahu satu hari nanti ko boleh pergi bercuti seorang diri. Tak kiralah dalam atau luar negara. Jom kita tengok 6 sebab tu.


1. Memberanikan diri untuk bercakap.

Ada masa agak sukar bila korang minta tolong tunjuk arah atau nak suruh local tolong ambilkan gambar korang tapi apabila korang travel alone ianya akan memaksa korang untuk melakukannya. Strangers ni selalunya baik belaka dan peramah orangnya. 

So jangan risau dan be positive. Tak semua orang jahat dalam dunia ni. Rugilah kan kalau tak snap gambar kenangan semasa bercuti, memang sekarang banyak monopod selfie, tapi tak sama tau. Tak complete gambar tu. 


2. Belajar untuk berhibur dan makan seorang diri.

Ini aku dah selalu buat. Aku tak pernah rasa sunyi sebab aku dah terbiasa makan sorang dan pergi shopping seorang diri tanpa kawan-kawan yang menemani. Pada korang, mesti benda ni pelik apabila masuk restoran dan mintak meja untuk seorang, hahahah! 

Tapi aku rasa orang sekeliling tak kisah pun dan rasa kagum sebab korang boleh lepak dan makan seorang diri. So no worries! Janji kita tak melanggar apa-apa peraturan yang boleh merumuskan diri kita ke penjara.

Sebab Kenapa Perlu Travel Alone


3. Kenal diri dan kelemahan.

Apabila korang travel alone korang akan kenal dimana kelemahan korang untuk menyelesaikan masalah yang ada di depan mata. Dengan siapa korang patut minta tolong melainkan minta tolong dengan diri sendiri. Korang mesti berdepan dengan kelemahan korang. 

Lagi banyak korang travel alone, lagi cekap korang menyelesaikan masalah dengan tenang. Yes, aku lemah bila nak ber'speaking' dengan strangers sebab aku tak berapa bagus bila bercakap in english. 

Lama-lama aku dah berani nak speaking. Masa travel inilah, adalah peluang untuk kenal diri dan cari kelemahan diri. Bila dah kena diri kita, kita nak push diri kita, kita dah tahu sampai limit yang mana.


4. Seronoknya apabila korang travel alone.

Agak sukar korang untuk mencari rakan yang satu kepala dengan kita, dia nak ke tempat ni dan korang nak ke tempat lain. Apabila kau seorang diri korang boleh tentukan masa dan tempat korang dengan sesuka hati tanpa ada gangguan. 

Korang boleh ikut rentak korang sendiri. Sebab ada yang pergi bergroup, tak semua akan dengar leader, ada juga yang ikut kepala sendiri. At the end, group entah kemana cuti pun entah kemana. Penting jugak sebenarnya kalau bercuti di dalam group. 

Cuba ambil peluang untuk rasai keseronokkan cuti berseorangan ni.


5. Kekuatan kau.

Korang sedar dari sudut mana kekuatan korang. Bijak dengan menguruskan trip korang, bijak dari segi menguruskan perbelanjaan korang. 

Dari itu korang sedar bahawa korang ada kekuatan dalam diri yang korang pun tidak sedar. Sebab tu, penting untuk tahu kekuatan dan kelemahan diri kita sendiri. Di masa macam ni, kita dah tahu dan reti nak handle sesuatu masalah. 

Sebab Kenapa Perlu Travel Alone


6. Korang akan belajar untuk lebih 'open minded' dan belajar bahasa baru.

Cara korang berfikir akan lebih lain daripada orang sekeliling. Minda korang terbuka untuk berfikir dan lebih luas lagi. Idea-idea akan keluar dengan tidak sengaja. Berfikiran positif adalah jalan yang terbaik, elakkan gangguan minda. 

Bila kita dah terbiasa dengan suasana di lain negara, mesti kita sendiri tahu dan sedar bahawa negara kita sendiri lagi seronok berbanding negara luar. 


Kesimpulan

Dengan travel alone ni, aku dapat perbaiki english yang agak macam ayam dan itik. Dengan keberanian juga, aku berani untuk bercakap dengan foreigners lain. Even mulanya cara aku bercakap dengan tidak sempurna tapi mereka tak kesah asalkan point apa yang nak disampaikan itu jelas.

Buang jauh-jauh sifat takut dan malu. Binalah kepercayaan diri dengan travel alone. Melalui dari itu, korang boleh dah belajar untuk tangani masalah dengan tenang dan baik. So macam mana? Nak ke travel alone? Good luck!











7 Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. Setuju sangat dengan segala points di atas. I love travelling alone too :D

    BalasPadam
  3. pernah berangan nak travel sorang2. tak pernah dapat pun sudahnya hahaha. belum ada keberanian lagi mcm om. kalau setakat makan sorang2 kat mall tu boleh tahan lagi. nak survive sorang2 kat tempat orang, tak cukup yakin lagi hahahahaa

    BalasPadam
  4. Wahh, Jovie pun teringin sangat nak travel alone...tapi tunggu bajet cukup dlu...smentara menunggu masalah dunia stabik dlu buat masa sekarang, hihii...

    BalasPadam
  5. Travel alone ni salah satu life goals jugak. Tapi kena cukupkan bajet duit dulu la. Personally, lagi prefer travel alone sebab semua benda nak buat based on diri sendiri kan hehe

    BalasPadam
  6. pernah juga travel alone sebelum2 ni tapi dkt malaysia jela .. maybe nak kena try travel alone luar negara pula selepas ni .

    BalasPadam
  7. kalau dalam negara berani kot hihihihihi

    BalasPadam

Catat Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

Post a Comment

Terbaru Lebih lama