6 Sebab Kenapa Perlu Travel Alone. - OMBAKBERGIGI OMBAKBERGIGI: 6 Sebab Kenapa Perlu Travel Alone.

12 Mei 2018

6 Sebab Kenapa Perlu Travel Alone.

Assalammualaikum.

TRAVEL ALONE?

Korang berani atau tidak, itu depends on yourself. Tapi bagi I, I lebih prefer to travel alone. Last month, I travel to Bangkok from Siem Reap, Cambodia. I anggap itu satu pengalaman manis dalam hidup I. I boleh buat kenapa tidak korang? Jadi ini 6 sebab kenapa perlu travel alone.

1. Kau memberanikan diri untuk bercakap.

Ada masa agak sukar bila kau minta tolong tunjuk arah atau nak suruh local tolong ambilkan gambar kau tapi apabila kau travel alone ia memaksa kau untuk melakukannya. Strangers ni selalunya baik belaka dan peramah orangnya. So jangan risau. 


2. Belajar untuk berhibur dan makan seorang diri.

Ini I dah selalu buat. I tak pernah rasa sunyi sebab I dah terbiasa makan sorang dan pergi shopping sorang without friends. Pada korang mesti benda ni pelik apabila masuk restoran dan mintak meja untuk seorang, hahahah! Tapi I rasa orang sekeliling tak kisah pun dan rasa kagum sebab korang boleh lepak dan makan seorang diri. So no worries!

3. Kelemahan kau.

Apabila kau travel alone kau akan kenal dimana kelemahan kau untuk menyelesaikan masalah yang ada di depan mata. Dengan siapa kau patut minta tolong melainkan minta tolong dengan diri sendiri. Kau mesti berdepan dengan kelemahan kau. Lagi banyak kau travel aone, lagi cekap kau menyelesaikan masalah dengan tenang. Yes, I lemah bila nak ber'speaking' dengan strangers sebab I tak berapa bagus bila bercakap in english. Lama-lama I dah berani nak speaking. Hihihiii.

I am at Wat Arun, Bangkok, Thailand.

4. Seronoknya apabila kau travel alone.

Agak sukar kau untuk mencari rakan yang satu kepala dengan kau, dia nak ke tempat ni dan kau nak ke tempat lain. Apabila kau seorang diri kau boleh tentukan masa dan tempat kau dengan sesuka hati tanpa ada gangguan. Kau boleh ikut rentak kau sendiri.

5. Kekuatan kau.

Kau sedar dari sudut mana kekuatan kau. Bijak dengan menguruskan trip kau, bijak dari segi menguruskan perbelanjaan kau. Dari itu kau sedar bahawa kau ada kekuatan dalam diri yang kau pun tidak sedar. 

6. Kau akan belajar untuk lebih 'open minded' dan belajar bahasa baru.

Cara kau berfikir akan lebih lain dari orang sekeliling. Minda kau terbuka untuk berfikir dan lebih luas lagi. Idea-idea akan keluar dengan tidak sengaja. Berfikiran positif adalah jalan yang terbaik, elakkan gangguan minda. 

Dengan travel alone ni, I dapat perbaiki english yang too bad. Dengan keberanian, I berani untuk bercakap dengan foreigners lain. Even mulanya cara I bercakap dengan tidak sempurna tapi mereka tak kesah asalkan point apa yang nak disampaikan itu jelas.

So macam mana? Nak ke travel alone? Good luck!











4 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. Teringin nak travel alone but my mom keeps insist me to stay at home and give me a lot of excuses macam kene culik and etc. (-_-)
    Im in mid 20's already and perhaps one day soon I'll have my chance ❤
    Issa nice post OM :D

    Lost In Thoughts

    BalasPadam
  3. Setuju sangat dengan segala points di atas. I love travelling alone too :D

    BalasPadam
  4. pernah berangan nak travel sorang2. tak pernah dapat pun sudahnya hahaha. belum ada keberanian lagi mcm om. kalau setakat makan sorang2 kat mall tu boleh tahan lagi. nak survive sorang2 kat tempat orang, tak cukup yakin lagi hahahahaa

    BalasPadam

Sila tinggalkan comment korang disini!

OMBAKBERGIGI © . Designed by MaisarahSidi.com