Winter in Summer Palace, Beijing. - OMBAKBERGIGI OMBAKBERGIGI: Winter in Summer Palace, Beijing.

9 April 2018

Winter in Summer Palace, Beijing.

Assalammualaikum.


Winter in Summer Palace, Beijing | Korang pernah dengar atau pergi ke Summer Palace tak? Summer Palace ialah Istana Musim Panas (Yihe Yuan) yang terletak di pinggir bandar Beijing, China. Kira-kira dalam 15km mengikut lebuh raya dari ibu kota Beijing. Salah satu tapak warisan dunia UNESCO, ianya salah satu taman terbaik (well-preserved) di dunia dan paling terbesar di China.

Istana ni mula dibina pada tahun 1750 oleh Kaisar Qianglong. Gaya seni bina Istana ni adalah untuk membuat orang lain percaya bahawa ianya adalah tidak bersalah. Pada 1860 & 1900, ia dimusnahkan oleh penceroboh dan 1912 ia dibina semula oleh kerajaan Dinasti Qing. Pada tahun 1924, Istana ini mula terbuka untuk para pelancong.

Macam mana nak pergi by train?
Korang boleh naik Line 4 ke Stesen Beigongmen (North Gate). Tambang subway dalam CNY5.

Cara nak masuk ke Summer Palace?
Nak masuk sini ada banyak gate : utara, barat, timur dan yang terbaru di bahagian selatan-timur. east Gate ialah pintu masuk utama dan terus ke Court Area. Ramai juga pelancong masuk ikut gate ni tetapi kalau korang nak masuk East Gate, kena turun di stesen Xiyuan, satu stesen sebelum Beigongmen.

I masuk ikut gate belah utara (Beigongmen Stesen). Bila dah sampai di stesen Beigongmen, keluar ikut exit D. Dalam stesen ada tulis Exit C Summer Palace tapi exit D lagi dekat. Dua-dua exit boleh keluar sebenarnya. 



Summer Palace ni sangat besar kawasannya. Luasnya 742 ekar, terbahagi kepada kawasan darat dan tasik yang luas, Kunming Lake. Kawasan darat ada 3 bahagian iaitu Front Hill, Rear Hill & Court Area. Tak semua bangunan terbuka kepada orang ramai. Korang akan lihat jambatan yang melengkung, promenade yang cantik serta tasik yang sangat luas. 

Korang boleh dapatkan maps summer palace di entrace gate,
harga dalam CNY10, boleh buat kenangan tau. Rugi tak beli.

Berapa harga untuk tiket entrance? 
Ketika ni I pergi musim sejuk, harga untuk tiket Summer Palace CNY20 (Nov-March), 
pada musim sejuk mana mana tempat pelancongan akan turun harga. I suggest korang semua datang bukan musim sejuk untuk view yang cantik. 

Apa aktiviti yang boleh korang buat bila di Summer Palace? (musim sejuk)
Sayang pada musim sejuk hanya ada aktiviti di atas tasik beku dan bertambah sedih masa ni I pergi tak ada salji. Sedih terbawa-bawa sampai sekarang. Korang boleh cuba aktiviti yang ada di tasik beku, seperti di bawah. I tak pasti namanya apa but harga dalam CNY35, main sampai lebam.



I'm so sorry sebabnya tak sempat nak snap apa aktiviti yang boleh korang main kat atas tasik ni. I tengah excited nak main benda alah tu. Aiyoo, I never do this again when I'm travelling. 

Best giler, simple je cara main benda ni. Dont worry, polis akan ada dan berpusing dekat dekat dengan korang je, siap bawa pelampung tau. Polis-polis ni nak pantau sama ada orang akan jatuh ke dalam ais atau tak. 



Sepanjang I teroka dalam Istana Musim Panas ni, I jatuh cinta dengan design bangunan istana ni. Mana-mana tempat yang I pergi, I akan tengok dan pikir macam mana diorang buat bangunan sebesar-sebesar alam, sebabnya dulu tak ada kemudahan macam sekarang. I terpikir maacam mana diorang nak angkat batu yang besar, nak pikul pasir-pasir, kayu kayu tu semua. Serious terpikir. Cara diorang ukir pun luar dari kemampuan otak kita berpikir. Hebat jugaklah orang lama ni. 

Apa yang I nampak, bangunan lama di China memang banyak sangat bilik dan pintu utama yang hubungkan bilik-bilik. Kiranya Raja 1st satu pintu utama, raja 2nd satu pintu utama dan seterusnya. Diorang suka dan taksub dengan patung-patung singa, diorang mesti akan letak di setiap penjuru bilik diorang. Mungkin sebab singa ni lambang kekuatan. 

 

 



Korang boleh habiskan setengah hari di Summer Palace. Ikut atas kemampuan dan kekuatan kaki korang untuk berjalan ke tempat sebesar ni. Oh ya untuk musim sejuk tempat ni buka dari jam 9.00am till 5.00pm. Musim sejuk 5.00pm dah macam 7.00pm ye. Rugi jika korang tak singgah ke tempat seindah dan sehebat ni. 

Nah, I cuci mata korang dengan gambar-gambar I di Summer Palace. Maaf ye jika terbuat korang geram. 








(Disclaimer: In shaa Allah, next post I will share about my trip to Beijing. Doa-doakan jari I rajin untuk menaip ye. Thank you for reading.)




1 ulasan:

  1. Wah! Teruja abam kie nak ke China. Kena kumpul duit la...

    Jom sertai giveaway yg sdg berlangsung di blog Abam Kie? Terima kasih.

    http://www.zukidin.com/2018/04/spm-result-giveaway.html

    BalasPadam

Sila tinggalkan comment korang disini!

OMBAKBERGIGI © . Designed by MaisarahSidi.com