Travel Ke IndoChina Part 2 - OMBAKBERGIGI OMBAKBERGIGI: Travel Ke IndoChina Part 2

27 April 2018

Travel Ke IndoChina Part 2


Sambungan daripada Travel Ke IndoChina Part 1 .

Dah siap check in hotel, I decide nak beli tiket bus ke Phnom Penh. I tak ikut planning sebenarnya, patutnya dalam planning tu, I kena bermalam di Ho Chi Minh selama 2 malam tapi I hanya tidur semalam sahaja. Then I find the agent around of Le Lai Street, Alhamdullilah I got it. I pun amiklah tiket bus malam ke Phnom Penh pada 15hb April. Kiranya 16hb tu dah sampai di Phnom Penh. 

I amik bus malam ke phnom penh jam 12 malam yang berharga 14 USD (RM54.86). Lepas dah beli tiket bus semua tu, I bercadang nak ke Chu Chi Tunnel and luckly that agent ade gak trip half day ke Chu Chi Tunnel. I tak lengahlah terus booking dan tunggu mini van depan kedai agent tu. I pun taknak buang masa sebabnya dah nak setengah hari, nanti rugi pulak tak kemana mana. 


Sepanjang di Ho Chi Minh, AIR MASAK the first thing yang I cari & dont worry air mineral yang mereka jual selamat untuk diminum. Bandar HCM, bandar yang sesak dengan motosikal. Tension bila nak lintas jalan, padahal laluan jalan kaki dah hijau tapi dia boleh pulak lalu. Its like not very functional but so far tak berlaku kemalangan kecil pun. Pelik! 

Tunggu minivan pun lambat, I berjalanlah di sekitar Le Lai Street dan I cari halal food around that. Alhamdullilah, I found it! and I baru tahu kawasan tu ramai sangat orang Malaysia. I rasa geram sebabnya tak buat research betul betul. Kiranya dari hotel I ke restaurant halal about 20min by walking. Penat tapi berbaloi!

I found "Kopi Vietnam" yang diorang kat sedap tu! I found it! Berbaloi jalan jauh-jauh dan dapat basah tekak dengan air kopi vietnam. Hihihihi. Harga RM3 je. Sedap dan I percaya apa yang orang kata about this coffee. Around this area, memang banyak sangat kedai makan & tempat membeli belah 100% telekung siti khadijah. Betul betul berhadapan dengan Ben Thanh Market. Korang cari 'Saigon Pink Pink Hotel', search dekat area hotel ni dan korang tak perlu risau bab makanan korang, ianya di depan mata.

Sedap gilor!
To be continued.....














1 ulasan:

Sila tinggalkan comment korang disini!

OMBAKBERGIGI © . Designed by MaisarahSidi.com