LAZADA ONLINE REVOLUTION CONTEST - OMBAKBERGIGI OMBAKBERGIGI: LAZADA ONLINE REVOLUTION CONTEST

29 November 2017

LAZADA ONLINE REVOLUTION CONTEST


Assalammualaikum uolls.

Lazada Blogger Revolution Contest | Tahun sebelum ni, Om tak sempat nak join. Om terlalu sibuk dengan kerja, tetapi untuk tahun ni Om cuba untuk menyertai. Hopefully, dapatlah hadiah daripada Lazada. Hihihiii. Lagi pun, Lazada tengah buat sales besar-besaran kan? 11.11-12.12, kemain lama tau sales dia. Om tak sempat nak bershopping, faham-faham sahajalah, gaji tak masuk lagi. 

Oleh itu, Om pun tak nak lepaskan peluang keemasan ni untuk turut serta. Jadi apa tunggu lagi?Jom, kita sama-sama memeriahkan lagi segmen Lazada. Ada yang tak tahu apa syarat-syarat penyertaan, boleh klik [SINI SINI SINIDengan lafaz BISMILLAH, Om join contest ini. 

A) Do you remember the first product that you ever purchased online? What was it and how was your experience.

Ya, Om masih ingat lagi pengalaman Om membeli-belah di atas talian bersama Lazada. Itu pengalaman pertama Om. Om tertarik untuk bershopping dengan Lazada kerana, kawan satu ofis Om selalu beli barang di Lazada and why not I'm try buying something on Lazada. Thank you kawan sebab perkenalkan Lazada pada Om.


Kali pertama, Om hanya membeli sehelai hoodie, hmm tak ingat berharga berapa. Om ni tak suka sangat guna hoodie woman, Om banyak baju lelaki, selalu dan tak terlalu ketat. Sangat berpuas hati, walaupun agak lambat jugak untuk sampai ke tangan Om but its okay. Untuk kali keduanya, Om telah microfiber towel. hehehehe yang ini untuk persediaan backpacke traveller on Januari 2018. Alhamdulilah, Om masih berpuas hati dengan servis Lazada. 

Bagi yang belum ada pengalaman tu, cuba dulu baru tahu. Tak cuba maka tak tahu. Anything happen anggap je sebagai satu pengalaman. Setuju tak? 

B) What types of product would you prefer buying online?

Soalan paling Om tunggu untuk dijawab!

Produk yang paling Om suka untuk membeli belah secara online ialah kasut! Yes Om ni pecinta kasut terutama ankle high heels. Tetapi semenjak bertukarnya hobi dan Om memilih hobi 'backpack traveller', Om jadi terbiasa untuk mencari produk yang sesuai untuk 'backpack traveller', contohnya thermal wear. Thermal wear ni sejenis pakaian ketika musim sejuk, ala-ala inner gitu.

Om nak kumpul dan sediakan barang-barang khas as a 'backpack traveller'. Moga Allah permudahkan segala urusan, sama-sama doakan.

C)  What to you love about online shopping.

Semua orang mesti dah tahu apa kebaikan dan keburukan apabila 'online shopping', betul tak? Macam macam viral berkata 'online shoppping' ni lambatlah, order barang lain dapat lain, barang tak boleh tukar dan sebagainya.


  • Korang tak perlu dah nak bersesak-sesak meredah jammed ataupun lautan manusia dan ditambah serabutnya ketika mencari parking. Just open website LAZADA.COM and lets shopping. 
  • Korang juga boleh pilih barang yang korang nak, anytime and anywhere. 
  • Jenama luar negara korang boleh dapat lagi murah bila membeli-belah di Lazada.
  • Cara bayaran super duper easy,korang boleh Cash On Delivery (COD) atau online banking. 
  • Customer feedback dah semestinya ada, korang just baca sahaja dan boleh digunakan sebagai rujukan.
Mudahkan bila membeli-belah di Lazada?


D) Which product did you buy or are you planning to buy on Lazada during the Online Revolution Sales?

Hey, soalan dia ni, bikin Om meronta-ronta nak bershopping. Nasib baik akal boleh kontrol hati, kalau ikutkan hati, dah lama Om memborong tau! Of course jadi rambang mata dan tak tahu nak pilih yang mana. Lazada memang terlalu banyak produk, sehinggakan produk yang kita tak jangka pun ada di Lazada.


Produk pertama yang Om planning untuk beli di Lazada ialah Backpack by Delsey. Backpack ni dah lama Om berkenan. Tengok je lah harga sebelum Lazada Online Revolution Sales, RM464, ha amik kau. 400 tu boleh beli macam-macam tau. Boleh juga dapat backpack jenama yang lain. Tapi backpack yang ni, make me fall in love again and again. Huarghhh bila lah nak dapat, *menangis tepi bucu katil*


Memandangkan, Om tiada satu pun camera action. Om bercadang untuk membeli SJ9000, sejenis camera aksi yang sesuai untuk dibawa kemana sahaja. Terutama ketika travel, bila dah ada camera ni, bolehlah Om selfie dan make a video. Umum yang korang ketahui, camera ni bila snap je gambar, gambar memang sangat lawa. Jadi, boleh jimat bateri hp korang. Betul tak? Rugi tak grab camera ni sebabnya 65% tau.

Agak-agak tercabar tak pada blogger yang belum join contest ni? Kita tak tahu rezeki kita ni, mana tahu ada rezeki dengan contest Lazada, ha rugi je kepada yang tak join tu. So apa tunggu lagi? Jangan lepaskan peluang keemasan ni ye!

Hadiah untuk di menangi : 

1. Less than 200 participants (25 winners)
1st Prize : 1 x RM300 vouchers
2nd Prize : 9 x Rm150 vouchers
3rd Prize : 15 x RM100 vouchers

2. More than 200 participants (50 winners)
1st Prize : 1 x RM500 vouchers
2nd Prize : 15 x Rm150 vouchers
3rd Prize : 34 x RM100 vouchers

3. More than 350 participants (80 winners)
1st Prize : 1 x RM750 vouchers
2nd Prize : 35 x Rm150 vouchers
3rd Prize : 44 x RM100 vouchers

4. More than 500 participants (111 winners)
1st Prize : 1 x RM1000 vouchers
2nd Prize : 50 x Rm150 vouchers
3rd Prize : 60 x RM100 vouchers

2 ulasan:

Sila tinggalkan comment korang disini!

OMBAKBERGIGI © . Designed by MaisarahSidi.com