Betul ke, Woman without her man is nothing? - OMBAKBERGIGI OMBAKBERGIGI: Betul ke, Woman without her man is nothing?

20 November 2017

Betul ke, Woman without her man is nothing?



Assalammualaikum. 

BETUL KE , WOMAN WITHOUT HER MAN IS NOTHING? | Om terbaca dalam entri Akuislam.com, website ni jadi satu inspirasi untuk Om untuk hadapi apa jua masalah. Korang mesti baca artikel-artikel yang ada di dalam website tersebut. Manalah tahu jadi inspirasi jugakkan?

Kisahnya begini,

Seorang professor menulis ayat "Woman without her man is nothing" di papan putih dan menyuruh pelajar-pelajarnya meletakkan tanda bacaan di ayat tersebut untuk memberikan itonasi yang berkesan. Seorang pelajar lelaki telah meletakkan tanda bacaan di ayat tersebut seperti berikut :

"Woman, without her man, is nothing"

Pelajar lelaki tersebut mendapat sorakan daripada pelajar-pelajar lelaki. Dengan bangganya pelajar lelaki tersebut duduk ditempatnya. Manakala, tampil seorang pelajar perempuan untuk memberikan tanda bacaan pada ayat tersebut. Dia mengerling semua pelajar yang berada di dewan dan meletakkan tanda bacaan dengan yakin, seperti ini :

"Woman! Without her, man is nothing"

Seluruh dewan bertukar menjadi sunyi sepi. Masing-masing tergamam dan profesor berkata, 'You can be what you want to be' dan meninggalkan dewan. 

So macam mana? Korang rasa tak apa yang Om rasa setelah baca? 

Betul kata professor, 'You can be what you want to be'  Daripada ayat ni lah yang boleh menjadikan kita lemah atau sebaliknya. Sebab semua tu ada pada pilihan kita sendiri. We make our choices. 

Kalau woman without her man is nothing di baca dengan intonasi yang selamba, jadi terhasillah sisi negatif kepada wanita. Betul tak? Cuba korang baca dengan nada selamba, nada lemah. Mesti korang rasa annoyingnya ayat ni. 

BUT, bila korang baca dengan nada yang bersungguh ,  "Woman! Without her, man is nothing" Korang akan rasa ayat tu memang sangat motivasi. Cuba try it again. 

Pilihan memang ada pada tangan kita, kita bebas nak letak tanda bacaan pada ayat tersebut. Sama juga dalam kehidupan. Kita bebas meletakkan sebarang target. Betul kan? Untuk bahagia, kita bebas untuk melakukan apa jua yang boleh membuatkan kita bahagia dan sebaliknya. 

Jadi, untuk wanita di luar sana, sila baca ayat ini dengan nada keras, heheheheh... "Woman! Without her, man is nothing"





2 ulasan:

  1. this post made my morning haha =D

    BalasPadam
  2. betullah, baca tajuk pun nak annoying haha pastu try baca dengan nada yang keras rasa lain haha

    jemput join giveaway sha - http://shafyqahazahar.blogspot.com/2017/11/giveaway-shfyqhazhr-x-printcious.html

    BalasPadam

Sila tinggalkan comment korang disini!

OMBAKBERGIGI © . Designed by MaisarahSidi.com