Skincare Rutin (Part 1) | From The Beast To The Beauty ❤

September 22, 2017


Assalammualaikum.

Hi. I'm back again. Om gembira sebabnya ada seorang blogger yang mengikuti perkembangan wajah Om yang bermasalah sehinggalah bersih. Terima kasih awak. Hari ini Om berbesar hati nak berkongsi penjagaan wajah Om sehari-hari. Mesti ada yang nak tahu, Om guna skincare apa? Sejak bila guna? Bagus ke skincare yang Om guna?. Om sedia menjawab segala pertanyaan diminda korang mahupun di komen ya. In shaa Allah Om akan jawab satu persatu. Korang jangan tak komen tau!

Sebelum ni, Om ada review satu produk yang berjaya menghapuskan segala jerawat yang berada diwajah Om. Korang boleh klik SINI tau. Jemput baca. Om mempunyai kulit yang berminyak dan sangat sensitif. Om ni pula jenis yang suka pedas, coklat dan sambal belacan. That was my favourite. Benda tu semua Om dilarang makan untuk sementara waktu tapi Om peduli apa. Hahahahahah. 

 

Ha korang boleh bezakan perubahan muka Om. Sangat ketarakan? Cuma sunburn je belum hilang sepenuhnya. Tak elok juga bila kita biarkan kulit kita terkena cahaya matahari pada satu masa yang lama. Dinasihatkan korang mesti pakai sunblock or sun protection supaya kulit kita terhalang daripada cahaya matahari. Jangan jadi macam Om. Dah terbakar teruk baru nak rawat.

Elakkan makan makanan yang berminyak seperti gorengan. Yes memang sedap tapi kesannya mendalam. Susahnya nak rawat ya ampun. Before nak guna mana-mana produk local, better pergi berjumpa doktor kulit. Om risau je kat korang yang dah memang tengah bermasalah jerawat tu. Spent sikit duit tu nanti teruk boleh jadi kanser kulit. Mencegahkan lagi baik daripada merawat wahai sayangku semua.

the best product ever!

Tak nak banyak pulak pencuci muka. hahahahha

Om jatuh cinta dengan semua produk Cetaphil. Ini adalah pencuci muka yang Om takkan skip menggunakannya. Gentle Skin Cleanser by Cetaphil. Ianya sangat sesuai dengan segala jenis kulit. Harga berpatutan tau. Tak rugi grab this product as your skincare collection. 

Jadi untuk gambar kedua. Om ada 4 jenis pencuci muka termasuk cetaphil ya. Its depens on my skin. For those yang belum kenal Om, yes my day memang fully dekat site. Panas mendung hujan kilat petir memang Om akan hadap tiap-tiap hari. Untuk cleanser, Om guna depends pada kulit Om. 

1) Mary Kay (cleanse) Botanical Effects Formula 3, Om guna F3 sebab kulit Om bermiyak. Produk MK Om memang tabiklah even terlalu mahal tapi sangat membuahkan hasil. Korang boleh dapatkan produk ini dengan consultant yang dipercayai sahaja. Ada di IG tau. MK tak dijual dimana-mana kedai. Untuk clease ni berharga RM80 something erghh tak ingat.

2) Clease Himalaya Lemon Face Wash. Om guna produk ni bila muka terlalu berminyak. Setakat ni, this is my best clease yang pernah Om ada. Mencuci sambil skrub muka korang. Buang segala sel-sel mati. Om beli pencuci ni botol kecik je, harga RM10.90 jer.

3) Mary Kay Timewise 3in1 Cleanser berharga RM80. Pencuci ni tiada buih langsung. Korang yang sangat bermasalah jerawat tu, boleh cuba pencuci ni.

Okay lets stop here. Penat nak taip panjang-panjang. Om sambung esok ya.



You Might Also Like

8 ulasan

  1. Dulu waktu muka breakout teruk terus beli Cetaphil. Alhamdullilah sekarang kulit muka better daripada dulu 😊

    https://syaza-applemints.blogspot.com/

    BalasPadam
    Balasan
    1. rupanya bagus jugak cetaphil ni. sangat membantu muka yang breakout. teruskan penggunaan tau awak.

      Padam
  2. Cetaphil ni byk gila org bg +ve review. mesti bgus betul kan ^^. bt Om gun apa eh untuk sunburn?

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup.. ramai gak yang review produk cetaphil ni. viral pulak tu. Om tiap-tiap malam akan tepek aloevera. om beli kat the face shop.

      Padam
  3. its ok dear..keep going.. kena sabar ye.. awk mmg cantik..kena yakin je.

    BalasPadam
  4. Saya baru pakai cetaphil ni. Sebotol pun tak abeh lg. Hehe ramai review bagus tu yang nak try. Harap sesuai dgn kulit muka. OM pakai cetaphil berapa lama baru nampak perubahan? :)

    BalasPadam

Sila tinggalkan comment korang disini!