Review : Dalacin T Ubat Jerawat Paling Viral

Mei 21, 2017

Assalamualaikum.


Since I was worked as site supervisor, I got a very sensitive and oily skin. Did you see my picture below? I never believed that my face was breakout like this. If you're read my entry a long time ago, you can saw how different I am right?. I'm don't know why my acne keep growing fastly. 


Terukkan? Setiap inci di muka akan ada seketul jerawat yang bernanah. Bukan setakat itu, jerawat yang bengkak dari dalam kulit pun makin bertambah. Sakit tu dah memang tetap dah, paling teruk sampai kawan sendiri pun ngeri nak salam sambil cium pipi kiri dan kanan. Disebabkan terlalu geli dan takut dia pun terkena. Ya, sekarang Om dah rasa macam mana "low confident" untuk berdepan dengan orang. 

Jadi, Om pun dah penat dengan kata-kata yang menyakitkan telinga tapi Om tak pernah nak simpan dalam hati. Sikit pun tak pernah. Keep smiling right? Om pun terbaca satu post di facebook tentang 'Dalacin T', ubat jerawat yang tengah viral setakat ini. Sekarang, memang tengah hot tentang muka breakout sebab produk local. I never used that. Sebab takut lagi teruk. Om lebih rela muka hitam macam ni, jerawat teruk macam ni daripada tambah derita yang akan memakan masa untuk pulih. So kepada korang yang tengah pakai produk local tu, better stop using that. Banyakkan membaca tentang produk local. Om bukan nak takutkan korang tapi tak salah mencegah sebelum merawat? Betul tak? 

Untuk entri ini, Om nak memperkenalkan satu produk yang jerawat yang paling viral iaitu Dalacin T. 


Dalacin T adalah sejenis antibiotik yang akan meresap ke dalam darah untuk melawan bakteria penyebab jerawat. Ianya sejenis cecair jernih (macam toner) dan sedikit berbau. Biasalah bau macam farmasi. Korang boleh dapatkan produk ni di farmasi dengan harga sebotol 30ml dalam RM40 sahaja. Satu botol boleh bahan sehingga dua bulan.

Cara pemakaiannya sangatlah mudah:

1. Tekan dabber kapas di mulut botol sampai rapat
2. Terbalikkan botol dan tekan dabber tu sampai kapas tersebut basah
3. Dab/tepek kapas basah tu sikit-sikit di kawasan JERAWAT!

Pengalaman Om pakai Dalacin T, mula dab je dah rasa pedih dan gatal. Nasib baik kuat iman, kalau tak memang sedaplah menggaru. Pedih tu dua minit macam tu dah hilang dah. Ubat ni memang sangat berkesan, I believed! 3 hari jerawat dah kecut, kadang tak sampai 3 hari pun, malam korang pakai, paginya dah kecut terus.  I really recommend kepada korang yang tengah bermasalah dengan jerawat. Lelaki pun boleh pakai tau!


Om sarankan korang jangan gatal tangan picit jerawat. Serious nanti makin teruk sebab Om dh rasa. Jerawat yang kita dok picit tu bukannya makin membaik malah makin membengkak dan maka dengan itu berbonjollah jerawat tersebut. Nak rawat jerawat yang bonjol ni memang makan masa seminggu jugaklah. 

Kesimpulannya, Om bagi 5 bintang untuk Dalacin T untuk keberkesanannya. Terima kasih Dalacin T. Tapi ada beberapa pantang larang yang korang kena ikut kalau nak guna Dalacin T.

1. Dab sahaja!
* Please jangan tonyoh macam pakai yoko-yoko tu.

2. Pakai bila perlu!
* Hanya guna bila ada jerawat. Jangan pakai ketika muka dah clear dan jangan guna untuk rawat parut sebab produk ni bukan untuk parut. Ha yang degil jugak pakai bila muka clear tu, dikhuatiri kulit jadi immune dan antibiotik dah tak berkesan lagi terhadap jerawat. Please don't do that okay!

3. Tak boleh pakai bersama ubat jerawat lain!
* Jangan campur dengan Oxy, T3, lain-lain walaupun pakai lain masa. Produk lain tu mungkin akan halang keberkesanan Dalacin T terhadap jerawat kita.


 Do you believed that my picture above? Korang boleh follow up di my instagram. Om dah pakai almost 4 weeks, dan alhamdullilah sangat berkesan. Nak nangis jugak lah sebab jerawat makin kurang. Tinggal parut je. Korang sendiri boleh bezakan. Om tak tipu tau. Syukur sebab produk ni memcapai impian Om yang tengah berusaha untuk menyingkirkan jerawat. Thanks again Dalacin T. Patutlah viral!

Sekali lagi, Om berseru hahahaha korang guna lah Dalacin T. Serious memang bagus. Tak rugi beli. Nak cantik, jangan pakai apa-apa produk tanpa pengetahuan. Ye kawan-kawan. Rajinkan membaca tau. Lagi satu, sila pakai produk organik, ya memang makan masa tapi bersabarlah. 

Dalacin T, you're awesome.

So next mission, jom singkirkan parut dan sunburn!

Nota: Produk di atas bergantung kepada keberkesanan masing-masing ya. Jika korang pakai 3 bulan dan tidak elok juga, sila jumpa doktor!




You Might Also Like

12 ulasan

  1. masalah kalau dari muka ni memang akan low confident...:'(

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu sis, memang low confident sbb kwsn muka nak tutup dgn purdah. Huhuhuu hipokrit sgt

      Padam
  2. Akak pernah guna Dalacin waktu zaman belajar dulu, like a few years back. Dulu dalam bentuk roller. But maybe disebabkan roller tak begitu sterile, dia tukar dalam bentuk lain pula. Memang bagus ubat tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. haah kak, dia dah tukar dalam jenis lain pulak. Memang sangat bagus ubat ni. sgt berbaloi.

      Padam
  3. saya pun jerawat teruk juga. pakai set aiken saja, beli dekat guardian. Alhamdulillah, sesuai dengan kulit muka. Tak putih takpa, asalkan kulit bersih dari jerawat kan? =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdullilah, haah, Om nak kulit bersih dari jerawat je. Hitam pun takpe.

      Padam
  4. BOLEH TAHU GUNA APA UNTUK HILANGKAN PARUT? THANK YOU;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya tengah guna hiruscar, boleh dapat di watson, guardian dan juga mana-mana farmasi.

      Padam
  5. singgah sini, jodoh pulak terbaca entri ni. Thankyou for the info :) kena beli ni ! Nak raya ni mmng kna do something to my pimply face :(

    BalasPadam
  6. Totally faham tang low confident tu. Mine was worse, kena pakai ubat isotretinoin baru jalan. dalacin penah pakai sekali tu tak jadi apa.

    // afifahaddnan

    BalasPadam
  7. Balasan
    1. Hai.. cam mana nak hilang beaks jerwat atau parut ?

      Padam

Sila tinggalkan comment korang disini!