Happy 1 Year !

by - April 21, 2017

Assalammualaikum.

Hi bloggers! Ye, aku dah lama tak update entri terbaru. Masa terlalu menghimpit aku, ceh ayat. pejam celik pejam celik, aku dah bekerja selama setahun. Bermacam perasaan dan dugaan aku alami untuk setahun ini. Ya Allah, kau tabahkanlah hati aku untuk tempuh setahun lagi.


Tak percaya tapi itulah hakikatnya, setahun bekerja di tapak pembinaan. Daripada 'fresh graduated' dan sekarang, mampu untuk berdiri di atas kaki sendiri, I can't believe that! Bila dah bekerja, aku rindu nak belajar. Aku rindu nak lepak dengan kawan-kawan. Terlalu rindu dengan suasana dulu.

Alhamdullilah, semenjak bekerja ni sedikit kematangan tu ada dalam diri tapi yang peliknya kenapa tak boleh nak kontrol emosi. Sekarang ni makin sensitif, tak boleh orang usik sikit  mula nak melenting. Entah! Tekanan kerja rasanya.

Okay, dan tiba tiba idea nak menaip dan habiskan entri ni hilang macam tu je! Sebab aku masih bekerja 1.08am duduk perhati pekerja aku menyiapkan konkrit.

You May Also Like

1 0000 orang comment sini

Sila tinggalkan comment korang disini!