3 Tips Untuk Bangun Awal Pagi Setiap Hari

by - November 08, 2016




Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Hi korang! How your day's? Everything are going smoothly right? Malam ni Om nak kongsikan 5 tips untuk korang semua bangun awal pagi setiap hari. Waktu awal pagi adalah bukan waktu kegemaran Om sebenarnya. Om tak nak tipu dengan korang tau! Tetapi, ianya pada zaman belajar dulu. Sekarang dah bekerja, mesti bangun pagi-pagi tau! Kerja pun start jam 8, itu pun kena sampai ofis awal setengah jam tau. Ha rasakan! 3 tahun kot bermasalah nak bangun pagi. Ya, sekolah dulu mak Om yang suka kejutkan tapi bila dah berjauhan dengan mak, ha rasakan, padan muka.

Hasil carian imej untuk bangun pagi
sumber: google

Sebenarnya, waktu pagi adalah waktu yang  aman, damai dan waktu yang paling menenangkan. Waktu in sangat sesuai untuk membaca, menulis dan menumpukan perhatian kita terhadap ibadah kerana fokus kita tidak mudah terganggu. Jadi kepada korang yang bermasalah nak bangun awal tu, meh baca dan amalkan tips Om ni.

1) Tetapkan penggera untuk waktu tidur.

Ha, bohonglah kalau telefon korang tak boleh nak set penggera untuk waktu tidur. Penggera ni bukan untuk bangun pagi je tapi boleh buat untuk waktu tidur jugak. Memang bangun pagi tu sangat susah, Om dah rasa setiap pagi tapi apa yang lagi susah tu, bila korang tak dapat nak tidur pada waktu yang sepatutnya. Jadi, jangan lengahkan waktu tidur! Cara terbaik adalah tetapkan penggera setengah jam sebelum waktu tidur untuk mengingatkan diri kita bahawa asudah sampai masa untuk merehatkan diri.

2) Jangan lupa mandi.

Om ni kadang agak lemah sikit bab mandi, hahahahaa sebabnya penyakit malas ni susah sangat nak diubati. tapi tak adalah sampai tiap-tiap hari tak mandi. Eh Om ni kerja site tau, mesti mandi tiap-tiap malam. Wahai Om, janganlah pengotor sangat. Opps! Jangan skip mandi tau! Mandi ni boleh menurunkan suhu badan kita ke beberapa darjah dan proses penyejukan badan selepas mandai akan menyamai suhu badan pada waktu petang secara semulajadi.

3) Bangun dari tempat tidur.

Ya, Om akui tips terakhir ni adalah bahagian yang paling sukar. Kadang, bila kita terjaga 5 minit sebelum waktu penggera berbunyi, apa yang korang buat?

Tidur semula untuk 5 minit kan? Bohonglah kalau tak pernah buat. Tidur semula untuk 5 minit itu adalah sangat membazir dan secara tak langsung akan membuatkan korang tidur lebih lama, ni lah masalahnya! Semakin sukar nak bangun pagi dan setiap kali jam loceng berbunyi.

Apa yang terbaik adalah bangun tanpa banyak alasan dan berfikir tentangnya. Please, jangan ikut sangat hati tu sebab waktu nilah syaitan paling kuat bekerja untuk memujuk kita tidur semula. Jadi, letakkan penggera korang jauh sikit dari tempat tidur, supaya korang terpaksa bangun untuk mematikan penggera tersebut.

Kesimpulannya, bangun awal pagi itu sebenarnya bagus untuk mendisplinkan diri korang. Kalau tak boleh juga amalkan tips di atas, sah korang ni bermasalah mental!

Ha lagi satu, jangan lupa untuk minum segelas air masak supaya otak korang tu berfungsi sikit! eh tak! Supaya otak kita dapat oksigen selepas bangun dari tidur dan menghilangkan mamai kita secepat mungkin.

Selamat beramal!

You May Also Like

9 0000 orang comment sini

  1. Hahaha selalu kalau ain bangun awal pagi kalau ada test. Siap alarm punya nama tu tukar lagi " esok test oi" dah baca tu cepat2 turun katil kalau tak hanyut la jawabnya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Samalah kita, kalau boleh penggera tu bunyi terus apa yang kita tukar like 'bangun cepat cepat'

      Padam
  2. Entry ni macam kene kat batang hidung saya je.. hehehehehe... saya mmg susah yang amat nak bangun pagi.. kalau set alarm pon bukannya dengar.. HAHAHA.. lagi jauh letak alarm, lagi tak dengarlah nmpaknye.. mungkin boleh cuba tips diatas?

    Terima kasih share tips yang amat berguna nih!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amboi lagi jauh letak alarm lagi susah nak bangun ye, hehehheeh janganlah jauh sangat. Dalam 2kaki mcm tu ke.

      Padam
  3. huhuhuhu.. dlu Unni memang payah nk bgun pagi, then amalkn tip mcm Om ni tambhn bagun pagi terus minum air putih, skg subuh jak memang mata da x blh tutup..

    BalasPadam
  4. Penggera mmg tk buat la. Tp mmg bngun stiap pg ntuk subuh dn pastikan mndi ntuk sbuh :) pastu mmbaca sblom prepare breakfast :)

    BalasPadam
  5. nombor 3 paling lemah aaaaa :(

    BalasPadam
  6. nice tips om! tapi busyra kalau nak gerak dri tempat tido tu punyala liat. hahaha

    BalasPadam
  7. Sekarang ni akak selalu terjaga sendiri tepat jam 5.30.. Mungkin sebab badan dah terbiasa kot..

    BalasPadam

Sila tinggalkan comment korang disini!