Kalau diberi pilihan, belajar, bekerja atau surirumah?

September 28, 2016

Assalammualaikum.

Sebenarnya, Om stress dengan kerja hari ni. Otak dah letih nak fikir cara selesaikan masalah kerja. Serious, letih. Tiga hari dah pening kepala je, berdenyut-denyut. Mata pun macam tak nak bukak sebab tak tahan sakit. Migrain ke ni?

Kalau diberi pilihan samaada bekerja, belajar atau surirumah? Om tak tahu nak pilih yang mana. Sebab ini berkaitan dengan masa depan. Mak banyak kali cakap, nak masa depan elok hari-hari kena fikir. Jangan terlalu ikut dengan plan.   Kadang, plan kita sendiri pun tak ada yang betul. At least, you have your plan right? Don't just follow the flow.



Kalau belajar, degree is the biggest challenge in studies. Bukan senang tau nak dapat degree tu. Ya bukan senang. Bukan macam masak sayur campur, campak sayur dalam kuali letak perasa dan siap. It's not like that. Apatah lagi, degree in civil engineering. To become as an engineer, banyak cabaran kena hadap. Nak senang, memang kena tatap keadaan susah tu. Degree je dah dekat 45K, mana nak cari? Ptptn? Yes, memang kena amik tapi nak bayar balik hutang tu. Seumur hidup pun belum tentu  habis. Dah nama pun hutang, perlu bayar tau bukan Kat dunia je, akhirat pun kena tuntut. Penat wei fikir pasal belajar ni. Penat!



Kalau bekerja, dugaan seorang pekerja tu tak sama macam seorang pelajar. Istilah malas datang kerja ni memang patut dipupuskan dan ditanam hidup-hidup dalam tanah. Ingat bos kita tu macam lecturer kita dulu ke? Lecturer kata tak ada kelas tu, merdekanya tu macam merdekanya Malaysia. Best sebab dapat cuti. Ni bos kau kata macam tu, nak mampus ke ape? Masa belajar dengan kerja memang tak sama. Serious tak sama. If you know my situation now, you will understand. Every scope in works, memang boss kau akan perhati. Trust me. Perangai kau elok, kerja kau elok, peratus gaji naik tu sangat tinggi. Tapi jangan amalkan konsep bodek membodek ni. Tak elok tau!

Last choice, to be a housewife. Hahhahahaha. Kiranya kawinlah ni. Calon tu dah ada. Macam Om, suka plan awal-awal sebab ia berkaitan dengan hati dan perasaan. Betulkan? Tak suka bagi tahu awal-awal, dahlah bercinta bagai nak rak tapi tak kearah perkahwinan better batalkan niat. Ingat, hati orang ni jangan dibuat main, karma tu ada wei! Itu baru hati. Kau nak hidup dengan future husband kau, it's not for a year tapi sampai kau mati. Nak kawin jangan sebab nafsu! That's a key.

Apa-apa pun, nak buat sesuatu, kena fikir panjang. Kalau terasa keliru dengan pilihan tu, Islamkan mudah. Istikharahlah dan berdoalah. Moga Allah permudahkan segala urusan kita. Amin ya Allah.

Tapi untuk Om, I choose to be a worker for a year. Om nak kutip pengalaman kerja construction. Project Langat 2 bukan senang, macam sekarang ni mana balik kerja lagi. Pergi pagi balik pagi. Penat tapi best! Tak semua orang dapat apa yang Om dapat sekarang ni.

Thanks Allah. You hear my voice.

You Might Also Like

6 ulasan

  1. Hi dik.. Bekerja, belajar atau surirumah ya. Pada pendapat akak.. Setiap tiga part ni memainkan peranan yang penting..

    Masing-masing ada pro dan contra..

    BalasPadam
  2. Kalau boleh, tiga-tiga nak jadi. Tapi semua tu ada kelebihan masing-masing :)

    BalasPadam
  3. huhu oleh sebab masih terasa bahang keserabutan belajar tu, buat masa skrg nak kerjaaa je terfikir dlm otak ni.haha

    BalasPadam
  4. terima kasih sbb sudi join GA sy. sy dah masukkan link blog awak dalam bloglist sy. senang la untuk sy blogwalking :)

    BalasPadam
  5. klu diberi pilihan semua org nak senang,duduk rumah goyang kaki dpt duit..
    tp msing2 ada pro & contra..lain2 pndapat,,

    BalasPadam
  6. Insyaallah, selagi diberi peluang mengutip pengalaman, pergilah.
    Andai kata suatu hari nanti dipermudahkan rezeki menjadi seorang surirumah bergaji 5-6 angka, pun tak apa...hehe

    BalasPadam

Sila tinggalkan comment korang disini!