Rupanya Dua Minggu Demam Disebabkan....

Mei 03, 2016

Assalammualaikum.

Lama tak menaip, jadi rindu jadi kangen. Memang berazam seminggu sekali mesti post entri tapi masa memang cemburu. Itu yang jadi tangguh dan tangguh. Haisshh geram. Om cuma nak berpesan kepada korang semua, ni musim panas janganlah korang berjemur macam ikan kering. Om ni pun sebab kerja. Kadang tengahari dari kol 12-3 memang nak duduk pondok je, dan pada waktu itu memang tidak ada inspection, Alhamdullilah.

Disebabkan dah dua minggu demam, kejap sihat kejap tak, Om amik keputusan nak buat medical checkup. Haishh risau juga. Entah entah penyakit lain pulak. 


Rupanya dua minggu demam disebabkan darah berkuman. Darah pun kurang, air dalam badan pun kurang juga. Dr. nasihatkan untuk makan bayam, hati ayam sebab nak tambah darah. Patutlah demam je, rupanya kurang darah. Ini kalau mak tahu, matilah kene bebel. Cukuplah telinga ni dengar along membebel. 

Klinik Famili dah nama pun klinik swasta kan caj untuk 20 minit cecah 200 ringgit jugak! haishh stress jugak. Nak complaint pun tak guna, janji Om sihat. Jadi harap korang semua sihat ye.
Memaparkan DSC_0002.jpg
Memaparkan DSC_0002.jpg

You Might Also Like

7 ulasan

  1. Moga OM cepat sembuh dan sihat sokmo.. :)

    BalasPadam
  2. cepat sembut Om! lama tak dengar om membebel kat sini.. hehe.. rindu om!

    BalasPadam
  3. Get well soon om :) Jaga kesihatan !

    BalasPadam

Sila tinggalkan comment korang disini!