Isteri Berkerjaya, Sebab Apa?

Mei 22, 2016

Assalammualaikum.

Selamat pagi semua. Setelah berhempas pulas di dunia nyata, aku kembali ke alam maya. Hahahaa lama juga aku tinggalkan.

Aku ada tanya dengan beberapa kawan lelaki aku. Aku tanya "Korang suka tak dengan perempuan yang berkerjaya ni?" Mereka kata "aku tak berapa suka, nanti susah nak urus rumahtangga aku" 

Dan lagi sadis ayat kawan aku ni, "Takkan kau nak anak kau membesar dalam gelap. Pagi pagi  kau dah keluar keje, tengah malam baru balik. Lama lama nanti anak kau dapat mak yang kedua, sanggup ke bermadu?"

Mimpi ngeri wei bermadu ni, kongsi barang pun aku kedekut apatah lagi berkongsi suami. TAK NAK!

1) Gaji suami kecik, kena kerja nak tampung keluarga.

Suami gaji kecik, nak bagi isteri cantik cantik sikit, itu pun kena kontrol perbelanjaan. Kau rasa gaji suami kau yang 2000 tu cukup ke nak tanggung kau sekeluarga. Ditambah anak kau yang 4 5 orang, bukan tak bersyukur dengan rezeki yang Allah bagi. Tapi kalau tak saling membantu, memang tak tahulah. Hidup di zaman yang hampir ke 2020, memang duit tu sangat penting. Tak ada duit bye bye lah. Tapi tak tahulah kalau dapat laki yang gaji 7 8 ribu, aku pun tak pasti cukup ke tak. Tapi kalau kau nak kerja jugak tolong suami kau, kerja sampingan pun dah cukup. Jual kerepek ke, jual barang online ke. Zaman dah maju. Think think and think.

2) Belajar tinggi tinggi sampai PhD, takkan nak bazir.

Bila isteri ada ijazah ke master ke Phd ke, takkan tak kerja. Rugi sebab belajar pun dah beratus ribu habis takkan nak rugi macam tu. Orang dulu dulu cakap, belajar tinggi tinggi ke dapur jugak nanti. Tapi sekarang mentaliti tu dah lapuk dah. Tak kerja nanti tak makanlah kau. Malaysia ni dah gawat dah. Dengan gstnya, minyak naik, harga barang pun boleh tahan. Apa apa pun kata suami kena ikut jugak. Nanti tiada syurga bagi mu.

Jadi, aku cadangkan kepada semua perempuan yang tengah bekerja ni, sebelum jodoh korang sampai. Kumpul duit tau. Sebulan 200 kau simpan pun dah cukup. Senang untuk masa depan kau. Lagi satu, kumpul harta juga. Macam basikal, senang nak kemana mana lepas kawin nanti.





sumber: google

You Might Also Like

9 ulasan

  1. yeahh. betul tu. pmpuan yg masih bujang tu, simpan la sikit2 especially zaman gst ni. bkerja pn boleh ringankan sikit beban suami, kalau suami izinkan :)

    BalasPadam
  2. betul tu. tapi kalau perempuan buat statement mcm tu, ada lah nanti lelaki cakap perempuan materialistik, gaji banyak pon tak cukup2. (pernah kena. hehe)

    BalasPadam
  3. Leya dah hmpir 5bulan kerja. Masih belum ada simpanan. Huahhh sedihnyaaa. Boros nau

    BalasPadam
  4. hahahaha.. basikalll ^^

    http://www.mohdnoorshawals.com/

    BalasPadam
  5. sadis betul ayat kawan tu, sepatutnya kena hargai isteri yang korbankan dirinya untuk bekerja, semata-mata nak tolong tampung kehidupan keluarga dan beban suami. tapi suami pulak buat taik, bagi alasan yang isteri sibuk kerja sampai takde masa untuk suami dan anak, nak kahwin lain. kalau jumpa suami jenis camni, memang rasa nak wrestling dia satu kali.

    BalasPadam
  6. hehe..beli basikal ye..kalau sebelum kawin mmg simpan duit, pastu duit habis nak kawin nanti..huhu~

    apa-apa hal pun bawak2lah berbincang..saya ngan husband dua2 kerja buat masa ni... :)

    saya dah lama like sini rasenye..huhu~

    BalasPadam
  7. betulll, perempuan tak boleh depends pada lelaki je. so let's be the super girl who runs the world!

    BalasPadam
  8. Betul2. Yang penting, bila perempuan ni dah bekerja, tak adanya nak meminta-minta pada orang lain. Sebab dah ada pendapatan sendiri kan :)

    BalasPadam
  9. betul tu, kena lah bersiap sedia...kalau berlaku pd pape si isteri, dah siap ade simpanan, tak risau jika diapa-apakan si lelaki..huhu..

    nak nak skrg zaman gawat, kena dedua jugak kerjaaa..huhu..

    jemput singgahhh

    Haii, goodluck !

    join jugak, semoga ade rezeki sama-sama

    http://nonasani.blogspot.my/2016/06/peraduan-duit-raya-mulai-27-jun-5-julai.html

    BalasPadam

Sila tinggalkan comment korang disini!