Dah 3 Bulan Ke?

Mei 09, 2016

Assalammualaikum.



Selamat petang. Ya, saya masih bekerja di projek Langat 2 sebagai 'site supervisor'. Alhamdullilah, rezeki masih di negeri orang. In shaa Allah tahun depan, akan pulang ke kampung sendiri, berbakti pada negeri Johor. In shaa Allah, moga dipermudahkan. Selama 3 bulan bekerja, macam macam pengalaman terjadi, kena marah dengan bos, berjumpa dengan manusia yang pelbagai kerenah dan paling aneh, muka ni boleh rilek lagi bila sesuatu berlaku. Hahahahahaa.

Kerja dalam pembinaan ni, hati memang kena kering. Sado sado, tahu sado? Bukan tak pernah menangis, pernah. Sampaikan ada sorang bangla ni siap pujuk, 'kakak, jangan nangis. Jangan sidih sidih, nanti saya banyak sidih tengok kakak'. How's funny they are. Lap airmata sampai tergelak gelak. Bertuah punya bangla.

Lagi dasyat, bila marah je mesti lepaskan pada makanan. Maksudnya, marah sikit makan. Bengang sikit makan. Sampaikan satu hari, 6 kali makan. Ya memang dasyat. Badan kecik je, tak pernah nk gemuk gemuk. Makan tu mengalahkan orang yang tak dapat makan Afrika tu. Astagfirullah.

Alhamdullilah, pagi tadi Mr.Khang a.k.a Boss No 2 panggil, dia cakap gaji Om naik. Wahh happynya. Rezeki untuk raya ni. Jadi, kepada korang yang bergelar pekerja, rajin rajin kerjanya. Hehehehee kot kot naik gaji.

You Might Also Like

2 ulasan

  1. syukur. hihihi mmg salute dgn perempuan yg bekerja dalam field mcm ni. keep calm and stay sado okay? :D

    BalasPadam

Sila tinggalkan comment korang disini!