Cara Menyemak Baki Pinjaman Pembiayaan Ujrah PTPTN.

by - April 10, 2016

Assalammualaikum.

Dengan rasa segala hormatnya, Om nak bagitahu, entri malam ni adalah entri yang paling penting sepanjang 3 tahun bergelar blogger otai. Cehh.. Gurau je.

Siapa dah habis belajar? Sila baca entri ini tau. Malam ni Om gatal tangan nak tengok berapa banyak hutang Om pada PTPTN. Sekali tengok, aiyooo Om baru 21 tahun dah berhutang sebanyak tu. Tepuk kepala tanya hati. Siapa suruh sambung belajar kan? Rasakan hutang sebesar tu. Allah 10 tahun baru habis bayar tau. 

PTPTN ini hutang yang paling wajib DIBAYAR tau. Siapa yang berangan tak nak bayar tu, mehh Om sekeh kepala tu. Dah pinjam, pandailah bayar. Om cadangkan korang jangan menangguh nanti makin lama makin bertambah jumlah surcaj pinjama korang. I called that bunga. Heheheee. Tiap tiaap bulan bayar RM100 pun, lama lama nanti dah tinggal sikit. Betul tak? Marilah sama sama kita semak baki pinjaman kita ye.

Langkah dibawah adalah langkah mudah untuk menyemak baki PTPTN:

1) Pergi ke laman web : http://www.ptptn.gov.my/gateway/login.jsp


Jika korang terlupa kata laluan, sila klik pada Terlupa Kata Laluan? dan korang hanya perlu isi no kad pengenalan dan diminta memasukkan abjad / angka yang dipaparkan.


Kemudian, PTPTN akan hantar kata laluan baru ke alamat emel korang yang digunakan semasa mengemaskini maklumat Ujrah.

2) Setelah korang berjaya login, paparan di skrin korang adalah seperti gambar di bawah :




Korang boleh memilih untuk melihat Penyata Baki atau Penyata Baki Terperinci. Korang juga boleh menukar kata laluan dan alamat emel.

Jadi, di bawah ini adalah contoh Penyata Baki Pembiayaan Ujrah Om setakat 10 April 2016.


Jadi, jika korang ada sebarang pertanyaan, korang komen lah ye...


You May Also Like

4 0000 orang comment sini

  1. Om, yang BAKI KESELURUHAN PEMBIAYAAN tu laa kan jumlah total hutang kita? Huuhuuuu sodihhnyaaa lihat bayaran ptptn ku. Tak sabar nak keje nak bayar ptptn sadis nengoknyaaa hahaha

    BalasPadam
  2. ada certain org yg taktau pasal ni pun. huwaa bila cek je mesti tak sbr nak habiskan hutang niiii

    BalasPadam
  3. assalamualaikum.
    singgah dan jemputan...
    ~ http://jmbelog.blogspot.my/2016/04/segmen-jom-singgah-jmbelog.html

    BalasPadam
  4. hihihi tau xpe.. jangan tangguh byr! kalau ada lebih, byr lebih. cpt habis, hehehee emy ada share cara pembayaran guna maybank2u :)

    >>>>

    http://emyyyyemyyyy.blogspot.my/2015/05/cara-bayar-ptptn-terkini-melalui.html

    BalasPadam

Sila tinggalkan comment korang disini!