Punca Jerawat Dikaitkan Dengan Organ Dalaman.

Februari 06, 2016

Assalammualaikum.

Siapa ada masalah jerawat, sila komen di bawah okay. 

Om geram kot sejak habis practical, masalah jerawat makin menjadi jadi pulak. Nak kata Om ni stress, tak selalu stress pun. Sikit jelah. Kata orang, punca jerawat ni dikaitkan dengan organ badan. Om tak berapa pasti. Kalau ye, memang organ dalaman Om bermasalah. Om ni bukan suka minum air kosong. Even badan kitaa ni memang wajib dan sangat perlukan air, sebab itu kita digalakkan minum air kosong sebanyak 2 liter. Kan? Om tak ikut pun, makan pun tak berpantang sangat dan bila jerawat tumbuh dekat muka ha barulah nak marah diri sendiri. 


Jerawat yang berada di bahagian atas dahi kebiasaannya dikaitkan dengan masalah pencernaan. Ya Om alami masalah pencernaan, nak buang air besar dua kali sehari pun susah tau. Ini sangat tidak bagus untuk diri kitaa sendiri, jangan ikut perangai Om tau! Korang kena kurangkan makan makanan yang diproses dan berlemak. Ya I'm one of the fans of the McDonalds or KFC. Korang digalakkan banyak meminum air kosong dan makan makanan sejuk seperti lobak.

Jerawat yang berada di bawah dahi dikaitkan dengan fikiran dan rohani. Hahahahaa... jerawat kan dahi Om penuh kot tak kira bawah atau di atas dahi. Arghhhh stressss! Ia juga disebabkan oleh corak tidur yang tidak tetap, peredaran darah yang tidak elok dan juga tekanan atau kemurungan. Hahahaha rasanya punca punca itu semuanya Om ada. so funny! Jadi korang kenalah pupuk tabiat tidur awal seelok-eloknya sebelum pukul 11 malam dan lakukan aktiviti yang dapat mengurangkan tekanan dan kemurungan.

Kalau korang ada jerawat di bahagian kening, itu dikaitkan dengan hati. Korang kena jauhkan alkohol, makanan berminyak dan produk tenusu. 


Bagi di bahagian hidung, ianya dikaitkan dengan jantung. Korang wajib kurangkan makan makanan pedas atau berbau, kopi dan daging. Jadi untuk elakkan jerawat ada di hidung korang, korang lakukanlah aktiviti yang mengurangkan tekanan dan banyakkan hirup udara segar. Untuk di bahagian telinga, kebiasaannya ia dikaitkan dengan masalah buah pinggang. Korang digalakkan untuk perbanyakkan minum air kosong dan sila kurangkan garam dan kaffien. Ingat! Tak bagus untuk kesihatan. 

Biasanya jerawat ni akan ada bi bahagian pipi, terutama pipi Om lah. Kadang 4 jerawat sekali ada. Dah macam diorang berjanji nak hidup bersama. Tak boleh blah. Di bahagian pipi dikaitkan dengan masalah paru-paru. Ia juga dikaitkan dengan alahan, merokok. Sila bersihkan bantal dan telefon bimbit. 

Jerawat di tepi dagu juga dikaitkan dengan masalah buah pinggan dan sistem reproduktif wanita. Ia juga dikaitkan dengan masalah kitaran, ketidakseimbangan hormon dan tekanan. Jadi, korang perlu cukup tidur sekurang-kurangnya 7 atau 8 jam dan seperti biasa, perbanyakkan minum air kosong. 


Tempat kegeraman jerawat yang selalu tumbuh dekat muka Om adalah di bahagian dagu. Di bahagian dagu ia dikaitkan dengan banyak makan makanan segera dan sembelit. Korang amalkanlah makan makanan yang berserat tinggi. 

Jadi nak muka tanpa jerawat, janganlah malas untuk berusaha okay. Sila sila dan sila amalkan pemakanan yang seimbang. Itu sahaja yang mampu Om kongsikan, jadi kalau korang ada petua untuk hilangkan parut jerawat dan sekutunya, boleh lah komen di bawah.

Om sayang korang. 



You Might Also Like

8 ulasan

  1. betul tu sis kena minum banyak air putih. akak pun jenis kurang minum air putih... jerawat selalu bahagian misai... hehehe... tu apa lak sis...

    BalasPadam
  2. Biha selalu naik jerawat kat hidung tiap kali dekat2 nak dtg bulan. Stressnya.. sebab sakit. dua tiga hari rasa sakit kt bhgian hidung then baru nak timbul jerwat merah tu.. Pelik pulak Beeha. Hidung ni dh bnyak sangat parut, sbb sekali keluar, besar sgt jerawat dia and pastinya di hidung shj jerawat tu. Sapa-sapa yg terbaca komen bihaa ni boleh laa tolong masalah biha ni. Kak om, pasal masalah pencernaan tu kan, sejak Bihaa amalkan Kcolly tu, Bihaa rasa senang je nak buang air besar. Bila mkn Kcolly tu, automatik Beeha rasa dahaga and nak minum air. So,bila dh rajin minum air, senang laa badan nk hadam mknn tuu.. :)

    BalasPadam
  3. ohh, macam tu ke? baru FI tahu. selam ni main langgar makan aje FI ni. mana tahu nak jaga makan bagai. yang penting kita kenyang.
    hajima.. lately ni FI banyak minum air masak. n menjadilah memang jerawat tu semua hilang. thankiu for shre OM

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah , setakat ni tak kene camtu lagi . Kalau minum air tu , dhuha memang banyak minum air sehari . AT least sejam satu botol . haha lepas tu refill balik . Wah caring lah post ni . Thumbs up . Thanks for this informative post n one more thing congratulations for your graduations too :)

    BalasPadam
  5. Selalu time exam banyak dia tumbuh. Makin stress pulak kita hahah...

    BalasPadam
  6. huhu jerawat ow jerawat..skrg ni byk jerawat menyinggah kat dahi huhuhu stress!!!

    BalasPadam
  7. kak tiera kalau naik jerawat makan alfafa laju2 bg buang semua..skg dia tgh menari2 kt bwh bibir pulak, sabor je la ahai hahaha

    BalasPadam
  8. wah nice tips kak.. tq.. ^^

    singgah sini ye kak.. jemput join GA Shawal ^^

    jemput join GA shawal.. ^^

    http://akubukaninnocent.blogspot.my/2016/02/daebakfebruary.html

    BalasPadam

Sila tinggalkan comment korang disini!