Om Hilang? Biar Betul.

Februari 22, 2016

  
Assalammualaikum.

Hi korang semua. Apa khabar? Terasa tak kehilangan Om selama seminggu ni. Om rasa entri Om dah mula bersawang. Mana taknya, seminggu satu entri. Why this thing happen to me like this? Huarghhh... Mesti korang dah bosan nak jengah blog Om. Tiap kali korang klik blog Om mesti keluar entri yang sama. Om pun boring sebab lama tak menaip. Om minta maaf tau dan harap korang habiskan membaca entri Om ni ye.

Korang tahu kenapa Om menghilang dari blogging? Ha tak tahu kan. Sebenarnya, Om dh pun bekerja dalam dunia kejuruteraan. Om kan belajar civil engineering selama 3 tahun, betul tak? Alhamdullilah Om dah bekerja sebagai junior site supervisor untuk projek water treatment plant hulu langat. Projek ini dalam 22 ekar di hulu langat. Nak info lebih lanjut tentang projek ni korang boleh ke laman web www.langat2.com. 

Om dh seminggu kerja, hari sabtu pun kerja. Full day sebabnya nak projek ni siap sebelum bulan 11. Jadi ada lagi 9 bulan. Mati lah nak. Selama seminggu juga, kulit Om dh bertukar jadi ultraman. Hahahahaa bukanlah. Kulit Om memang sangat sensitif. Kalau kena panas, confirm hitam legam. Kerja 2 hari dh nampak perubahan. Ini Om kerja 7 hari hahahahaa muka dah berbelang. Tona tak sekata. Gelap gelita nampak mata je ditmbah pula dengan jerawat yang memang sensitif dengan cahaya matahari. Mulalah muka ni nak minta garu. Gatal gatal sebab kena habuk dekat site. 

Ada juga pekerja buruh tanya, kenapa kerja kat tempat panas-panas. Kenapa tak kerja dekat office. Yes , I'm speechless. Om tak sesuai kerja dekat office. Om lebih suka kerja di belakang tabir. Hihihiii, lain orang lain minat betul tak? Selagi kerja itu halal, Om akan kerja. Lagi pun Om ada diploma, rugi kalau tak kerja dan aplikasikan apa yang kita belajar dulu. Nak jadi engineer, kena fikir baik dan buruknya. Fikir masak masak, kalau rela bekerja sekuat lelaki sila teruskan. Betul tak ? 

Jadi korang jangan risau, Om tak hilang. Om masih berada di bumi Malaysia. Maaf tau entri Om hanya seminggu sekali. Harap ada yang sudi jengah blog Om yang mula bersawang. Hihihiii...

Happy working guy's. 


Muka dah hitam dan berbelang.

You Might Also Like

7 ulasan

  1. wah. tahniah dah dpt kerja yg diminati. xpe gelap sikit2. nnti boleh pegi spa. hehehe

    BalasPadam
  2. Biasalah tu sebagai blogger dan bekerjaya lain dalam masa yang sama memang kita tak dapat elak.. bila free dari kesibukan kerja, barulah dapat update blog dengan best.

    BalasPadam
  3. hebatlah engineer!! :) MogA dipermudahkan kerja :)

    BalasPadam
  4. Kita dah boleh jadi geng . Masuk site , kalau kulit hitam itu normal sbb kerja camni mmg keras sikit . Maklumlah bercampur gaul dengan pekerja buruh . Papepon alhamdulillah rezeki tu :)

    BalasPadam
  5. i pun ada ramai kawan laki n pempuan yg jd site engineer n site supervisor etc. gaji masyukkk lagi kalo ot..cecah 6k

    BalasPadam
  6. ok la tu om sebab seminggu 1 entry.. i pnh hlg setahun..hahaha

    BalasPadam
  7. hebatnya om! Gdluck dgn hidup kerjaya yang penuh mencabar ^_^

    BalasPadam

Sila tinggalkan comment korang disini!