Kuatkanlah Aku Wahai Hati.

Februari 05, 2016

Memaparkan DSC_1345.jpg
Memaparkan DSC_1345.jpg

Assalammualaikum.

Hati kita ni, kadang-kadang terlalu memendam.

Walaupun perkara itu sangat kecil, sekecil zarah.

Simpan segalanya diam-diam.

Hidup yang selama ni ceria,

Tiba-tiba menjadi kelam dan suram.

Mungkin kita terlupa mencari ketenangan di sepertiga malam.

Dan kadang-kadang,

Hati rasa tak mampu untuk bertahan,

Langkah kian perlahan, air mata mengalir tidak tertahankan.

Mengalir laju tanpa kehendak tuan.

seriously,

Hati kita ini bukan kuat mana pun.

Kalaulah doktor bedah keluarkan hati kita, 

kita pijak pun dah hancur.

Tapi, inilah istimewanya hati, Allah letak di dada.

Agar dekat senantiasa dengan tuannya.

Benar,

kadang-kadang kita tak pernah faham apa yang Allah

cuba aturkan untuk kita.

Kita tak pernah tahu apa yang Allah sediakan untuk kita 

di masa hadapan.

Tapi,

Percayalah,

suatu saat kita kena yakin, jalan pilihan Allah ini

akan indah pada waktunya.

Percaya dan terus percaya.



Moga kau kuat ya, Syuhada a.k.a Ombak Bergigi.

You Might Also Like

3 ulasan

  1. Rasa macam tgh bersajak , ayat sampai ke hati, deep sgt.. Kak OM nanti boleh laa buat tuto pakai eyebrow. Nampak kemas laa, cantik and looks natural. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. In shaa Allah, Om nak buat video terus. senang sikit... In shaa Allah Om upload nanti....

      Padam
  2. Betul.. believe in Allah.. always :-)

    BalasPadam

Sila tinggalkan comment korang disini!