30 Januari 2016

Februari 01, 2016

Assalammualaikum dan hai.

Rasanya dah seminggu Om tak post entri terbaru. Maaf sangat, Om sangat sangat sibuk dan tiada masa nak lepak depan laptop lama lama. No blogwalking, no new entri dah sekarang ni. Followers pun dah makin berkurang, trafik blog? ha, jangan cakaplah dah merundum macam ekonomi Malaysia. Om tahu mesti ada di antara kalian yang dah mula boring dengan blog Om kan? Cakap je, jujur kan baik. hihiihih..

Entri pagi ini adalah entri yang paling special. Special? Rasanya entri ini adalah entri yang paling panjang untuk korang baca. Hahahahaa.. harap korang tekun dalam pembacaan okay. Sila tengok gambar bawah.


Alhamdulillah, Om dah konvokesyen semalam. 30 Januari 2016, di PWTC KL. Akhirnya, otak Om dah boleh bernafas dengan leganya. No more studies after this. Nak dijadikan cerita, Om adalah spesies manusia yang suka buat kerja last minute. I don't know why. Dah minit akhir baru nak buat, baru nak cakap dan baru nak decide. Hahahaaaa. Dah 20an dah tapi Om tak boleh bagi keputusan dengan cepat. Kena fikir dulu, baru decide. Mungkin ini adalah ciri-ciri seorang jurutera, hahahha may be? 

2012, habis SPM terus bercadang nak bermastautin di Kuala Lumpur. Om tak nak duduk kampung dah, habis SPM terus ke negeri orang. Kononnya nak berdikari tapi alhmdullilah Om berdikari jugak. I just wanna be a tough girl. Poyo gitu~~~~ 

2013, Om dapat keputusan SPM 4A tapi Om tak apply satu pun university kerajaan. Waktu tu memang nak belajar, tapi tak tahu nak belajar kat mana dan kos apa. Pening kot nk pilih course. Om pun tak tahu nak jadi apa sebenarnya. City University College Om pilih untuk belajar disitu sebab kosnya murah. Untuk bukan aliran sains, hanya 20K. Even Uni kerajaan lagi murah daripada tu. Semasa daftar college, Om amik course kulinary art. Konon nak jadi CHEF. Tapi sebelum nak amik gambar untuk ID card student, Om tukar course ke diploma in civil engineering. Teringat kata-kata Abah, "Uda, amiklah kos engineering, abah nak anak perempuan abah ni jadi engineer, pakai topi putih, pakai kasut safety, uda tak nak ke?" Hati kata tak nak sebab no passion kot dalam kos tu, even I'm a good person in mathematics. 


Satu semester berlalu, Om rasa Om tak boleh bawak course ni. Course ni sangat tough. Pecah kepala ooo nak settlekan soalan engineering math yang terhapeh hapeh. Tapi otak terus fikir kata kata Abah. Ada masa, ya Om melawan kata abah, kenapa perlu tentukan masa depan uda, abah? Hati punya berkata kata tapi mulut berat sangat nak cakap. Semester by semester berlalu dan Alhamdulillah Om boleh buat. Om tak ada masalah dengan pointer. Always 3.00 above bukan berlagak tau. Lecturer pun pelik, Om kata tak suka engineering tapi pointer elok je, tiadda masalah pun. 

Tapi biarlah, benda dah lepas. Cerita diploma pun dah tamat. Sekarang ni, Om nak menuju ke zon degree pulak. Meremang bulu roma bila nama graduates disebut untuk mengambil scroll. Hahahahaaa. Takut wei, takut terjatuh dekat depan Prof. HAhahahhaa.. tapi segalanya berjalan dengan lancar, Alhamdulillah.

Terima kasih untuk kamu ssemua yang sentiasa berada di sisi sepanjang diploma, Mak Abah Along Akak Ipar, kawan kawan kelas engineering dan lecturer's. Terima kasih. Alhamdulillah, Om berjaya habiskan diploma kejuruteraan Awam. In shaa Allah bulan september Om akan kembali sesak nafas untuk degree. Hahahahaa


Orang kuat sepanjang diploma.


You're the best best best friend ever, Aidil. Thanks for coming.


Diploma in Civil Engineering is for you, Mak Abah.





K dah lah... Nantikan gambar photoshoot pre-convocation Om tau. heheheheh ><


You Might Also Like

8 ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!