Turmeric Mask.

Januari 10, 2016



Assalammualaikum.

Hai korang. Lama jugalah tak memanjakan wajah Om ni, jerawat timbul tak nak kalah pulak. Haishhh geram. Kat dahi dah penuh jerawat siap berparut. Rasanya sejak kebelakangan ini muka Om banyak masalah, dulu tak berminyak sekarang dah berminyak. Stress! 

Sebelum practical dulu, Om memang rajin scrub muka, pakai masker lah itulah inilah. Hari hari Om buat, siap beli timun tepek dekat mata. Ni dah masuk zon 21, wajiblah jaga penampilan kan, ye dok? Takkan nak selekeh je? Hehehehehee tapi jangan terover sudahlah.

Korang pernah dengar turmeric mask? 
Turmeric atau dalam bahasa melayu ialah kunyit. Kunyit yang kita pakai untuk goreng ikan, ayam tu. Kalau korang nak tahu, orang India diorang gunakan kunyit ni sebagai mask. Selalunya diorang akan pakai mask kunyit sebelum majlis kawin. Nak bagi muka flawless katanya... ><



Om buat sikit je, suku daripada botol. Bertahan untuk 2 minggu. Om pakai 3 kali seminggu. Tak kesahlah hari apa korang nak pakai. Janji pakai, nak muka cantik jangan malas. Sekarang memang banyak produk nak cantikkan wajah, tapi terfikir tak, bahaya? Beauty is pain.

Cara nak buat mask kunyit ni sangat mudah. Korang gunakan serbuk kunyit tu letaklah dalam mangkuk. Korang campurkan dengan madu, yogurt atau susu. Kalau tidak ada, korang boleh letak dengan air. Kacau sampai sebati. Sebati? Ha bolehlah sebati, tapi janganlah cair. Nanti meleleh pulak dah. Kotorlah baju tidur korang. Make sure biar sederhana jangan cair sangat tau.

Antara khasit kunyit ialah bagus untuk kulit kering, menghilangkan sel mati, bersihkan kulit wajah, buat kulit lebih bersinar dan dapat menghilangkan jerawat. Nak buat apa beli produk mahal-mahal yang banyak kimia? Pilihan ditaangan korang, Om tak paksa.

Bila nak cuci mask tu, korang janganlah sekadar cuci dengan air je. Kalau tak memang kuninglah muka korang. Tapi tak adalah kuning sangat. Om lepas je cuci muka, Om terus cuci dengan pencuci muka, Om guna safi. Gosok sampai bersih. Om nak tukar pakai barangan yang Face Shop jual. Kawan Om kata, kat situ bagus dan berkualiti. Nak try lah nanti.

Om puas hati guna mask kunyit ni, korang nak cuba? 

Dah cuba baru tahu.

Have a nice day :)



Memaparkan DSC_1049.jpgMemaparkan DSC_1049.jpg

You Might Also Like

13 comments

  1. Pernah buat dulu turmeric mask ni. Muka memang akan kuning sikit tp bila dah cuci nampak glowing muka ni. Hehe

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. pernah juga dgr tntg mask kunyit ni, belum berani cuba hehe tgok om guna, rasa nak buat jugalah hehe tq share pasal ni..

    BalasPadam
  4. Btul ke muka tak jd kuning?? Hehehe

    BalasPadam
  5. tak kuning ke muka..kalau gaul nk msk pun kuning2 tgn..huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak kuning pun, gonyoh dengan pencuci muka

      Padam
  6. Salam. done follow sini. jemput join ^_^

    http://www.yayacendana.com/2016/01/segmen-blogwalking-yaya-cendana.html?m=0/

    BalasPadam
  7. hihi takut pulak muka jadi kuning macam maskot digi tu. haha tapi mau try lah nanti :D

    BalasPadam
  8. Macam senang je cara buatnye.. lgi satu, jimat duit

    BalasPadam
  9. singgah jenjalan sini dekat blog awak :)

    BalasPadam
  10. hehe..mcm best pula buat natural masker ni

    BalasPadam
  11. Seriusly pernah buat sendiri kunyit.. mmg hebat kalau tambah bedak sjuk..

    BalasPadam

Sila tinggalkan comment korang disini!

Subscribe