Tips Untuk Dapatkan CPUV Nuffnang.

Januari 03, 2016

Assalammualaikum.

Selamat pagi sayangku, apa khabar dirimu?

Bangun-bangun, dah pagi dh. Matahari dah nak atas kepala dah tu, cepat bangun. Hari ni Om nak pergi mandi sungai dekat Sungai Legong, Selayang. Sambil siapkan makanan untuk berkelah, Om berbesar hati nak kongsikan tips. Tengok tu, SABRINA tidak sabar untuk membaca. Hehehehe Om bukan blogger otai yang mudah dapat cpuv. hihihihi



Korang kalau tak tahu apa itu CPUV Nuffnang, korang boleh baca di SINI !
Sudah baca? Baiklah, mari kita teruskan.

Tips untuk dapatkan cpuv :

#letak iklan nuffnang dengan betul.

In shaa Allah, Om akan ajar newbie cara daftar iklan Nuffnang. Jangan risau tau newbie's. Sebenarkan pemasangan iklan nuffnang dengan cara yang betul sangat mempengaruhi earning CPUV. Pastikan iklan nuffnang korang tidak tersorok. Kalau tersorok macam orang lain nak nampak. Disebabkan, Om jenis yang tamak, Om suka letak lebih daripada satu iklan nuffnang tu. Kalau korang perasan, iklan om berada di sidebar dan juga di atas header. Tak susahkan buat duit? 

#rajin click-click iklan blogger lain.

Ha, ini tak semua blogger rajin click iklan orang lain. Sila hentikan sikap kemalasan korang tu. Mari sama sama kita bantu blogger yang lain. Lagi satu, jangan nak menggedik tangan tu, click iklan nuffnang korang sendiri. En.Nuffnang boleh tahu tau. Jujur okay?

#traffic maintain dan tinggi.


Untuk pastikan traffic blog kita maintain dan tinggi, bukan senang tau. Om sendiri pun masih tidak expert lagi bab-bab traffic ni. Om akan pastikan traffic Om lebih daripada 50 per hari. Biasanya traffic ni, berkaitan dengan pageview & unique visitor. Pageview tu mudah je untuk dapat, makin korang rajin blogwalking makin tinggilah pageview orang. Yang paling susahnya nak capai unique visitor tu padahal benda inilah yang dipandang oleh company pengiklanan. Nak capai 100++ pun susah inikan pula beribu-ribu.

#rajinkan diri update entri blog.

Kepada yang malas update entri tu, Om sarankan selalulah update. Om jenis yang banyak buah fikiran, kejap-kejap udpate entri. Ada sesetengah blogger macam Om ni, dalam sehari sampai 5 entri dia update. Ada sesetengah lagi, satu hari satu entri. Korang janganlah update entri yang sama, cuba buat yang lain. Beri kelainan, contohnya kongsikan tips ke, ajar toturial ke, review ke.

#update survey.

Rajin-rajinkanlah diri korang untuk update survey di web nuffnang. Survey ni penting sebab dari situlah advertiser tahu, kategori blog korang, kekerapan korang update blog, pelawat blog korang siapa dan lain-lain lagi. Di mana nak update survey tu?

Sign in Nuffnang > Klik Manage Blogs > Survey > Update Survey


Pilih yang mana patut korang update ye.

#hantar tiket pada Nuffnang.

Ha, bab ni Om pakar. Om geram sebab 2 tahun tak dapat CPUV. Om hantar tiket nuffnang yang mengandungi unsur merayu-rayu, menagih simpati kononnya.. Tapi berjaya tau. 


Meningkat juga lah cpuv Om. Puas di rayu, akhirnya dapat juga. Bila korang dah selesai update survey, ha apa lagi hantar tiket kepada nuffnang. Bukan tiket wayang ye. SUpport tiket ni, pelbagai fungsinya, antaranya, korang boleh tanya, "kenapa blog korang masih lagi tidak dapat cpuv, sedang saya ni rajin orangnya" hahahahaha.. Bila korang hantar tiket sebegitu rupa, pihak nuffnang akan sedar diri tentang wujunya korang.

Itulah serba-sedikit tips yang mampu Om kongsikan. Om harap korang pun dapat CPUV. Om sarankan korang ikuti tips yang Om sediakan. Nak duit, kenalah rajin usaha.

Ingat!

Usaha Tangga Kejayaan.

Tak gitu EN.BERDIKARI ?


You Might Also Like

11 ulasan

  1. Wahhhhh terima kasih ! Yanie mmg xreti bab2 Nuffnang ni.

    BalasPadam
  2. Thanks OM. Sya mmg x pandai bab2 CPUV ni

    BalasPadam
  3. Oh baru faham. Hehe :D Terima kasih kongskikan bab2 nuffnang ni.

    BalasPadam
  4. Wahh good info. Lepas ni leya nak buat laa apa yg kak om gtau

    BalasPadam
  5. wah OM banyak tu bertingket2 :)

    BalasPadam
  6. muehehehe ... yang part paling last tu memang ohsem .. lepas ni, akak pun nak la juga hantar tiket kat nuffnang *kes muka tebal berjuta bintang dilangit* .... manalah tahu Nuffnang akan bagu CPUV berketul ketul pula T_T ... happy blogging semua ...

    BalasPadam
  7. Terima kasih OM atas info yang sangat berguna ni..

    BalasPadam
  8. Terima kasih OM atas info yang sangat berguna ni..

    BalasPadam
  9. Teringat lak lama tak dapat cpuv :)

    BalasPadam

Sila tinggalkan comment korang disini!