Tak Tahu Nak Letak Tajuk!

by - Januari 02, 2016

Assalammualaikum.

Aku rasa kekeringan idea untuk tajuk entri ini. Hihihihi, biarlah. Korang kalau sabtu ahad selalu lepak dekat mana? Rumah? Jalan-jalan? Disebabkan 3 bulan lepas Om tinggal  di Shah Alam, jadi Om tidak ada masa nak berjalan-jalan di sekitar Masjid Jamek, KL. Sabtu ahad oun, Om banyak habiskan masa di rumah. Tidur dan makan!


Jadi, hari ni, Om ajak adik Om jalan-jalan di sekitar Masjid Jamek, KL. Disebabkan Om tiada lesen kenderaan, Om naik LRT. Tetapi, harga tambang LRT dari setiawangsa ke Masjid Jamek berharga 2.90MYR untuk seorang. Sebelum tambang lrt naik, tambang lrt ke Masjid Jamek hanya MYR1.80. Urghh kadang berkira juga nak juga kenderaan awam. Walaupun naik MYR1.10 tapi Om tetap berkira! Tak kira!

Sampai di Masjid Jamek, ingat penuh dengan umat manusia tapi tak ramai sangat. Om tak rasa bersesak, berlanggar bahu. Tak pun! Pelik? Mana diorang pergi ni? Disebabkan hari ini, hari sabtu, Om singgah cuci mata di Pasar Malam Masjid Jamek, masih tidak berlanggar bahu lagi. Hihihihi.. Om ni memang suka kumpul sarung bantal. Beli lah 3. Corak bunga-bunga, hmmm perempuan sangat. Rasanya tadi tak banyak membeli pakaian pun, duit banyak habis di makanan. Ya, Om kuat makan. Nak itu nak ini. Rambang mata kot bila berada di pasar malam. Semuanya nampak sedap Arggh... tak boleh kontrol nafsu makan.


Aiskrim pasu yang tidak berapa pasu. hahahaaa. Pusing-pusinglah di pasar malam tapi macam tak ada fungsi je di situ. Om pun ajaklah adik om pergi ke Dataran Merdeka, KL. Om nak lepak-lepak di situ. Mana lah tahu terjumpa EN.BERDIKARI Om. Wahhh gitu. 




Hari ni Om dress up dah macam preman (samseng* indon word) tetapi masih comel kan? hihihihiii. Om rasa inilah tempat lepak yang paling Om suka. I don't know why. Nanti nak dating dekat sini dengan EN.BERDIKARI. hahahahaa.. Om memang suka jadi model, paksa adik Om ambil gambar walapun muka dia tu minta penampar. Dia dah jadi peneman hari ni, dia pun kena jadi my photographer. Kalau gambar Om tak cantik, Om paksa dia ambil gambar cantik-cantik. hahaahaa peduli apa. I'm your sister !


Kan dah kata! Adik Om ni memang suka rosakkan gambar. Stress betul. Dia suka sangat ambil gambar Om, bila Om tak bersedia. Benci tahu tak! Kalau korang nak tahu, di sekitar Dataran Merdeka ni banyak muzium tau. Muzium tekstil, Perpustakaan, Galeri Seni. Korang kalau berjiwa sejarah, marilah datang. Om boleh jadi korang punya guide. Korang nak pergi mana, Om boleh tunjukkan. 



Yes, I love KL. This place like my second house. Om banyak kali pergi Dataran, tapi tak tergerak hati nak bergambar dekat I Love KL. Korang kalau nak bergambar, wajib beratur tau! Jangan gedik gedik nak potong barisan. Nanti ada pakcik perhatikan gelagat korang. Ingat tu. Tapi yang bagusnya, tiada bayaran dikenakan. Ala ambil gambar je pun.

Dah puas bergambar, ajaklah adik Om balik rumah. hahahaa kesian dia. Adik Om ni nak lepak lama-lama, dia nak balik malam. Turutkan je lah. Duduk kejap sambil-sambil tunggu maghrib. Selepas maghrib baru balik.

Om taip entri ni panjang-panjang. Om masih tak ada idea nak letak tajuk. Hahahahaa. Teruk betul. Kalau korang ada tajuk, komenlah ye. 

Dear EN.BERDIKARI,

" Bila awak dah jumpa jalan keluar dari hutan Amazon tu, ayuh kita dating di Dataran Merdeka. Nak atau tak nak pergi, saya tetap paksa. Tak kira! Nah lah, simpan gambar saya elok-elok tau. "




You May Also Like

3 0000 orang comment sini

  1. Haha. Suka baca entry Om kalau om ada cakap pasal Encik Berdikari ni. Seronok pulak baca. Tak sabar nak tahu siapa Encik Berdikari tuuu!

    BalasPadam
  2. Bestnya dapat jejalan ni kan...ok tu adik OM jadi photographer....akak suka tengok gambar² yang adik OM tangkap....hihi

    BalasPadam

Sila tinggalkan comment korang disini!