Tag Question by Syamsid Blog.

by - Januari 01, 2016


Assalammualaikum.

Terima kasih Syamsid sebab tag beberapa soalan untuk Om. Om jawab soalan tersebut dalam bahasa malaysia ya. Jom mulakan!

1) What's your favourite DOA from the Quran?



2) If I have an opportunity to go around the world, which country do you like to visit the most?

Kalau tidak ada peluang untuk kelilingi dunia, Om akan berusaha untuk kelilingi. Tak kira! Om tetap nak pergi. Hihihihii. Disebabkan Om orang melayu yang tidak tahan sejuk, Om tak berminat untuk pergi ke negara 4 musim. Om tak ada perasaan nak main salji. Hihihiii. Om lebih suka ke Indonesia. Sebab apa Indonesia? Om suka cara kehidupan mereka. Om suka cara mereka yang bersungguh-sungguh dalam agama. Macam pesantren. In shaa Allah, ada rezeki Om akan kelilingi Indonesia. Dari utara ke selatan Indonesia.

3) What type of guy do you like/attract?

Soalan apakah ni Syamsid? Ya mak Om dah tanya dah pun. Susah juga nak jawab soalan ni. Tak nak jawab boleh? Hihihihihii... Jujur, Om suka lelaki yang berdikari. Maksudnya di sini, bila Om kahwin dengan bakal suami Om, dia dah tahu nak buat apa dalam rumahtangga. Hihhihih.. Kiranya tidak terlalu bergantung dengan isteri dia. Memang pelik citarasa Om ni. Tapi untuk kebaikan bersama kan? Om tak minta bakal suami Om tu pandai serba serbi tentang rumahtangga. Cukup sekadar tahu. Senang nanti. Betul tak? Lelaki yang macam ni sangat 'limited edition'

4) What do you want to achieve in your life?

Alhamdulillah, Om sudah tamat diploma. In shaa Allah, ada rezeki Om sambung degree (civil engineering). Om tak sabar nak bergelar Jurutera. Hihihihih.  Skop kehidupan ni besar. Berbalik pada agama, apa tujuan kita hidup? Kita hidup untuk mentaati segala perintahNya. Untuk jadi manusia yang istiqomah dengan agamanya, sangat susah. Om sendiri pun, susah nak istiqomah. Itulah, tahun baru azam masih lama iaitu istiqomah dalam agama. Itu yang Om nak capai.

5) We already've know Nabi Muhammad SAW is the best Role Model for Mankind, there's a lot of achievement he do with his great attitudes. So here's the question, so which of his character do you want to follow it forever?

Ya, Nabi Muhammad SAW ialah manusia yang bagus akhlaknya. Untuk jadi pemaaf dan memaafkan orang lain ni sangat susah. Nak ucap kata  maaf walaupun tak bersalah pun susah. Apatah lagi bersalah? Dulu Om susah nak maafkan orang. Walaupun orang tu buat salah sekecil zarah, Om tak sanggup nak maaf. Tapi Om fikir, om tak maafkan om dah dosa. Betul tak? Tak salah jadi manusia yang memaafkan. 'Saya maafkan awak' Tak susahkan cakap? Cuma kita ego. Buanglah ego dan berfikiran terbuka. 


Yeay, Om dah jawab. Selamat membaca, syamsid.

You May Also Like

1 0000 orang comment sini

  1. Thank you so much Om , Of course I will definitely comment your entry . Haha Om tanya "soalan apakah ni syamsid" Alright syamsid jawab ! . Boleh tak letak jawapan "syamsid cari bakal menantu" Stratego . acah2 tanya dekat "tag queation" and then tau lah serba sedikit tentang blogger . Btw SAYA BERDIKARI . Oppss terlepas rahsia pulak . Hahaha . Thank you OM :D

    BalasPadam

Sila tinggalkan comment korang disini!