Sebelum Dan Selepas.

Januari 03, 2016

Assalammualaikum.

Selamat petang korang. Om ni tengah tengok gambar-gambar Om dalam facebook. hahahahha... Tergelak besar wei. Dulu Om orangnya agak gelap gelita jugaklah. Kalau Om pakai baju sekolah memang confirm dari jauh tak nampak muka. Nampak gigi je. Dulu, Om memang beri komitmen yang sepenuh untuk pasukan bola jaring.

Tolong jangan gelak tau !


Taraaa, hitamnya OM! Gambar ni diambil semasa Om di tingkatan 4. Waktu ni Om ada kelas ERT (ekonomi rumahtangga). Tergelak kejap, tak sanggup nak tengok gambar lama. Dulu berat Om cecah 55kg, tapi sekarang 45kg pun agak susah nak jejak. I don't know why. May be, I'm stress.


Gambar ni lagilah Om tak rela nak tatap lama-lama. Ini rasa tahun 2012. Om dekat majlis sepupu Om. Itu adik Om, jarak kitorang hanya 2 tahun. Tak jauh sangat dan ya, sekarang Om tak nampak sangat macam kakak. Sebab apa? Sebab dia lebih besar daripada Om hahahaa...

Mesti korang ada gambar-gambar lama. Om nak bandingkan Om yang dulu dengan Om yang sekarang. Dulu zaman tak matang lagi, semua perkara nak ambil kesah. Sekarang, hmm dah tak kesah sangat. Korang kongsikanlah gambar lama korang. Om nak tengok juga.

Hmmm 2016 ni, Om rasa macam tak percaya bila tengok dan tatap lama-lama gambar Om. Dulu, orang nak berkenalan pun zero peratus. Om ni memang sombong, zaman sekolahlah. Muka ketat je! Susah nak senyum. Tapi rasanya Om sama je macam dulu, susah nak bagi senyuman. Sebab apa?
Kalau Om bagi senyuman dekat korang, korang terus cair punya lah.



Hahahaha.. see! I told you, so many different! Kawan intake kolej dulu ada kata, muka Om ni 'stock-stock minah glamor' hahahaha.. Penipu besar dia tu. Tapi kalau Om glamor satu hari nanti, apa salahnya. Betul tak? Jadi, kalau korang ada gambar lama dan sudi nak bandingkan, ha komenlah entri tu ye. Biar Om jengah.

Ingat!

'Cantik di muka tak penting, biar hati yang cantik'


Dear EN.BERDIKARI,

" Mesti dulu, awak hitam macam saya juga kan? Mesti awak tak kacak macam sekarang, tak sado macam sekarang. Betul tak? Saya harap awak tak cair macam ice cream bila tengok senyuman saya. Please jangan cair! "

You Might Also Like

12 ulasan

  1. Haha . Lain lahh om , nnti yana nak share jugak lah , nk kna korek2 dlu nie . Kekeke ..

    BalasPadam
  2. hahhaa.dulu tak penting dah.. yang penting sekarang..hihih.. kajol sekarang lagi cantik kot dari kajol yang dulu..^^
    yang penting hatikan...^^

    BalasPadam
  3. Salam singgah sini dik OM....sekarang lebih matang dan bersemangat kan....hihi....Apa² pun yang penting hati kita kena sentiasa cantik....

    BalasPadam
  4. banyak jugak bezanya tu & manisnya senyum! :)

    BalasPadam
  5. what puberty did to om :P gambar sy dulu2 pun kelakar. huhuhu.

    BalasPadam
  6. Cantik gila kak om sekarang.. comel sangat

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah...betul yang utama hati..

    BalasPadam
  8. Singgah bw here...do follow u balik...tq follow i ..:)....

    BalasPadam
  9. Lainnya om. Sekarang om makin cantik dan comel :D

    BalasPadam
  10. Woah , lain nye , manyak cantik wooo sekarang hehe :) . Ramai En berdikari diluar sane akan approve ni . haha

    BalasPadam
  11. Alhamdulillah.. Semakin cantik :)

    BalasPadam
  12. yang penting om sekarang manyak lawaaaa wooo! senyum tuuu yg paling mahal sbb om senyum cantik sangat! hahaha

    BalasPadam

Sila tinggalkan comment korang disini!