3 Sebab Kenapa Single Itu Seronok.

by - Januari 02, 2016

Assalammualaikum.

Ya, bertemu kembali dengan blogger bernama unik iaitu "Ombak Bergigi". Tepuk tangan kuat sikit. Om tahu korang belum tidur lagi dan sedang menghabiskan masa korang dengan baca entri Om. Kantoi! Amboi tajuk? Lenguh tak baca? hihihihi.. Terasa sentap tak dengan tajuk entri Om pagi ni? Om yang sedang menaip ni pun sentap juga. Huarghhh (kesat airmata). Teruskan berpura-pura Om. 


Hari ni 2.1.2016, Om baru berusia 21 tahun pada tahun. Birthday Om lambat lagi. Dua hari sebelum puasa nanti. 21 tahun? Kawan Om ada yang dah bertunang, ada yang sedang bahagia dengan suami dan ada juga yang dah merasai naluri seorang ibu. Om bila lagi? Tahun ni 21, tahun depan 22 dan tahun seterusnya 23. Meningkatnya tahun tapi masih tak jumpa EN.BERDIKARI (bakal suami) Om. 

Ala, Om tak risau pun tentang EN.BERDIKARI tu. Mungkin sekarang ni dia tengah sesat di hutan amazon orang lain. Nanti bila dia dah jumpa jalan keluar, dia akan jumpa Om. In shaa Allah jodoh tu pasti. Jadi, untuk apa korang kusutkan kepala untuk fikir tentang jodoh korang? Sedangkan usia masih setahun jagung? Baik, korang campakkan perasaan fall in love jauh ke dalam lautan india pasifik. Biar perasaan itu lemas di kedalaman lautan tu.


Come on girls, keep calm and love being single!

Jangan sedih kalau korang tiada pasangan. Jodoh Allah tu pasti, jangan risau tau. Marilah lupakan seketika bab bercinta. Gapai dulu impian dan cita-cita. Kepada yang sedang belajar dan ada angan angan untuk bercinta, baik hentikan angan angan itu, takut pelbagai musibah datang. Hihihihihi.. 

Hak nak bercinta itu hak korang. Nak dengar nasihat Om teruskan. Tak nak dengar tak apa, Om tak kecil hati pun. Ini 3 sebab kenapa Om kata single itu seronok

#bebas dari komitmen.

Ya! Tiada komitmen! Korang nak pergi mana-mana pun tak perlu susah payah minta izin dengan kekasih korang. Memang bukan semua, tapi ada je sesetengah pasangan kalau nak pergi tandas pun nak kena whatsapp minta izin 'cayang, ayang nak pergi toilet jap boleh tak?' Muntah hijau ! Bohong lah kalau korang tak alami situasi ni. Om dulu pun pernah. After breakup, Om terus pikir, bodohnya aku!

#work hard, play hard.

Korang mesti pernah dengan perkataan 'work hard, play hard' kan? huhuhuhu. Ini antara kelebihan bagi korang yang masih single. Nak tahu sebab apa? Sebab korang boleh luangkan masa untuk diri sendiri. Korang juga boleh capai impian belajar/bekerja dengan lebih fokus tanpa gangguan atau masalah peribadi.

#Jimat kos.

hahahahah, yang ini tak boleh blah. Bila berdating, perbelanjaan akan meningkat. Bila single, perbelanjaan korang boleh dijadikan simpanan atau digunakan aktiviti yang korang inginkan seperti melancong ke luar negara. korang tidak perlu risau keluarkan bajet untuk hari hari bermakna kekasih korang. Om pun agak berkira sekarang. Sebanya ekonomi Om pun tak kukuh ladi. Yes, I'm fresh graduated!

Om mampu buat, kenapa tidak untuk korang? Sampai masa, pergilah cari pasangan. Buat yang sedang belajar, pikirlah baik baik ya. Jodoh tak kemana. 

Buat EN.BERDIKARI om tu Om nak pesan,

"Saya harap awak masih sesat lagi di hutan Amazon, datang pada saya apabila saya betul betul bersedia. Saya tak risaukan awak, apa yang saya risau dan takut ajal yang melamar saya. Awak, hati hati dekat hutan tu. Lama-lama sikit sesat tu. Jangan lupa bunga taik ayam saya! Nah, gambar saya, saya risau awak haus dengan kerinduan."



You May Also Like

11 0000 orang comment sini

  1. sampai masa Allah akan temukan pasangan jua... hehe

    BalasPadam
  2. been a single mmg seronok sebab nak buat apa sahaja adalah hak mutlak kita semata tak perlu pikirkan hati org nak marah jeles atau dikonkong.

    BalasPadam
  3. sronok sbb nak pergi mana, nk jumpa sapa, just bgtau parent je. xde la org nk jeles ke, kite nk jeles ke

    BalasPadam
  4. Wahhh syok laa entry kak om kali ni. Leya setuju dengan semuanya. #TeamSingle #TeamTakFikirPasalJodoh hahahhahaha

    BalasPadam
  5. First of all , I would like to say is , itu pointing pd sy ke ? haha *Perasan . Of course there's a lot of berdikari man out there , don't worry you'll find jodoh instead of "money" . Haha Anak monyet pon comel *hurm confuse monyet n boyfriends kejap . Hurm Btw tak sangke wujud rupanya yang minta izin nak pergi tandas rupenye, Saya boleh bayang kan kalau GF cakap "Awak saya tak tahan nak Poops" BF jawab "Tak boleh!" alamatnye GF tu ke hospital la jawabnya . Haha So sweet . Haha . I hope for the best for ya . Ganbarou OM ! :)

    BalasPadam
  6. money? err I mean *monyet . dah terbiase taip haha

    BalasPadam
  7. Bersabarlah Om, smpai masa dia datang lah tu :)

    BalasPadam
  8. InShaaAllah rrai doakan Om jumpa jodoh yang baik serba serbi, kacak bergaya dan segak tampan hahaha

    BalasPadam
  9. saya baca entry om, cantiknya om ni. hehe tak sabar nak tggu om pakai baju pengantin. mesti comel. yes, i bet u yang saya dlu pun mcm no 1 tu. haha dan terasa bdoh juga after break. haha tapi In sha Allah, joodh itu pasti. Allah dh ckp kita saling melengkapi. sama-sama lah berdoa ye. hehe =)

    BalasPadam
  10. seronok jadi single. bebas utk bkwn dgn sesiapa. and ready to mingle hahah just kidding :PP

    BalasPadam
  11. Yup...single tu best...tp kadang kala...ada masa kesunyian juga..

    BalasPadam

Sila tinggalkan comment korang disini!