Malulah Wahai Diri.

by - Disember 14, 2015

Assalammualaikum.

Penat. Bosan. Kecewa. Sedih. Marah. Semuanya negatif. Sukar sekali milik positif mengambil ruang ketika ini.
Ya, pabila di suatu saat tahap semua nilai negatif mengambil tempat, segala-galanya akan berubah. Dan, dari situ tangisan berlagu pilu pula muncul. Mungkin tidak henti.
Dalam hati, mula ingin mengundur diri. Penat. Noktah. Tiada apa yang mampu dilakukan saat ini. Benar, tidak inginkan penghargaan, namun hanya inginkan kefahaman dari setiap insan.
Namun, bagaimana mahu difahami sedangkan diri tidak memahami!! Sukar sekali!
Penat dan kecewa menjadi mainan perasaan hati kala ini. Langkahan kaki untuk terus tegar di jalan itu, rasa ingin berhenti. Tidak mampu untuk diteruskan lagi.
Tidak lagi terdaya untuk meneruskan langkahan kaki ini. Malu dengan diri. Tidak mampu untuk melaksanakan apa yang dijanji!
Namun, saat ini. Jauh di sudut itu, insan itu tetap berdiri gagah. Tetap setia di jalan ini. Tetap teguh dengan dugaan yang dihadapi. Diri, jadi makin hairan.
Bagaimana tegarnya dia berdiri di situ, meskipun pelbagai dugaan dan cabaran yang dihadapi. Bagaimana dia mampu untuk menghadapi segala-galanya tanpa sekelumit penyesalan yang muncul di bibirnya saat dia terjun dalam kerjanya itu.
Subhanallah, hanya itu yang mampu diungkapkan saat ini. Kagum sekali dengannya. Diri, jadi malu sendiri.
Malu! Malu! Malu! Benar, diri sendiri malu dengan keadaan diri. Hanya kerana ujian yang diberikan tidaklah sebesar mana, namun sudah tegar untuk tidak meneruskan langkahan kaki.
Oh, diri? Apakah kamu tidak sedar, ujian yang Allah bagi ini adalah salah satu nilai untuk tingkatkan kehebatan di dalam jiwamu. Nilai kehebatan itu, Allah cuba cungkil ia melalui ujian demi ujian yang diberikan.
Lepas satu tahap ujian, Allah beri lagi ujian lain. Ujian demi ujian. Hingga nilai kehebatan untuk menghadapinya jelas tampak di dalam dirimu, akhirnya kamu akan sedar bahawa ujian itu membawa kamu ke tahap yang tertinggi. Dan, saat itu kamu akan berterima kasih pada Allah atas ujian itu.
Diri, masih tidak sedar? Dia yang di sana, meski hadapi ujian tetap setia dengan senyuman manisnya. Dia yang di sana, masih kekal dengan ramahnya. Mengapa kamu tidak mampu melontarkan senyuman semanis itu saat menghadapi ujian?
Dia yang di sana, lebar sekali bibirnya dan tidak henti-henti menyebarkan salam meski saat itu semua orang tahu ujian berat yang dihadapinya. Haii, malulah wahai diri. Tidak sebesar mana ujian kamu hadapi, sudah ingin mengundur diri. Sekali lagi, malulah wahai diri.


Mengharapkan Simpati

You May Also Like

2 0000 orang comment sini

  1. Sangat malu, tapi rasa macam muka diri ini dah ada tembok cina..

    BalasPadam
  2. sabarlah menghadapi dugaan ALLAH :)

    BalasPadam

Sila tinggalkan comment korang disini!