Bila Nak Kawin?

by - Disember 11, 2015


Assalammualaikum. 

Selamat pagi kepada mereka yang belum tidur. Hihihihii. Ya aku belum tidur lagi. Aku khusyuk dengar lagu dan juga terjah blog mereka yang sering singgah di blog aku. Terima kasih ya. Sayang korang. 

Bila nak kawin? Amboi soalan susah ni. Aku dengan lantas jawab, "esok mungkin" Hahahahaa. Jahat tak? Come on, my journey is too long. I have many plan to do. Plan nak travel, plan nak belajar dan paling terdekat, plan nak habiskan hari minggu dengan tidur. Banyak bukan plan aku? Korang apa tahu. 

Abang Ngah aku tahun depan dah kawin. Dia tamatkan zamn bujang dia di usia 25 tahun. Muda lagi lah ngah. Ahahahhaha But the next turn is ME! Apa ni? Hurghh... Tarik nafas dalam dalam. Mana tidaknya, aku anak perempuan yang sulung, jadi siapa lagi? Takkan adik aku yang baru habis SPM ni. Mentah lagi.
Jawabnya mak abah aku kena tunggu 5 tahun lagi. Aku nak sambung belajar dulu, kerja 2 tahun dan baru fikir tentang perkahwinan. Ini apa yang aku planlah tapi aku tak tahu mungkin esok aku dah dirisik orang. Hihihihii. Amboi gatal. Convo pun tak lagi, berangan nak kawin. 

Ada je yang kawin semasa belajar. Tak jadi halangan tapi bagi aku? Please focus for one thing. Belajar belajar. Bila dah kawin, tanggungjawab tu, itu yang penting. Takkan korang nak biar husband korang sorang sorang cari nafkah? Tak kesian ke? Banyak kot kalau nak diceritakan tanggungjawab selepas nikah. Itu ini, korang nak jadi Janda di usia muda? Aku tak nak!

Buat masa ni, aku tak nak fikir tapi kalau jodoh mari awal. Hahahahah apa lagi go on. Ehh tak tak. Aku tak ada calon. Aku ada masa untuk kenal kenal tapi dengan siapa? Hahahahahaa... Biarlah, aku tak nak fikir.

Jangan risau, jodoh untuk kita ni memang dah ditetapkan sejak azali. Cepat atau lambat je. Dah dah, aku tak nak cerita lagi. Tapi kalau ada yang nak kenal kenal, boleh je bah. Ramai kawan banyaklah pengalaman. Hihihihihihi. Nah gambar gedik setepek!







You May Also Like

9 0000 orang comment sini

  1. betul3, byk benda dah plan. Nak kumpul duit dulu

    BalasPadam
  2. Jodoh tak payah dicari..Jika sampai waktunya Allah akan pertemukan jugak seperti akak..hehehe

    BalasPadam
  3. jodoh automatik datang bila kita dah sedia :D

    BalasPadam
  4. Tipulah klu xde org nak kenal~~~ kamu kan cun mey~~~ :)

    BalasPadam
  5. @cheekyorang tak berani kenal sebab muka om ketat 100 ribu.

    BalasPadam
  6. betul tu..kawin bukab benda senang..sy pun kawin umur 26..huhu...muda ke tua tu? sedang2 je kot rasenye..sempat habis blaja dan kerja 2 tahun kumpul duit kawin..hehe :)

    go with the flow..ada jodoh tak kemana..

    tp dulu sy selalu gak paksa kawin awal masa bercinta dulu..hehe :p

    BalasPadam

Sila tinggalkan comment korang disini!