I Got Liebster Award.

by - November 27, 2015

Assalammualaikum.


Hai semua. Terima kasih kepada Nurul Mustafa yang comel kerana sudi tagged belog Om ni bagi Liebster Award. Bagi yang tak tahu apa itu Liebster Award, boleh klik SINI. Om dah terangkan segalanya disitu, harap korang akan klik dan memahaminya. 

Jadi soalan yang Om kena jawab adalah : 

1) Tell me about yourself (paling kurang 6)


gedik gila, nak letak gambar bagai ><

Om suka makan pedas pedas, tak Johorian kalau tak makan pedas pedas. Okay ayat poyo gila.
Seorang manusia yang selalu tak cukup tidur, hmm korang?
Peminat setia Running Man sahaja!
Kacukan melayu riau, Indonesia. Jadi keluarga besar memang banyak dekat sana.
Hobi, memang suka kumpul kasut banyak banyak.
Pencinta aktiviti sukan lasak dan travel.

2) Binatang peliharaan yang teringin nak bela.

Om tak suka bela binatang, tak kisahlah apa jenis binatang. Kucing pun dok belai belai kat kaki, Om dah geli apatah lagi nak bela binatang yang lain. Lagipun Om bukan jenis penyayang, hahahaaa sebab tu tak ada masa nak belai kucing apatah lagi bela.

3) Apa pendapat tentang saya.

Awak (Nurul Mustafa) memang lawa, rajin blogwalking. Nak kenal boleh? Hahahhahaha poyo gila.

4) Tempat yang paling nak pergi, list on.

Banyak sebenarnya tempat yang nak pergi, sekarang ni memang tengah simpan duit untuk travel to Indonesia. Om tak minat pergi negara 4 musim sebabnya negara diorang banyak guna duit. Nak bercuti ni kena lah save budget ye dok? Rasanya setakat ni, Om memang nak pergi Indonesia. Kalau nak keliling satu Indonesia. In shaa Allah tahun depan akan bermula.

5) Tempat favourite yang wajib pergi setiap kali hujung minggu.

Om pun tak tahulah kenapa setiap minggu Om nak pergi Tasik Titiwangsa, KL. Hahahahha, padahal banyak je tasik dekat KL ni. Tapi Om tetap nak pergi situ. Hahahaha, banyak kenangan dekat situ rasanya. Tempat yang biasa biasa memang sesuai dengan orang biasa. Hehehehe, mengarut je Om ni.

6) Macam mana korang tangani low confident dalam diri.

Pertama, Om berdoa, berzikir dan selawat ke atas Nabi banyak banyak, minta pada Allah buang anasir yang tak baik dalam diri. Kedua, setkan dalam kepala, semua orang ada low confident, semua orang tak yakin, sampai bila tak yakin dan terus dirundum dengan low confident, try keluar daripada zon selesa. Ketiga, make up sebenarnya membantu untuk  tingkatkan confident. Nipis nipis je sudah tak perlu mekap tebal tebal , betul tak?

________________________________________________________________

Buat sementara ni, Om tak dapat nak tag sesiapa untuk Liebster Award, maaf sesangat tau. Om tahu korang tak kesah kan? Okay sayang korang semua. #muahhciked 


You May Also Like

1 0000 orang comment sini

Sila tinggalkan comment korang disini!