B.Bap, Korean Food, NU Sentral.

November 08, 2015




Assalammualaikum.


Kepada yang suka makan makanan korea, ha korang boleh terjah dekat NU SENTRAL berdekatan dengan KL sentral. Aku jatuh cinta dengan makanan korea semenjak tengok cerita Running Man. Terliuq tau. Makanan korea tak adalah teruk sangat. Ya memang aku tak minat sushi dan tak ada kaitan pun dengan makanan korea. Hahahahaaa. 


Apa yang menariknya, kedai ni dua tingkat tau. Dekorasi hmmm bolehlah. Sedap mata memandang. Lighting pun okay, bolehlah selfie. Mesti cantik gambar. Harga? Hmmm biasalah harga standard kan, atas daripada RM 10. Bila harga mahal, aku memang set dalam kepala, "mesti makanan ni sedap sebab tu mahal". Tetapi kadang orang agak berkira dalam bab bab makanan. Bayar mahal kalau tak sedap tak guna jugak. Betul tak?


Sudah jadi kebiasaan, sebelum makan mesti amik gambar dan post dalam instagram. Hahahahaa. Zaman sekarangkan. Aku memang suka "RICE CAKE". Nama korea untuk makanan ini, aku tak ingatlah. Rice cake ni rasanya kenyal kenyal sikit. Sedaplah. Sebab dah jadi favourite, masuk je dalam kedai makanan korea mesti cari rice cake. Nak tahu rice tu sedap atau tak , korang boleh lah jengah jengah. 

Rugi tak cuba. Mata aku dah ngantuklah, selamat malam.

You Might Also Like

6 ulasan

  1. Alaa nape tak ambik gmbr menu hehe nak pergilah

    BalasPadam
  2. Makanan mereka banyak sayur dan dagingkan..kalau tak silap akaklah...hehe...anyosayo...kamsameda..hihi...

    BalasPadam
  3. @Ayu Farahanaalaaa... om tak teringat nak amik pun.. sorry tau ><

    BalasPadam
  4. @PeRdU cINtahaah Kak PC, makanan diorang memang byak sayur... sedapppp...

    BalasPadam
  5. rice cake tu dukkbokki kan?
    nak try la..hehe

    BalasPadam
  6. @Yana Librayelah kot... om tak ingatt nama dia... sedap tau, kenyal kenyal

    BalasPadam

Sila tinggalkan comment korang disini!