Baju Bundle.

by - November 03, 2015

Assalammualaikum.

Siapa pernah pergi kedai barang barang bundle? Korang pernah beli barang bundle? Macam baju, seluar jeans, kasut dan macam macam, siapa pernah? Kalau pernah beli, korang memang jenis yang tak memilih. Sebenarnya, aku memang suka beli baju bundle terutama baju kemeja kotak kotak. Ya, baju tu memang 'secondhand' dan nampak tak elok, lusuh di mata korang yang tak pernah beli. Tetapi bagi aku, aku tak kesah. Aku tak memilih. Prinsip aku, selagi baju bundle tu tak koyak, tak terlalu buruk dan selagi itu aku akan beli. Korang dh beli baju bundle tu, ha cucilah bersih bersih. Cuci guna dynamo letak softlan banyak banyak. Aku yakin dan jamin 100% wangi. 

Bagi aku, aku okay je beli dan pakai baju bundle. Bukan sebab aku kedekut atau terlebih jimat. Bukan. Tetapi sebab sudah terbiasa dengan keadaan sederhana dan terima apa yang ada. Mak abah memang dah ajar dari kecik lagi. Mak abah tak ajar 'memilih'. Mak abah ajar, nak barang mewah, cari duit sendiri. Bukan sebab mak abah tak mampu tapi sebab nak suruh anak anak belajar berdikari. Belajar cari duit sendiri. Bila dapat apa yang kita nak, beli dengan duit titik peluh sendiri, perasaan tu rasa lain tau. Kalau korang pernah beli barang dengan duit titik peluh sendiri, mesti korang rasa apa yang aku rasa. 

Baju bundle bukannya kotor sangat. Mungkin nama 'bundle' tu sendiri yang buat masyarakat kita ni memilih sikit. Siapa nak barang secondhand terutama baju. Ye tak? Apa apa pun ikut atas diri orang itu sendiri. Jika dia tak memilih, alhamdulilah bagus. Tengoklah hasil hasil tangkapan gambar bawah, lawa kan? Sehelai RM5 je. Murah dan wangi. Wangi tu sebab basuh bersih bersih.



Apapun, pilihan tetap di tangan korang. Hak masing masing. Betul tak? Suka baju bundle, just take, buy and wear it. Tak suka, it's okay. Depends on you, that's it. baju bundle masih dihati aku bukan sebab kedekut tapi sebab belajar bersyukur dengan apa yang ada. Macam tak kena je ayat terakhir ni, haishh biarlah. 

You May Also Like

4 0000 orang comment sini

  1. Betul tuh. Kita harus bersyukur. Tak semua orang hidup senang. Asalkan kita mampu hidup, dah beruntung.ape laa sangat dengan baju yg mahal2. Nanti lusuh juga

    BalasPadam
  2. tak pernah.. tapi selalu ikot abg masuk kedai bundle ok jer.. cuma setakat ni xjumpa baju or seluar yg betui2 buat Ahlam rasa macam omg ak nak barang nih... hehehehe

    BalasPadam
  3. Lissa suka pakai baju bundle. tapi kena pandai pilih laa.. kadang-kadang lagi berkualiti baju bundle dari beli yang mahal-mahal :D

    BalasPadam
  4. betul..kadang baju bundlelebih tahan lama la om..akak pernah je beli n pakai baju bundle..relax je..yang penting basuh bersih2..

    BalasPadam

Sila tinggalkan comment korang disini!