Apa Itu The Liebster Award.

November 21, 2015

Assalammualaikum.


Korang tahu apa itu " The Liebster Award"

Bagi korang yang belum tahu apa itu Liebster Award adalah award yang ditujukan untuk blogger yang memiliki follower kurang daripada 400 followers. (aku ubah sikit, asalnya 200 followers) Tujuannya di sini agar para blogger saling mengenali satu sama lain melalui award ini. Korang dah faham?

Jadi, award ni ada peraturan tau :

1) Korang kena ucapkan terima kasih kepada orang yang telah mencalonkan. Korang kena letak link entri korang di blog mereka.

2) Korang wajib tampal atau tepek kasi ketat gambar "Liebster Award" di blog korang.

3) Jawab 6 pertanyaan yang ditujukan untuk korang.

4) Berikan 6 fakta tentang diri korang.

5) Calonkan 5-6 blog yang mempunyai kurang daripada 400 follower yang korang fikir layak dapta Liebster Award.

6) Reka 6 soalan baru untuk dijawab oleh calon terpilih.

7) Sila maklumkan kepada calon bahawa mereka telah dipilih untuk menerima Liebster Award.

_________________________________________________________

Jadi, hari ni aku berbesar hati nak bantu blogger yang followernya kurang 400 follower. Hihihihiii, niat baik ni tau. Lagi pun sambil sambil kenal blogger yang ada. Betul tak? Jadi di bawah ni aku calonkan 6 blogger, harap korang sporting tau. 

1. http://annalieyana.blogspot.com

2. http://itsmelyya.blogspot.com

3. http://emmemarinamohamad.blogspot.com 

4. http://nurriffah-islam.blogspot.com 

5. http://maizatulnadia.blogspot.com 

6. http://nampakjiwaterbang.blogspot.com

Aku dah calonkan 6 blogger di atas, hihihiihi Harap awak awak semua sporting tau, jadi jawab soalan ini :

1. Blog saya comel tak? 

2. Pengalaman yang tidak dapat dilupakan. 

3. Siapa awak pada masa 5 tahun akan datang?

4. Sila pilih : Api, Air, Tanah, Angin

5. Mimpi terbaru yang awak alami.

6. Blogger inspirasi awak.

Aku harap korang sporting ye. Hihihihiiii. 


You Might Also Like

8 ulasan

  1. K.Sal singgah hujung minggu kat sini...

    BalasPadam
  2. Omejii saya dicalonkan rupanya thanks kak om! hihi

    BalasPadam
  3. kak. ai dah jawab. terima kasih calonkan ai .
    http://annalieyana.blogspot.my/2015/11/the-liebster-award.html

    BalasPadam
  4. ohh, kak om rupanyaa yang asaskan liebster award kalini. hehee. dulu pernah join tahun 2014 :D

    BalasPadam

Sila tinggalkan comment korang disini!