Taman Herba.

by - Oktober 04, 2015

Assalammualaikum.

Jerebu makin teruk, IPU tidak sihat. Aku risau jugak bila keluar berjalan. Jerebu dan juga panas bahang. 10 minit berjemur, confirm berpeluh dan berlendir. Aku memang tak suka. Rasa melekit dan berbau. Kadang kita tak sedar bau badan kita ni kan bila cuaca panas.

Petang tadi, Along ajak makan tengahari dekat Masjid Jamek. Along nak singgah Mydin, nak beli barang sikit. Jammed jangan cakaplah. Boleh lenguh bontot bertepek dalam kereta. KL kan, everywhere jammed. Nasib baik Along pakar jalan KL, tak adalah mereput je dalam kereta. Hihihiihiii....

Sebelum makan, akak ipar dan adik aku ,beria ajak buat inai. Area Masjid Jamek memang banyaklah orang buat inai dekat tangan tu. Aku nak buat tapi pikir sebab nak practical isnin.  Jadi terbantut lah niat tu.


Jakel Mall pun tak nampak sangat disebabkan jerebu. Haishhh bencinya. Hujung minggu memang ramai orang sebabnya ada pasar malam. Aku tak singgah pun sebab tak nak bersesak dengan ramai orang. Cuaca panas jerebu ni boleh sebabkan aku hilang sabar dengan orang yang bersesak di pasar malam. 





Lepas makan je, terus nak balik. Tapi akak ipar aku teringin nak ke Taman Herba. Siapa pernah pergi angkat tangan? Hihihiii. Sebenarnya, Taman Herba sangat dekat dengan Tugu Negara, Taman Burung, Taman Orkid dan sebagainya. Taman Herba ni masuk adalah percuma. Buka 10 pagi hingga 6 petang. Jadi, kepada ibu bapa yang nak luangkan masa bersama anak anak, boleh lah pergi ke taman ni.




Kawasan taman ni memang sangat cantik untuk photoshoot. Tengoklah gambar atas tu. Gaya macam model tapi baju tak kena. Hihihiiii. Tadi pun, ade dua pasangan pengantin dan hakak hakak habang habang yang convo, diorang photoshoot dekat kawasan ni. In shaa Allah, convocation nanti aku nak photoshoot dekat sini. Hihihiii okay bye.

You May Also Like

0 0000 orang comment sini

Sila tinggalkan comment korang disini!