Azam Oktober.

by - Oktober 01, 2015

Assalammualaikum.

Satu Oktober Dua Ribu Lima Belas. Bulan ini selepas bulan september dan sebelum bulan november. hihihihihii. Bergurau pula. Selamat datang Oktober. Bulan ni aku dah mula latihan industri, sepatutnya 28 September tapi aku tangguh seminggu. Aku sibuk uruskan laporan makmal. Dah habis belajar ni, memang banyak perkara yang perlu diselesaikan.

Alhamdulillah, aku masih bernafas lagi. Terima kasih, Ya Allah. Jadi,bulan 10 ini apa perancangan korang? Ada yang nak kawin? Ada yang nak travel? ke ada yang nak sambung belajar?Apa pun perancangan korang, aku doakan yang terbaik.

Azam Oktober. Poyo je nak berazam bagai. Azam bulan ni aku nak mantapkan ilmu blogging aku ni. Yelah, walaupun dah dua tahun terjebak dalam dunia blogging ni, aku rasa belum cukup lagi ilmu yang aku dapat. Hihihihiii. Mak kata, aku ni spesies manusia yang tak reti letih terima dan cari ilmu. Mak mak.

Memaparkan dd4165b085ecf3c22720eeac161f2310.jpg

Selain nak mantapkan ilmu blogging, aku berazam nak rajin solat dan aku nak rajin itu rajin ini. Macam bulan lepas, aku sangat malas. Malas nak masak, malas nak solat. Solat pun, Allah. Banyak cuti. Ampunkan aku ya Allah.Banyak dosa betul dosa aku ni. Aku azam ! Aku azam nak rajin solat! Aku wajib buat!

Aku berazam nak meningkatkan trafik blog dan tambah follower. Dua tahun blogging, trafik blog aku ni agak layu di tasik biru. Hampehh. Tak kira, bulan ni target dapatkan 300 follower! Aku tak kira, aku nak jugak. 

Tiga azam ni memang kena buat. Kalau gagal salah satunya, memang aku lemah berazam. Haishh. Ya Allah, permudahkanlah segalanya. Amin. Doakan aku ya, sayaang korang. Muahhhh! 


You May Also Like

3 0000 orang comment sini

  1. Good luck om~ jangan pernah lelah untuk timba ilmu..

    BalasPadam
  2. @yoorin melacoleathank you. In shaa Allah, om capai azam azam tu.

    BalasPadam
  3. Istiqamah, itu la kunci kejayaan..

    BalasPadam

Sila tinggalkan comment korang disini!