A Little Me.

Oktober 24, 2015



          Assalammualaikum. 

 Mungkin ada yang tertanya, kenapa "Ombak Bergigi?" Sebabnya, Om suka gambarkan Om adalah seorang yang berani. Dan kenapa pula panggil "OM?" sebabnya salahsilah keluarga Om berasal daripada Indonesia. Jadi "OM" itu adalah untuk kekalkan identiti agar tak lupa diri. Cheewaahh.


Om berasal daripada sebuah kampung yang digelar Kampung Tanjung Lembu, Kota Tinggi, Johor. Tempat dimana lahirnya seorang photographer yang bertaraf antarabangsa. Korang tahu Annas Easkey? Ha, tak tahu? Tolong google ya. Kami satu sekolah. In shaa Allah, satu hari nanti, Om pula yang bergelar "BLOGGER ENGINEER YANG BERANI." 

Om dilahirkan pada 3/6/1995 dan sekarang berusia 20 tahun. Status Om adalah seorang pemegang diploma kejuruteraan awam dan seorang anak kepada, Raja Herman dan Zaharah.

Sebenarnya, Om berbelog mengenai kehidupan harian Om. Om lebih suka menulis apa yang Om suka, tak suka dan macam macam. Toturial blog adalah bonus untuk para blogger yang baru menjengah dunia blogging. Om nak share ilmu kepada korang. Om tak lokek tau :)

Mula berblog pada 2010 tapi disebabkan kekangan masa. Belog lama telah dilupuskan dan mula bergiat aktif pada 2012. Hihihihiii. Om dengan pegangan Om, "Orang tak nak follow belog kita, tak pe, kita tetap nak kongsi ilmu."

Terima kasih korang sebab sudi baca dan terjah belog Om yang tak seberapa. Love you,

Yang berani,

Raja Shuhada (OM) ♥

You Might Also Like

0 ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!