Sup Ketam Penawar Denggi.

September 09, 2015

Assalammualaikum dan selamat tengahari semua.

Demam denggi ni sebenarnya boleh membawa maut jika kita tidak mengambil langkah keselamatan. Jadi sebelum terjadinya kes maut, baiklah kita pantau keadaan rumah. Jangan ada air bertakung, inilah penyebab jentik jentik membiak. Mencegah itu lebih baik daripada merawat.

Korang tahu tak? Sup ketam sangat bagus untuk demam denggi dan ianya sangat mujarab. Adik aku dah dua kali pergi Hospital Kuala Lumpur tapi masih tak kebah demamya. Doktor kata dalam darah ada virus. Tapi simptom demam denggi tu ada. Pelik jugak.

Adik aku makan sikit, muntah. Lepas tu, cirit birit. Kadang kesian jugak tengok dia, sebab dia kata sakit sendi sendi dekat badan. Alang alang dah pergi HKL tak sembuh jugak, jadi aku cuba alternatif lain. Aku buat sup ketam untuk dia hari ni. Paksa dia makan dan hirup sup ketam tu. Selera ke tak, aku peduli apa. Tak nak nanti mak abah datang KL, membebel kat aku. Kes serious ni mana boleh main main. Kan.


Bahan bahan:
1. 4 ekor ketam bercengkerang - dipotong dua dan dibersihkan.
2. 5 biji bawang merah - diblender
3. 3 biji bawang putih - dibleder
4. Setengah biji bawang besar - diblender
5. 1 inci halia - diblender
6. 1 sup bunjut adabi
7. air secukupnya
8. Kentang - dipotong 6
9. garam dan ajinomoto secukupnya
10. sedikit daun sup
cara- cara:
1. Panaskan sedikit minyak di dalam periuk.
2. Masukkan bahan yang diblender ke dalam periuk dan tumis sehingga kekuningan.
3. Masukkan air, ketam, kentang ke dalam periuk. Tutup periuk selama 15 minit.
4. Setelah itu, masukkan daun sup sebelum di hidangkan.

Selamat mencuba semua.

You Might Also Like

4 ulasan

  1. Harapnya bukan danggilah om..tapi tak pe..makan je sup ketam tu..bagi tenaga jat badan..bagi keluar peluh..

    BalasPadam
  2. @PeRdU cINta harap harap bukan denggi kak PC, risau jugak ni.

    BalasPadam

Sila tinggalkan comment korang disini!