Siakap Masak Stim.

September 05, 2015

Assalammualaikum.

Salam Maghrib semuanya.


"Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati." Alhamdulillah kenyang. Menu makan malam untuk hari ni sangat mudah untuk dibuat. Campak campak bahan, taraaaa dah siap. Hihihihihiii. Malam ni aku masak sebab adik aku demam. Along aku ditugaskan untuk siang ikan. Aku tak reti sangat siang ikan ni. Ikan kecik kecik boleh lah siang, kalau ikan besar besar. Maaf, aku mengalah dulu. Hihhihihihi..

Ingat nak guna pengukus tapi malas nak amik dekat stor. Jadi, aku guna pemanggang ajaib. Senang dan tak sesusah yang korang sangkakan. Pemanggang ajaib ni pelbagai guna. Masak kek pun boleh tau. Use your creativity. Jadi, aku berbesar hati untuk kongsi resepi dengan korang semua. Harap harapnya korang berjaya buat tau. Masak sendiri lagi sedap, boleh tambah banyak banyak kali.
.
1 ekor ikan (dibersihkan)
2 batang serai (diketuk)
4 ulas bawang putih (dihiris)
2 inci halia (dihiris panjang)
1-2 biji limau nipis (ambil jusnya)
5-6 cili padi (dihiris)
2 biji tomato (dibelah empat)
sedikit garam dan gula
3-4 sudu makan sos tiram
sedikit air
1 helai daun limau purut
asam boi - ikut korang yee
1 cawan air
cara-cara
1. Lumurkan ikan siakap bersama perahan limau dan sedikit garam lalu
diperap seketika selama 5 minit.
2. Setelah perap, masukkan ikan ke dalam pemanggang,
(Air perahan limau yang diperap tu jangan buang, masukkan
sekali dengan ikan)
3. Masukkan bahan bahan yang di hiris, diketuk
dan juga sos tiram  ke dalam pemanggang kecuali lobak merah,
asam boi dan tomato.
4. Masukkan air sebanyak 1 cawan dan
kukus selama 3 minit.
5. Masukkan lobak, tomato dan asam boi lalu diperasakan
dengan garam.
6. Kacau perlahan. Jika kurang masin bolehlah tambah garam.
Kukus lagi selama 4 minit.
7. Siap untuk dihidang. 

Senangkan resepinya. Tak susah pun. Hihihihi selamat mencuba ya. Dah menjadi tu, bolehlah komen kat bawah. 



Knock knock,
Om Kedek Kedek~~~


You Might Also Like

6 ulasan

  1. Menu sihat ni om..boleh makan selalu..tiada kolestrol..

    BalasPadam
  2. @PeRdU cINta ikan siakap mahal sikitlah, tk boleh makan hari hari

    BalasPadam
  3. adududu telan air liur saya

    jemput ke blog klik baca

    BalasPadam
  4. Sedapnya siakap masak stim....menu sihat ni dik OM...

    BalasPadam
  5. @theyanaonly hihihihihiii, nanti awak try lah resepi tu... sedap tau ><

    BalasPadam

Sila tinggalkan comment korang disini!