Ini Merdeka !

September 14, 2015

Assalammualaikum.

Selamat pagi semua. Macam mana hari ni? Adakah hari ini hari terbaik korang? atau hari terburuk korang? hmmm tepuk dada tanya hati....

Aku pernah terdetik rasa dihati, menyesal yang teramat sebab belajar di kolej yang terletak di kota yang penuh penghuni, Petaling Jaya. Aku pernah rasa nak sangat lari dari kolej ini. Aku terfikir, kenapa dulu aku tak mohon UPU? Kenapa dan kenapa? Rupanya, Allah bagi aku jawapan tapi aku yang tak nampak selama ni. Alhamdullilah, aku dah dapat jawapan tu. Dalam pada aku tak suka kolej ini, rupa-rupanya Allah pertemukan aku dengan orang yang baik baik. Pensyarah yang baik, kawan yang baik dan persekitaran yang baik. Ini sudah cukup bagi tapi manusia kan, mesti rasa tak cukup.

2 tahun setengah, aku belajar ilmu kejuruteraan awam (civil engineering) di kolej itu. Ya, kolej ini banyak belajar teori daripada practically. Apa boleh buat, takdir. Alhamdulillah, Allah masih bagi aku, ketenangan untuk belajar, tak pernah rasa susah. Sedangkan ilmu kejuruteraan bukanlah satu bidang yang mudah dan seperti sedia maklum, bidang ini memang 90% dipelopori oleh lelaki. Kenapa aku masih bertahan dengan bidang ini? Sedangkan Mak aku banyak kali halang, jangan ambil bidang ni! Manusia kan, masih berdaya lagi untuk melawan. Siapa tak pernah rasa menyesal bila orang yang kita sayang bagi cadangan tapi kita ni melawan dan tak nak ikut cadangan mereka? Ya aku menyesal tapi biarlah mak akan memahami nanti. Maafkan uda, mak.

Alhamdullilah, bermula hari ini dan seterusnya, aku dah merdeka. Akhirnya tamat juga diploma kejuruteraan. Otak ni dah boleh pikir perkara lain selain belajar, belajar, belajar dan belajar. Hihhihhihihiii.




To all my classmate,
Mungkin sepanjang sesi perkuliahan kita, aku ada buat silap jadi aku minta maaf, halalkan segala ilmu yang pernah korang kongsi dengan aku. 2 tahun 1/2 kita bersama, ada masa kita bermasam muka, ada masa kita bersuka ria. Setiap pertemuan memang akan berakhir dengan perpisahan. Good luck untuk internship korang. Pada yang masih di KL, meh lah lepak lepak, don't worry I'm still at KL. I don't go anywhere. hihihihihii. Korang semua akan aku rindui. Merdeka, Merdeka dan Merdeka!!

City University College bakal dirindui dan terima kasih bagi kesempatan untuk melakar memori bersama crush yang tak berapa crush. Selamat tinggal, Crush....

Alamak, air apa kat mata ni! 

You Might Also Like

8 ulasan

  1. tahniah sebab dah merdeka, theyanaonly ucapkan semoga lebih sukses

    jemput baca entri
    WATERPARK

    BalasPadam
  2. Tahniah OM...
    Huhuuu samalah kita bdak kejuruteraan..

    BalasPadam
  3. Tahniah Om! Semoga berjaya dalam hari-hari mendatang. Budak2 engineering ni mmg feel lain sikit time dah merdeka ni tau! Enjoy!

    BalasPadam
  4. @theyanaonly thanks yana, okay om jengah kejap lagi ><

    BalasPadam
  5. @Ms. Kejupenyet terima kasih, wahhh budak engineering rupanya ><

    BalasPadam
  6. @Linda terima kasih kak linda, hihihihihiii, yup feel dia memang lain...

    BalasPadam

Sila tinggalkan comment korang disini!