Alasan Popular Wanita Enggan Menutup Aurat.

by - September 03, 2015

Assalammualaikum.

Hai.



Bila disebutkan tentang aurat. Ya, aurat bagi wanita islam merupakan sesuatu kewajipan yang sangat dituntut oleh syarak. Ada lagi yang bagi alasan untuk tidak menutup aurat. Islam itu mudah tapi jangan memudahkan. Buat apa yang Allah suruh, buat dapat pahala tak buat dapat dosa. Baiklah, mari baca 9 alasan popular wanita enggan menutup aurat.

Satu.
" Semua yang tutup aurat tu, masuk syurga ke? " 
Tapi yang pasti, orang yang tidak menutup aurat sudah tentu masuk neraka.

Dua.
"Pakai jarang ke, ketat ke, itu hak aku. Kalau tak suka, jangan tengok."
Dah lalu depan mata, suka atau tak suka pasti tertengok juga. Korang jamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati bersih dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan? Jamin ke?

Tiga.
"Aku rasa apa yang aku pakai tak seksi pun."
Terpulang pada individu yang memandang. Seksi atau tidak, kita tetap berdosa walaupun menayang sehelai rambut.

Empat.
"Walapun tak bertudung, aku sembahyang dan puasa."
Korang yakin ke bahawa ibadah itu cukup untuk menjamin korang ke syurga?

Lima
"Suka hati akulah nak pakai apa. Aku tak menyusahkan orang lain."
Korang sebenarnya menyusahkan bapa, suami, abang, sedara lelaki dan anak lelaki korang dengan menarik mereka ke neraka bersama korang disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik korang.

Enam.
" Apa yang aku pakai, ini antara aku dengan Tuhan."
Berani cakap kat dunia. Kat akhirat nanti, berani ke? Lawan perintah Allah, neraka tempatnya.

Tujuh.
"Bukan aku tak nak tutup aurat, cuma belum sampai seru."
Macam mana seru tu? Nasihat yang diberi tu, maknanya seru! Nak seru macam mana lagi. Mati ni bila bila masa. 5 min nanti mana tahu mati. Takut tak sempat bertaubat.

Lapan.
"Aku tak nak buat perubahan secara drastik."
Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, "Tunggu la kejap. Lepak lepak dulu. Jangan ambil nyawa aku lagi." Macam tu?

Sembilan.
"Aku tahu tutup aurat tu bagus tapi aku tak nak hipokrit sebab aku tak ikhlas tutup aurat"
Kalau macam tu korang sebenarnya memang hipokrit. Sebab apa? Sebab mengaku sebagai Islam, mengaku sebagai Allah, mengaku sebagai umat Nabi Muhammad tapi semuanya korang tak buat.

Pada yang dah tutup aurat tu, jangan pula mengutuk atau mengeji kawan atau sedara mara korang yang belum tutup aurat. Nobody's perfect. Tak semestinya diorang tak tutup aurat tu diorang jahat. Korang kenalah sentiasa berdoa supaya mereka yang tak tutup aurat tu terbuka hati untuk menutup aurat.

Yuk, masuk syurga sama sama.

Knock knock,
Om Kedek Kedek~~~

You May Also Like

1 0000 orang comment sini

  1. kita saling mendoakan ye..itu jalan dan cara yang terbaik..

    BalasPadam

Sila tinggalkan comment korang disini!