4 Sebab Kami Suka Lagu Baru Ayda Jebat.

by - September 30, 2015

Assalammualaikum dan selamat pagi.
Lagu Aydaj Jebat yang terbaru memang sangat best tapi liriknya sedikit tak faham! Hahahahhahah.
Memulakan karier sebagai seorang penyanyi selepas tamat pengajian di Akademi Fantasia (AF9) beberapa tahun lalu, nama Ayda Jebat sebenarnya lebih sinonim dengan dunia lakonan selepas satu per satu drama lakonan beliau menjadi popular di kalangan peminat.
Namun, bakat nyanyian Ayda Jebat tidak dapat dinafikan selepas lahir dengan lagu terbaru berjudul Siapa Diriku yang kini menjadi siulan ramai. Kami juga tidak terkecuali dilanda demam lagu ini. Ini antara sebab kenapa kami sukakan’nya.
1. Senang Diingat & Catchy
tALbXwy - Imgur
2. Jadi Tema Drama Baru M.A.I.D
Siapa pun yang mendengar lagu ini pasti akan terus ingat bait liriknya selepas sekali dengar. Kalau didengar berulang kali, memang akan melekat di kepala berhari hari. Tidak kisah pun sebab memang lagu ini sedap untuk dinyanyikan.
Zul Ariffin dan Ayda Jebat - MAID - malaywood
3. Video Muzik Warna Warni & Penuh Ceria
Kami sudah nyatakan yang Ayda Jebat memang sinonim dengan drama hits dan terbaru beliau akan muncul dengan drama berjudul M.A.I.D gandingan sekali lagi bersama Zul Ariffin yang memang merupakan pasangan skrin paling diminati ramai.
4. Imej Ceria & Bertenaga Ayda Jebat
Video muzik untuk lagu Siapa Diriku telah dilancarkan di Youtube pada 14 September lalu & dalam masa seminggu ianya sudah ditonton lebih 270,000 kali. Video muzik yang turut menampilkan Fasha Sandha, Michael Ang dan pastinya Ayda Jebat ini mendapat tajaan OPPO Malaysia.
Untuk lebih lanjut, baca SINI !

You May Also Like

1 0000 orang comment sini

Sila tinggalkan comment korang disini!