Site Visit at Puncak Niaga, Wangsa Maju.

Ogos 30, 2015

Assalammualaikum.

Lama juga tak menaip. Aku rindu tapi apakan daya, kekangan masa mengatasi segalanya. Ya, pagi tadi, aku dan kawan kawan pergi lawatan sambil belajar di Loji Pembersihan Air Puncak Niaga di Wangsa Maju. Ada yang tahu tempat ini? Berhampiran dengan traffic light sekolah menengah. Kalau tak silap.


Disebabkan rumah tak jauh daripada loji ni, jadi aku pergi sendiri tanpa menunggu kawan kawan yang lain. Kawan aku semua kebanyakannya duduk di hostel di Puchong. Jadi agakjauh sebenarnya untuk mereka datang ke loji. Alhamdullilah, tak sampai 15 minit, aku sampai di loji Puncak Niaga. 

Pak cik Sulaiman bagi sedikit penerangan keselamatan untuk kami semua. Yelah, tempat orangkan, kita ni sebagai tetamu, mestilah kena tahu peraturan dan adab adab. Tak naklah memalukan nama kolej. Secara langsungnya, dapatlah juga menjaga nama baik lecturer yang ada dengan kami semua pagi tadi.




Tengok gambar di atas tu, dah macam sisa pembuangan kita je kan. Hihihihi. Sebenarnya itu adalah tanah yang terapung setelah proses coagulation and flocculation. Tanah tanah ni nanti akan melalui proses clarification by daf. Untuk info lanjut, bolehlah korang semua google. Bila tanah tanah tu dah terbuang, air tersebut akan melalui proses filter. Dimana air ini dijamin bersih sebelum digunakan. 




Nampak tak? Air yang kotor tadi tu dah jadi bersih. Air yang bersih ni nanti akan dimasukkan kedalam storage tank dan seterusnya di hantar kepada para pengguna melalui paip paip. Sebenarnya, air yang kita gunakan dirumah sekarang ni adalah daripada sungai gombak dan empangan. Air dari sungai Gombak mestilah kotor kan? Sebelum kita guna air yang bersih, orang orang dekat loji ini akan pastikan air yang kita gunakan itu adalah selamat. 


Memaparkan IMG-20150829-WA0000.jpg

Memaparkan IMG-20150829-WA0003.jpg

Memaparkan IMG-20150829-WA0010.jpg

Jadi berakhirlah lawatan sambil belajar dengan gambar fakulti. Hihihihi. Majoriti lelaki yang pegang fakulti engineering. Sedih sebab tak ramai kawan perempuan. Bila kita belajar engineering, kawan kita memang ramai lelaki tapi bila kita belajar nursing, kawan kita majoriti perempuan. Depends on yourself to choose what your want. If you want to be an engineer, just go and grab it. 

In shaa Allah. 



You Might Also Like

0 ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!