Short Vacation at Terengganu part 1.

by - Ogos 14, 2015

Assalammualaikum.

Amboi tajuk entri, tak nak kalah. Hihihi. Ya ya dan ya. Jumaat, sabtu dan ahad bulan lepas, aku pergi Terengganu. Tak lama pun, cuma tiga hari dua malam. Ehh dah macam bercuti pula. Sebenarnya, mari ke Terengganu bukannya bercuti a.k.a holiday. Bukan bukan. Niat datang ke Ganu sebab nak jumpa seseorang dan keluarga seseorang itulah. Hihihii. Nak rapat dan eratkan lagi silaturahim. Tak nak kalah ayat aku ni.

Nak beli tiket kat mana? Dulu dekat pudu kan? Sekarang dekat TBS ( Terminal Bersepadu Selatan ) pun ada. Tak susah dan tak jauh. Tak jauh lah sangat, dari Setiawangsa ke TBS ambil masa 1 jam macam tulah. Menaiki train ya kawan kawan dan pembaca ku sekalian. Kadang train ni ada masa cepat dan kelajuan yang tinggi , kadang tak ada laju mana pun. Korang berlari kejar train tu pun sempat lagi. Poyo je aku ni.


Jadi nanti bila kat korang nak ke Terengganu, korang boleh beli tiket dekat TBS. Aku ingatkan 5 jam je masa untuk sampai ke sana. Rupa-rupanya, dekat 8 jam juga. Lenguh punggung nak sampai ke terminal bus. Mana taknya, puas tidur dalam bus, bangun bangun masih tak sampai lagi. Kiranya, Terengganu is the first places that I travelled alone. Hihihihii. Dont be afraid babe!








Bukan main lagi Akak sebelah aku tu, scroll Facebook. Nasib baik tak tembus telefon tu. Bus Mara Liner memang tak ada orang sangat, hari tu pun tak sampai sepuluh orang. So you can choose that seat. Yahoooo... Nasib baik tempat duduk tu ada penghadang kat tengah tengah kalau tidak dah lama aku baring atas kerusi tu. Ya ada yang kata tidur dalam bus memang tak nyenyak. Bus gegar gegar macam naik kudalah, kepala sakit nak sandarlah dan sebagainya. Alhamdullilah, lena juga aku tidur walaupun berbantalkan beg sandang aku tu.

Alhamdullilah, sampai juga di Terengganu. Tepat jam 5.45 macam tulah sampai. Encik seseorang pun dah tunggu dekat terminal. Rindu. Mana taknya, setahun sekali jumpa. Dah macam Hari Raya pulak. Hahahahaa... Okaylah, kisah ini aku tunda esok okay. Part 2. Bye bye.






p/s : jangan lupa baca entri esok ya... Short Vacation at Terengganu part 2.

You May Also Like

0 0000 orang comment sini

Sila tinggalkan comment korang disini!